Seronok Jadi Vet? Fikirkan Selepas Baca Entri Ini

Seronok Jadi Vet? Fikirkan Selepas Baca Entri Ini | Ramai adik adik yang datang klinik cik en dan menyatakan seronok jadi macam akak. Seronok sebab bermain kucing dan anjing setiap hari. dapat diagnosis penyakit kucing dan merawat sehingga baik. Apa yang adik itu nampak adalah satu sisi dan adik itu masih tak nampak sisi yang lain. Dimana vet itu bekerja, dibawah jabatan, klinik swasta, ladang, logi dan lain lain, masing masing ada cabaran yang berlainan. Disini cik en nak kongsi dengan korang cabaran menjadi vet di klinik kerajaan. | Seronok Jadi Vet? Fikirkan Selepas Baca Entri Ini



Seronok Jadi Vet? Fikirkan Selepas Baca Entri Ini


Nampak seronok jadi vet, merawat kucing, anjing, dan semua haiwan yang di bawa ke klinik kan? Tapi hakikatnya apabila kita bekerja dengan 2 spesis iaitu haiwan dan manusia, ianya sangat stress. Dengan haiwan, cik en perlu diagnosis sakit atau masalah haiwan tersebut. Haiwan tak boleh bercakap untuk kita tahu, dimana ia sakit. Jadi cik en perlu menjalankan pemeriksaan fizikal pada haiwan tersebut.

Jika cik en tak boleh mencari masalah pada fizikal haiwan, cik en akan bertanya kepada pemilik haiwan tersebut untuk ketahui history atau sejarah haiwan itu. Ada pemilik yang tahu, ada pemilik yang tak tahu atas alasan "tak perasan" "kucing outdoor" "sibuk bekerja" dan lain lain lagi. Jadi disinilah masa untuk cik en berfikir untuk mengetahui sakit kucing tersebut.

Vet kerajaan sangat terhad kemudahan untuk memeriksa secara menyeluruh jadi cik en memang akan berfikir dan sentiasa berfikir kenapa dan mengapa kucing sakit. Lagi susah kalau nak tahu, penyakit sebenar. 

Apabila cik en diagnosis kucing tersebut sakit A dan buat rawatan untuk sakit tersebut. Beberapa hari selepas itu berlaku masalah pada kucing tersebut atau tak sembuh dan ada terus mati, ada pemilik yang menyalahkan dan ada yang menyindir cik en. Disinilah berlaku perasan negatif pada vet. Vet bukan tuhan, kami hanya membantu mereka denagn ilmu yang kami ada. Itu pun dengan bantuan pemilik kucing itu sendiri untuk kami diagnosis kucing mereka

kalau nak dibandingkan dengan kerja cik en di Klinik Kerajaan, kerja cik en dari pendaftaran, konsultan, rawatan, pemberian ubat dan pembayaran dan kerap juga kena jadi cleaner. Korang boleh bayangkan cik en kena berfikir 6 perkara dalam satu satu masa. Apabila pelanggan tak ramai, mungkin boleh cool tapi kalau dalam setiap 5 minit ada 3 orang pelanggan berdaftar, korang boleh rasa tak bagaimana keadaan cik en? Belum termasuk keadaan kucing yang garang untuk handling, anjing yang mengigit, jika ada yang bawa lembu, kena stanby kena menendang, kambing kena stanvy kena tanduk dan lain lain lagi jika buat rawatan di luar.

Balik rumah dalam keadaan stress, ditambah pula masalah peribadi, masalah kewangan dan masalah yang lain. Dari seorang yang positif pun, boleh jadi negatif. Dari seorang yang happy go lucky boleh jadi kemurungan. Bebanan kerja, peribadi, keluarga, kewangan dan persekitaran menambah lagi stress seseorang vet tersebut.

Bersediakah korang yang nak jadi Vet? Kalau cik en, cik en bekerja untuk haiwan sebab cik en kesian dan sayangkan haiwan. Disinilah aura positif cik en apabila berhadapan dengan perkara negatif. Tapi kalau korang tiada minat dengan haiwan, fikirkan sebaik baiknya. Banyak pengorbanan seorang vet dan dalam masa yang sama pencinta haiwan

Satu sebab yang tak best mengenai kerjaya veterinar - http://www.nurfuzie.com/2016/05/satu-sebab-yang-tak-best-mengenai.html

No comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.