Sinopsis My Dear Mr Dimple



Sinopsis My Dear Mr Dimple | Karya Aifa Batrisya bakal ditayangkan dan dilakonkan oleh Syukri Yahya dan Emma Maembong

“Yang awak suka-suka bohong mama dengan abang long saya tu, kenapa?” marah Sofea. Tapi nada suaranya masih ditahan-tahan supaya perlahan. Biar ngan-ngam untuk dia dan Umar saja yang mendengarnya. Sesekali senyuman dilempar pada ahli keluarganya yang setia menanti berhampiran keretanya.
“Bohong? Saya tak bohong,” balas Umar, tayang muka tak bersalah.
“Tak bohong ye? Habis, tadi tu..apa? Ya, saya. Saya Umar Faliq. Ehhh, Umar. Saya kenal awak pun tidak ye. Baru hari ni saya tahu nama awak. Setakat jumpa kat café beberapa kali, tak bermakna awak boleh suka-suki claim saya ni bakal tunang awak tau! ”.
“ Bukan awak yang mengaku tadi saya ni tunang awak ke?” tiba-tiba nada suara Umar jadi tegas
.
Gulppp! Sofea hilang ayat. Sesekali dia tayang sengih pada mama Dhuha sambil angkat tangan pada Abang long.
“Tadi tu…kan. Saya pinjam awak sekejap je. Bukan selama-lamanya. Bohong sunat!” balas Sofea sambil buat gaya-gaya berbisik.
“Mana ada istilah bohong sunat. “
“Ya..ya..whatever. Sekarang ni, saya nak awak jelaskan semula pada abang long…pada Mama Dhuha hal yang sebenar. Iaitu, iaitu …awak bukanlah bakal tunang saya. Faham Encik Umar? Saya tak nak hal ni jadi berpanjangan. Hidup kita ni Umar, bukan macam cerita dalam novel. Boleh pura-pura jadi tunang. Pastu bila dah kahwin, pura-pura gembira padahal sorang tidur sofa, sorang tidur atas katil. Saya tak nak macam tu. Saya nak kahwin dengan lelaki yang saya sayang. Taka da istilah kahwin paksa dalam kamus hidup saya”.
“Maaf, saya tak baca novel macam tu.”
“Haaa..iyelah tu. Awak baca novel islamik ye tak?” perli Sofea dengan senyum sumbing. Tangan ditarik lalu disilangkan sambil mata tajam merenung lelaki yang setia tunduk itu dari atas sampai ke bawah berkali-kali. Hail ah Pia, macam mana kau boleh terjebak dengan mamat cashier café ni?
“ Fine. Tak kisahlah awak baca ke tak, tapi saya yang membacanya ni tak mahu hidup saya jadi macam yang tertulis dalam novel tu. Faham?”.
Diam. Kali ini Umar tidak membalas. Hanya diam membisu, tanpa kata. Tapi dah cukup nak jadi alasan untuk Sofea jadi tambah angin.
“ Macam nil ah Umar, alang-alang awak dah tolong saya kat dalam tadi kan..apa kata awak tolong saya sekarang. Tolong jelaskan hal yang sebenar pada keluarga saya.”
“Tak nak” balas Umar sambil matanya tanpa jemu ditundukkan kea rah jalan tar. Sesekali kakinya yang disarung Lacoste itu menguis perlahan daun-daun kering disekeliling mereka.
Mata Sofea dah membesar 1 cm dari asal. Eh dia ni, degil amat la pulak! Cepuk karang!
“ Baik. Kalau awak tak nak, biar saya sendiri jelaskan.”
Sofea dah siap-siap nak tinggalkan perbincangan yang tak ada kesudahan itu sebelum beg tangannya ditarik dari belakang. Langsung tersekat langkahnya.
“Sofea…..”.
Mak aihh.
Tiba-tiba rasa lembik pula lutut .Menggeletar satu badan macam baru lepas kena renjatan letrik bila suara selembut dan se…emm, tak tahu nak jelaskan macam mana.
Tapi.
Errr…boleh tak, nada suara tu kasi kasar sikit ustaz? Biar ada unsur-unsur menyakitkan hati ke. Menyampah ke. Apa-apa jelah, tapi bukan buat suara ala-ala Adi putra waktu lakonkan watak Zainal tu. Sangatlah….
