Satu Sebab Yang Tak Best Mengenai Kerjaya Veterinar


Satu Sebab Yang Tak Best Mengenai Kerjaya Veterinar | Kerjaya Veterinar merupakan kerjaya yang sangat di minati oleh cik en. Kerjaya veterinar ini bukan sahaja untuk doktor veterinar sahaja tapi ada pembantu veterinar. Cik en of course la ramai yang kenali sebagai veterinary assistant oleh pembaca dan rakan rakan blogger. Banyak entri yang cik en keluarkan seperti Kerjaya Sebagai Pembantu VeterinarKeluarkan Uri Lembu Yang Mula Membusuk, Sesi Spaying Omey Cik EN, Beratus Ulat Keluar Daripada Mata dan banyak kali. Kesemuanya cik en akan nyatakan yang cik en sangat enjoy dengan kerjaya ini. Gambar dibawah ini gambar zaman cik en free hair jadi cik en mosaic kan ye. Masa ini masih blogspot lagi. Tapi inilah tugas pertama cik en selepas posting ke daerah.


Tapi ada SATU sebab cik en tidak suka dalam kerjaya veterinar ini. Mungkin sesiapa yang lihat gambar pertama akan tahu sebab apa cik en tidak suka tugas yang satu ini. Tugas yang tidak pernah sekali cik en buat. Sebabnya cik en tak suka, tak berkenan dan tak sampai hati lakukan. Tugas Put To Sleep atau dipanggil PTS. PTS adalah proses mematikan haiwan atas faktor faktor tertentu yang difikirkan perlu. Sentiasa cik en mengelak tapi akan buat jika keadaan memaksa. 

Jangan kecam veterinar kalau kami memberi nasihat untuk PTS haiwan terutama anjing atau kucing. Bukan sesuka hati kami beri pendapat sebegini tapi kerana tahap kesihatan haiwan itu sendiri. Contohnya cadangan PTS untuk kes zoonotik seperti Sporotrichosis atau keadaan kucing selepas kemalangan yang menyebabkan kucing tersebut tidak boleh makan, minum, buang najis atau air kencing. Dan juga kos rawatan dan keadaan tuan kucing yang sendiri tidak sesuai untuk menjaga kucing tersebut. Selalunya kami akan cuba sedaya upaya untuk buat rawatan awal tapi jika terpaksa atas sebab diatas, kami akan mencadangkan PTS.

Yang paling banyak menjadi kecaman adalah kes sporo. Sebenarnya untuk peringkat awal, jika kita sendiri (pemilik kucing) sentiasa memantau kucing, rawatan awal boleh di beri. Tapi kalau dibiarkan sehingga menyebabkan keadaan kritikal. Memang ini cadangan yang terbaik kami cadangkan. Rawatan Sporo boleh rujuk entri Rawatan keds Sporo Kucing .
Jadi, satu sebab yang tak best mengenai kerjaya veterinar adalah Put To Sleep. Nampak ianya kejam tapi ianya terpaksa dilakukan. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

6 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. syok baca kerjaya cik eintan... tapi mg sedih kan bila kena atikan haiwan... sian sgt tapi kdg2 cik eitan terpaksa kan..semoga terus sukses dlm kerjaya veteriner yer!

    ReplyDelete
  2. betul sangat dah tu... suka-suka PTS adalah menyalahi akta dan sumpah janji sebagai vet jugak... ada pertimbangan dibuat untuk sesuatu keputusan....apa pun teruskan usaha dan good luck for your own future and our jabatan!

    ReplyDelete
  3. kalau ia adalah sesuatu yg terbaik, dari seksa haiwan tu, ok la cik EN.
    memang nampak kejam tapi ia utk yg terbaik.
    tu pun selepas cik EN tgk mcm2 komplikasi ke, apa ke kan...

    ReplyDelete
  4. mesti sedih kan utk PTSkn kucing..huhu..

    ReplyDelete
  5. dapat ilmu baru... "PTS". Lebih baik PTS dari haiwan tu tersiksa

    ReplyDelete
Previous Post Next Post