www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2019-08-02

Pengalaman Pertama Buat Glossy Facial Di MBH Medispa

Pengalaman Pertama Buat Glossy Facial Di MBH Medispa | Dah masuk umur 30 an ini, memang akan ada masalah kulit muka dan ditambah dengan stress di tempat kerja, pemakanan dan kawasan persekitaran akan buat kulit muka sedikit banyak masalah. Selalunya cik en akan buat rawatan di spa biasa tapi kali ini cik en nak cuba buat di medispa yang diyakini orang ramai iaitu MBH Medispa. Disebabkan MBH Medispa mempunyai cawangan di Manjung yang pernah cik en story di artikel MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka, cik en pun buatlah appoitment di Manjung. Anyway kalau nak pergi kek spa atau medispa better book dulu. Untuk elakkan masalah masalah masa dan boleh delaykan rawatan korang. | Pengalaman Pertama Buat Glossy Facial Di MBH Medispa  


Pengalaman Pertama Buat Glossy Facial Di MBH Medispa  


Rawatan Glossy facial ini sebenarnya adalah hasil tebus voucher masa Grand Opening MBH Medispa. So sebagai seorang yang tak pernah buat treatment di medispa, ianya sebenarnya memberi kelebihan pada cik en untuk mencuba sesuatu yang lain yang pernha cik en buat. So hasil tebus voucher itu cik en boleh beri jawapan yang positif yang mana medispa ini adalah rawatan yang menggunakan teknologi terkini iatu banyak mesin mesin pelik bagi cik en dan selamat untuk dicuba. So korang nak tau Pengalaman Pertama Buat Glossy Facial Di MBH Medispa dan komen cik en dengan rawatan ini. 


Sebelum rawatan dijalankan, korang memang kena buat skin analisis dulu. Ini penting sangat sebab dari situ barulah korang tau, korang ada kulit jenis apa secara official. Selalunya pakai agak je kan? So cik en mempunyai masalah T Zone yang berminyak dan blackhead dan white head di hidung. Its normal kot untuk cik en yang bekerja teknikal ini. Huhuhu


Selesai analisis, cik en terus ke bilik rawatan dan cik en  diberi tahu glossy facial ini ambil mas alebih kurang sejam. Rawatan pertama adalah mencuci muka. selepas itu wap pada muka untuk buka liang pori dan seterusnya guna Diamond Microdermabrasion untuk menanggal sel kulit mati. Selesai, muka cik en diletak Dermaklair Hyaluronic Acid Mask dan menggunakan LED Photon Treatment yang mana ianya adalah teknologi baru yang menggunakan kekuatan foton untuk merawat kulit, memindahkan tenaga kepada sel dan mempercepat penjanaan protein kolagen di peringkat sel. Selesai rawatan ini, diletakkan sedikit sunblock sebelum cik en habiskan Glossy Facial ini. 

So inilah hasilnya selepas buat  Glossy Facial di MBH Medispa 


Kalau korang nak buat rawatan atau mencuba rawatan medispa korang boleh tengok detail di MBH Medispa

0 comments:

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Get widget

Trending 1 Week

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!