“Sofea….”.
Kali ini Sofea berpaling. Risau, kalau lagi sekali namanya diseru dengan suara macam tu..sah-sah dia akan mencair dekat situ juga. Pulak tu dengan lelaki yang dia baru tahu nama tak sampai beberapa jam. Haih Pia, sadisnya kau! Senangnya hati berubah.
“Sofea…. Saya rasa, ini bukan waktu yang sesuai untuk awak jelaskan hal sebenar pada keluarga awak. Awak, diri awak sendiri pun masih lagi belum boleh terima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Secara logiknya, kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Kasihan pada mereka, yang jauh-jauh datang malam-malam macam ni tapi akhirnya berita tak berapa baik yang dikhabarkan. Jadi… Alang-alang saya dah tolong awak tadi…apa kata, awak bagi saya teruskan?” tutur Umar dengan wajah yakin, konfiden dan yang sewaktu dengannya.
Cuma Sofea yang masih ternganga macam nampak Fahrin Ahmad tengah lambai-lambai tangan sambil tersenyum. Waahhhh..hensemnya dia! Smart.
Pia. Stop it! Back to your sense! Pipinya ditepuk berkali-kali dengan mata tak jemu merenung Umar yang dah mula mahu angkat muka.
Jap. Teruskan? Apa maksud dia?
“Umar.. Zarin, ada apa-apa masalah ke ni?” suara Abang Long tiba-tiba datang menyapa.
“ Err…maaf. Tak da apa-apa bang. Kami Cuma berbincang kalau kita boleh pergi makan dan berbincang dekat tempat lain. Dekat dalam tu, crowded sikit sebab ada event. Abang okey ke? ”
.
Zafril sempat menoleh kea rah Sofea yang nampak tercengang-cengang sebelum dia sendiri angguk kepala, bersetuju.
“Abang okey je. Tapi, parents umar…kat mana ye ? Mereka tunggu kat dalam ke?”
Sofea langsung ketap bibir bila soal parents umar pula yang abang long ajukan. Macam mana ni? Sudahlah Umar ni tunang express, mana pula nak cari parents express? Itulah Pia, orang dulu-dulu dah kata…siakap, senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong, lepas tu kena berbohong lagi!
“Oo..emm..sebenarnya bang. Saya ni, anak yatim piatu,”.
Laju saja Sofea mengerling. Ini betul-betul ke tipu ni? Dia..anak yatim piatu? Macam aku?
“ Dan…ahli keluarga saya yang terdekat, tiba-tiba tak dapat datang. Ada hal. Jadi, saya seorang saja malam ni,” sambung Umar lagi dengan senyum nipis.
Sofea cebik bibir. Ye..ye..oo je dia ni kan? Tiba-tiba tak dapat datang kunun! Padahal.
“ Tak apa. Yang mana ada, kita dahulukan. Dengan Umar pun, kami belum kenal lagi. InsyaAllah, akan datang kita berkenalan dengan keluarga Umar yang lain. So, kita nak ke mana sekarang ni? Zaim dengan Zafran tu dah bising-bising perut lapar.” Balas Zafril sambil curi-curi pandang pada Sofea yang tanpa jemu menelek wajah pemuda dihadapannya. Memang betul lah agaknya Sofea sayangkan lelaki ini. Tapi…ada sesuatu tentang lelaki ini yang memusykilkan hatinya.
“Apa kata kita ke Papa Rich? Tak jauh dari sini,” cadang umar.
Sofea tarik nafas lega. Nasib baik dia tak cadangkan ke Café Al-Faliq. Buat malu je dengan orang-orang kat situ nanti. Pengujung setia café, dating dengan bekas pekerja mereka.Haih. Tak sedap langsung bunyinya. Kalau dating dengan owner café, okey juga.
“Boleh. So, Umar..drive ke?”.
“Tak. Saya taka da kereta. Ada motor je bang.”
Sofea buat muka tak percaya. Oooo…mamat motor rupanya ustaz ni. Ye lah kan, setakat kerja dekat café jadi cashier..cukup ke duit nak beli kereta?
“ Kalau macam tu, Rin naik dengan abang boleh kan? Abang tak biasa jalan dekat bangi ni.”
