Gel Mandian Aura 7 Bunga Ini Betul Ke Berkesan? | Gel Mandian Aura 7 Bunga keluaran syarikat Dato Aliff Syukri, D'Herbs Terlajak Laris dan merupakan 100% keluaran Bumiputera ini mula mendapat sambutan hebat daripada wanita wanita di Malaysia. Berasaskan 7 jenis bunga dikhabarkan mempunyai banyak kebaikan. Tapi betul ke? Ke untuk promosikan produk ini sahaja?
Cik en baru je beli produk ini dan baru pertama kali guna. Uiiihhh.. memang wangi sungguh Aura 7 Bunga ini. Bila mandi terasa berangin dan rasa segar. Warna oren jernih ni kurang berbuih tau. Mungkin tiada Sodium Lauryl Sulfate atau dipanggil SLS. SLS ini disebenarnya di letakkan di dalam syampu, sabun dan sebagainya untuk menghasilkan buih yang banyak tapi.... ada keburukannya tau! Boleh rujuk entri INI. Sebab cik en sebolehnya mengelakkan barangan menggunaan SLS ini. Okey, back to Aura 7 Bunga. Pertama kali guna, cik en rasa segar dan buat masa ini tiada alergik pada kulit cik en. So pass la sebabnya kulit cik en ini jenis sentitif dan kering jadi tidak banyak produk mandian yang ngam dengan cik en.
Lagipun, dalam masyarakat kita pun, mandi bunga itu selalu di lakukan untuk menaikkan seri muka dan diri. Selalunya jenis bunga akan diambil dalam kiraan ganjil seperti 5 jenis, 7 jenis atau 9 jenis. Kebanyakkan akan menggunakan 7 jenis bunga. Untuk produk Aura 7 Bunga ini, ada 7 jenis bunga yang wangi dan pelbagai warna seperti bunga ros, bunga jasmin, bunga raya, bunga lavender, bunga orkid, bunga matahari dan bunga kenanga.
Kebaikan Gel Mandian Aura 7 Bunga ini adalah
- Memberi gelombang positif (aura positif)
- Kesegaran
- Berkeyakinan tinggi
- Menaikkan seri dan menyerap pada tubuh
- Membuang kotoran dan bau badan yang kurang best
Kalau nak tau, produk ini boleh dijadikan spa di rumah gitu. Save bajet dan boleh buat bila bila masa korang free. Lagipun memudah korang dari nak mencari bunga bunga bagai kan? Yang ini siap dalam satu botol, just picit dan guna. Kalau korang nak mencuba, boleh dapatkan di pasaran seperti kedai jamu. Cik en dah cuba, korang bila lagi?