www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-07-09

Bukan Mudah Untuk Skuter User Bertukar ke Clutch User

Bukan Mudah Untuk Skuter User Bertukar ke Clutch User | Masih bercerita mengenai motosikal dan harap pembaca setia cik en tak muak la ye. Tengah dok ghairah dengan motosikal ini cik en akan banyak keluarkan entri mengenai pengalaman cik en dalam menunggang motosikal. Hahaha. Nama pun lifestyle blogger kan? Seperti yang korang tahu, cik en baru beli motosikal jenis clutch dan yang mana mungkin tak tahu, cik en dulu pakai motosikal jenis skuter atau automatik. Perbezaan yang banyak untuk buat cik en ambil masa nak serasi dengan motosikal jenis clutch ini. Bukan Mudah Untuk Skuter User Bertukar ke Clutch User tau! Banyak adegan memalukan di trafic light dan persimpangan jalan raya. Hahahaah


Bukan Mudah Untuk Skuter User Bertukar ke Clutch User


Dulu pakai skuter cik en hanya perlu pulas throttle dan motosikal akan berjalan terus. Nak berhenti hanya slow dan tarik brek tangan. Kali ini cik en dah pakai motosikal clutch, so banyak aspek yang cik en kena buat sebelum menunggang motosikal. 

Kalau dulu boleh main handphone (jangan tiru aksi ini), boleh berhenti mengejut, tak perlu fikir turunkan gear bila slow motosikal dan lain lain lagi tapi lani kena lebih bersiap sedia dengan keadaan sekeliling. 

Stanby turunkan gear bila sampai traffic light, kenderaan depan berhenti mengejut, persimpangan sehingga perlu berhenti. Kalau korang main macam skuter dulu, memang mati la enjin motosikal korang kat tengah tengah jalan tu. Hahaha. 

Lepaskan cluth dan pulaskan throttle perlahan lahan itu masih lagi cik en tak mahir. Kadang kadang terlebih pulas kadang kadang kurang sampai mati enjin. 

Satu lagi masalah cik en dengan RS150R (bukan salah motosikal tapi cik en sendiri) ini bila gear 1 tukar ke gear 2, kadang kala cik en terfree gear. Sebanya cungkil gear terlalu lembut sampai terfree. Hahaha. Ini kelakar la sampai kena gelak masa lampu hijau. Lepas tanya dengan geng RS baru la faham kenapa boleh terfree

Kalau cik en berhenti tapi masih ada gear 3 keatas, mesti cik en tak leh free gear. Jadi kena make sure sebelum berhenti gear 1 atau 2. Kalau gear atas tu nanti akan kelip kelip kat bahagian dashboard gear. 

Kalau bawa kereta RPM 3 boleh langkau sampai 80km/j ke 100km/j tapi cik en terkejut bila bawak motosikal ini 80km/j dan sampai RPM 7. Hahaha. Risau gak la takut de masalah tapi bila tanya pada group, rupanya benda tu normal. Hahahha. Sebabnya motosikal pakai 1 piston. Kereta 2 piston. Hahahha 

RPM terbaik masa start enjin untuk RS atau mana mana motosikal cluth 1.5 RPM. Kalau rendah senang mati enjin kalau tinggi nanti de masalah. 

Itu antara pengalaman cik en selama 2 minggu dengan motosikal jenis clutch ini. Cik en pun dah bawa balik si budak merah itu balik kampung tunjuk kat mak abah cik en. Hahaha. So far perjalanan jauh ini untuk running enjin baru dan bagi pengalaman cik en untuk menunggang motosikal clutch untuk jarak jauh. Tapi masih lagi ingat waktu "berpantang" beliau. 

Kalau dulu zaman merempit, memang cik en bawa skuter keliling Ipoh dan tak ada masalah la.. Skuter kan? 

Cuma dalam cik en belajar motosikal clutch ini jangan la kecam cik en kalau cik en tanya apa apa na.. Sebabnya cik en budak baru nak up dengan motosikal jenis ini. Hahahah

  11 comments:

  1. Zumal memang surrender la kalau motorsikal ade clutch ni... Sampai ke sudah tak paham...

    ReplyDelete
  2. ejulz pun x reti bawak motor clutch ni. hehe

    ReplyDelete
  3. cuba tanya razi dia reti x.. hehe

    ReplyDelete
  4. Skuter dengan motosikal memang berbeza dari segi pengendalian..

    apa-apapun perlu berhati-hati bawa jentera kecil ini..

    ReplyDelete
  5. WOW just what I was looking for. Came here by searching for hardens

    ReplyDelete
  6. I was able to find good info from your articles.

    ReplyDelete
  7. Fantastic beat ! I would like to apprentice while you amend your site, how could i subscribe for a blog site?
    The account aided me a appropriate deal. I were a little bit familiar of this your broadcast offered vivid transparent
    concept

    ReplyDelete
  8. That is really interesting, You're a very professional blogger.
    I've joined your feed and look ahead to in search of extra of your great post.
    Also, I have shared your website in my social networks

    ReplyDelete
  9. saya pulak tak pernah lgi naik skuter haha teringin nak try , tepi tak pernah semapt :)

    singgah dan follow :)


    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  10. Hey there! I just wanted to ask if you ever have any problems
    with hackers? My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing several weeks of hard work due to no backup.

    Do you have any methods to stop hackers?

    ReplyDelete
  11. hati-hati cik en..sha dah kawen ni baru kenal skuter... bujang-bujang rempit ex5 je..huhu

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!