“Okey.”
“Saya gerak dulu ye. Jumpa kat sana nanti. Assalamualaikum….”.
“Waalaikumussalam.”
Dan mata Sofea terus menyorot pada kelibat Umar yang kemudian hilang dari pandangan mata mereka.
“Jom bang long. Rin pun lapar ni.”
“Rin, nanti dulu.”
Sofea terkedu bila lengannya ditarik Abang Long tiba-tiba.
“ Ada apa ye abang long?”
“Hmmmm…”.
Abang Long dah tayang wajah ala-ala Mac Taylor CSI New York. Tangan sebelah di pinggang. Sebelah lagi dekat dagu. Muka penuh dengan kemusykilan.
“ Umar ni, siapa ye sebenarnya Rin? Bukan hari tu…Rin beritahu abang nama bakal tunang Rin, Naim ke?”.
Ha? Naim? Aku pernah sebut ke nama Naim sebelum ni ye? Alamak, waktu dekat beranda belakang rumah malam tu. Ahhh...kantoi.
“Ehhh..ye ke? Abang Long silap dengar kut! Nama dia Umar la,” balas Sofea sambil tergelak-gelak sendiri. Come on Pia, act natural! Don’t get caught!
“Abang dengar Naim….”.
“Naim? Siapa Naim tu ? Rin tak kenal pun.”
“Rin…Rin jangan bohong abang. Cara Rin pandang Umar tadi, nampak macam Rin baru sangat kenal dia. Tiap kali dia bercakap, Rin nampak teruja…nampak macam tercengang pun ada. Betul ni, Umar..lelaki yang Rin maksudkan tu ? Bukan orang lain?”
Ye ke? Obvious sangat ke tadi? Ah, kau lupa ke Pia? Abang long ni kan jenis lelaki observer alias protecter! Kerja dia pulak apa? Inspektor! Adoyai Pia! Camane ni?
“Errr…macam nil ah abang long. Biar Rin terus-terang ye. Sebenarnya, Rin dengan Umar memang jarangbe rjumpa. Umar, dia tak berapa gemar keluar berdua-duan dengan Rin. Jadi, kebanyakan masa kami hanya berhubung melalui phone atau online saja. Umar tu, ala-ala ustaz sikit abang long. Tapi, dia bukan ustaz ” jelas Sofea, gaya macam dah bertahun kenal. Hentam sajalah Pia!
“ Ooo…patutlah abang tengok bila Rin nampak Umar tadi, muka Rin macam nak makan dia? Sebab itu lah ye?”. Abang Long dah mula gelak besar.
Ha? Muka macam nak makan mamat lesung batu tu? Biar betul? Tak kan lah seteruk itu kut? Pipinya diusap berkali-kali. Muka comel macam ni ada gaya muka nak makan orang ke?
“Mengarutlah abang long ni, mana ada macam nak makan dia.”
“ Mata abang ni, belum rabun lagi Rin. Hisyhh…Rin ni, buat malu abang je tau! Ada pulak perempuan yang beria-ia telek muka lelaki. Yang Umar pula, elok je jaga pandangan.”
“Heheheheh….”.
“Rin ni..macam-macam!” balas Abang Long, turut sama tertawa. Tangannya kemudian tepuk perlahan bahu Sofea yang langsung terhenti tawanya.
“Kalau lelaki macam umar, yang jadi pilihan Rin…abang redha. Abang doakan, Rin bahagia dengan Umar,” sambung abg Long tiba-tiba.
“Tapi…”.
Sofea sengih tayang gigi biarpun dalam hati rasa seriau amat bila abang long dah ‘konar’ masuk topik soal hati . kalau soal hati dia dengan perempuan lain, dia okey saja. Tapi masalahnya perempuan itu, dia.
“Tapi…kalau Umar buat hal sebelum Rin dan dia ada ikatan sah, abang tak teragak-agak untuk terus pinang Rin.”
Dan kata-kata akhir abang long tadi tu benar-benar buat dia berfikir panjang sama ada untuk terus menerima pertolongan Umar, atau sebaliknya.
