Air Jamu Cik Pah Untuk Buang Angin Dalam Badan dan Kepala

Air Jamu Cik Pah Untuk Buang Angin Dalam Badan dan Kepala | Ingat tak cik en nak kongsi resepi Air Jamu Cik Pah Untuk Buang Angin Dalam Badan dan Kepala di entri Kepala Jadi Lembik Dan Berlekuk, Rupanya Cik En... Maaf sebab lambat sikit cik en kongsikan disebabkan kekangan cik en untuk kerja hakiki dan kerja part time cik en. Resepi Air Jamu Cik Pah Untuk Buang Angin Dalam Badan dan Kepala hanya gunakan bahan yang ada di dapur dan boleh didapati di pasar basah sekitar korang. Air jamu ini 100% bahan semulajadi dan segar. | Air Jamu Cik Pah Untuk Buang Angin Dalam Badan dan Kepala



Air Jamu Cik Pah Untuk Buang Angin Dalam Badan dan Kepala


Bahan bahan yang korang perlu sediakan adalah 

  1. Serai
  2. Halia
  3. Daun Pandan
  4. Ibu Kunyit Hidup
  5. Isi Cekur
  6. Madu


Cara merebus

  • Rebus semua bahan bahan dengan api kecil. Mak cik en guna periuk nasi tapi periuk itu memang kuning la sebab guna ibu kunyit. Biarkan jadi pekat dan minum suam suam. Jika air habis hanya tambahkan air dan renehkan semula sehingga air menjadi cair. 


Korang amalkan sentiasa, testimoni yang berjaya adalah mak cik en sendiri, badannya nampak slim, selalu kentut dan tandanya perut semakin sihat. Testimoni kedua cik en sendiri, memang angin dalam badan keluar dan keadaan cik en lebih baik walaupun baru 2 kali minum. 

Air rebusan ini serasi dengan cik en, tapi tak semestinya serasi dengan korang, tapi korang boleh cuba sebabnya ianya bahan semulajadi je. Tak ada perisa tambahan dan bahan yang tersembunyi. 

No comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.