www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-05-02

Lepak Dataran Ipoh

Lepak Dataran Ipoh | Lama tak keluarkan ayat "wei, jom lepak dataran malam ini". Kalau dulu zaman muda muda di Ipoh, sememangnya tiap malam duk bertenggek kat Dataran Ipoh itu. Yang mana budak budak Ipoh mesti tau kat mana terletaknya Dataran Ipoh tapi kalau korang bukan orang Ipoh ini tak la berapa tahu sangat kan? Dataran Ipoh ini terletak di depan bangunan Dewan Bandaraya Ipoh. Berhampiran juga dengan Ipoh Parade, Bangunan Persekutuan Perak dan Greentown. 


Cik en pelajar Politeknik Ungku Omar bermula tahun 2006 hingga 2009 dan stay bekerja di Ipoh sehingga tahun 2010. 2011 cik en berpindah ke daerah Manjung Perak sebab posting selepas kursus induksi sehingga la sekarang. Dalam menjadi budak Ipoh masa itu, Dataran Ipoh menjadi port paling kerap cik en melepak selain Padang Polo Ipoh. Zaman muda kan? Dating pun kat sini. Dan baru baru ini selepas beberapa tahun tak jejak kaki di Dataran Ipoh, cik en sampai juga dan nampaknya aktiviti melepak masih berjalan sama masa zaman cik en dulu. Cuma cik en teruja ada signboard Ipoh di tepi stage. Apa lagi, cik en terus la ambik gambar buat kenangan. Kekononya la. Hahaha. 


Selain dari port lepak ini, Dataran Ipoh dikenali sebagi port makan makan juga. Port makan ini dibelakang tempat cik en ambik gambar. Selain itu padang Dataran Ipoh ini selalu ada program  atau event seperti Jom Heboh dan sebagainya. Boleh nak dikatakan juga la yang Dataran Ipoh adalah titik tengah pekan Ipoh


Kalau nak dikenangkan apa cik en buat dulu masa melepak kat Dataran Ipoh memang mengamit nostalgia la. Nak cerita pun malu aihhh. Hahhaha. Apa apa pun ianya menjadi sejarah. Nasib juga la cik en tak jumpa balik markha lama cik en kat sini. Hahha. Kalau jumpa mau lari tak cukup tanah. Hahahah


Sebelum cik en ke Dataran Ipoh ini, kami baru selesai makan di Mat Periuk Cafe. Dah alang alang itu, apa kata baca entri food review Menu Western Mat Periuk Cafe Ipoh Tak Pernah Mengecewakan 

  3 comments:

  1. DULU SELALU JUGA LEPAK SINI makan2 kat situ ohh rindu ipoh

    ReplyDelete
  2. kira port best lepak ipoh la ye..Liez rasa ipoh mmg best..since kawin dgn org ipoh,tiap kali balik ipoh mmg excited

    ReplyDelete
  3. cantikkk,rindu ipoh,teringat pi trip tourism dulu huhuuu

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!