********
Sesi suai kenal antara Mama Dhuha dan adik beradik yang lain dengan tunang expressnya, berakhir juga setelah hampir 2 jam berlangsung. Elok-elok plan nak bawa Naim jumpa mereka, terjumpa pula orang lain. Sungguhlah bagai dikata. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya.
Zaim dengan Zafran tanpa segan silu order makanan yang bukan-bukan. Fish N chip la. Lamb chop la. Gaya macam tak pernah makan je sebelum ni. Lepas tu, aci pulak dengan muka tak malu budak berdua tu ‘pau’ mee kari yang Umar pesan. Memang dasar mesra alam terlebih budak-budak tu. Mujur dalam dompet Sofea waktu tu ada dekat 5 helai not seratus ringgit.Kalau tidak, mahu merah juga muka kena pergi cucuk duit dekat ATM dulu.
Tapi baru saja dia nak buka dompet, Umar melarang. Tak berkerdip mata Sofea pandang kad kredit yang mamat tu hulur pada pelayan restoren tu. Yang buat dia tambah tak percaya bila kad tu bukan biasa-biasa macam yang dia nampak dalam dompet Harlina. Serius lain.
Langsung buat hati Sofea tambah tertanya-tanya. Kerja apa agaknya Umar ni selain dari kerja café sampai boleh ada kad se eksklusif itu? Kalau setakat gaji kerja café, atau mungkin mengajar mengaji dari rumah ke rumah…tak kan mampu rasanya.
“Jadinya, bila Umar rancang nak adakan majlis tunang dengan Rin ni?”
Hilang terus angan pasal kad kredit bila tiba-tiba Mama Dhuha bagi soalan cepu emas. Macam kilat, wajah Mama Dhuha Sofea renung. Isyarat mata dah diberi, tapi boleh pula Mama Dhuha buat derk, gaya tak nampak.
“Emmm..insyaAllah, tak lama lagi.”
Tak lama lagi? Kali ini wajah Umar yang sedikit pun tak memandangnya direnung dengan bibir diketap geram. Ini sudah lebih ni. Langsung tak masuk dalam perancangan aturcara mereka tadi.
“ Tak apalah. Mama pun tak nak desak kamu berdua. Jadi nanti Umar dengan Rin, bincang dulu baik-baik ye. Mama, tak ada masalah. Siapa pun pilihan Rin, insyaAllah kalau orangnya baik macam Umar ni…memang Mama terima tanpa was-was. Senang-senang, Umar datang la ke Sungai Buloh ye.”
Mama? Sungguhlah Mama Dhuha ni terlebih kata. Belum apa-apa, dah bahasakan diri mama.
“InsyaAllah, ada kelapangan nanti saya akan sampai ke sana. Emmm…saya, kena pergi dulu. Maaf, tak boleh lama sebab esok…saya ada kerja awal pagi. Kita jumpa lagi nanti ye. Abang Long.”
Abang Long hanya angguk, tanpa suara. Sepanjang waktu makan tadi pun, dia masih dengan sikap dan perwatakan inspektor dia. Dok diam tenung, telek je muka Sofea yang nampak tersipu-sipu bila kena duduk makan betul-betul depan Umar. Bersilih ganti dengan renungan dia pada Umar.
Lepas bersalaman, Umar minta diri. Sempat juga Sofea memerhati ke mana langkah si mamat lesung batu tu. Sengaja dia nak tengok, motor jenis apa yang mamat tu bawa. Ini kalau bukan motor Kriss entah-entah setakat motor LC atau Lagenda kan?
Tapi…rahang Sofea tiba-tiba rasa nak terjatuh bila Umar dengan bersahaja sambar helmet Arai warna hitam yang ada pada sebuah motor antara motor yang berbaris di tempat letak kenderaan berhampiran restoren itu.
Ducati Monster? Biar betik mamat ni?Itu kalau tak ada 60k…memang confirm tak dapat.Hehh…entah-entah, motor pinjam je tak?
Tapi kan Pia, motor boleh lah nak pinjam-pinjam. Tapi kad redit kaler gold tu?
Dan entah kenapa, rasa untuk terus mengenali si mamat lesung batu tu makin bertambah-tambah. Makin mengebu dalam diri Sofea. Serius, lelaki yang bernama Umar Faliq ini penuh dengan misteri dia yang tersendiri.
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post