www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-05-08

Jom Pi Pasar Bantu Golongan Kurang Kemampuan

Jom Pi Pasar Bantu Golongan Kurang Kemampuan | "Jom Pi Pasar along" Cepat aje cik en bersiap bila mak cik en ajak cik en pi pasar. Entahla dari dulu lagi cik en suka pergi pasar. Tak kisahlah pasar pagi ke, pasar petang ke atau pasar malam. Sebabnya akan ada pelbagai barangan dijual. Dari barangan basah hingga kering. Dari keperluan dapur ke peribadi. Kalau dulu bawa RM 10 akan ada 10 beg plastik cik en jinjing. Sekarang dengan kos sara hidup yang tinggi, RM10 itu tak mampu nak beli apa apa. Ikan pun dah nilai berbelas belas ringit. Tapi dok dengar cerita yang Kuala Lumpur ada program Jom Pi Pasar . Program Jom Pi Pasar yang katanya bermula tahun lepas menyasarkan pasar di sekitar Kuala Lumpur dengan memberi kupon RM 20 dan sedikit barangan dapur. Korang tau tak ada program Jom Pi Pasar ini? Lagi lagi yang duduk di kawasan Kuala Lumpur tu?

Jom Pi Pasar Bantu Golongan Kurang Kemampuan

Tujuan program Jom Pi Pasar ini adalah satu inisiatif membantu golongan yang memerlukan. Menerusi program Jom Pi Pasar ini, seramai 150 ke 300 pengunjung di pasar terpilih akan menerima kupon RM 20 untuk pembelian barangan keperluan. Program Jom Pi Pasar Bantu Golongan Kurang Kemampuan ini bermula semenjak April 2017 rupanya. Dah masuk 2018 baru cik en tahu ada program sebegini di Kuala Lumpur. Antara yang cik en tahu, ada beberapa pihak yang terlibat dalam program Jom Pi Pasar ini seperti FAMA, KPDNKK, LKIM, Econsave dan lain lain lagi. 

Selain daripada itu yang cik en nampak, bila ada program Jom Pi Pasar ini, ianya dapat mendorong para peniaga menurunkan harga di pasaran. Bila dah orang tertentu turun ke pasar ini, akan ada penambahbaikan seperti bekalan stok di pasar, pengawalan harga jualan, barangan yang berkualiti dan masalah masalah yang lain dari pengunjung pasar kan? Apa apa pun cik en setuju dengan adanya program sebegini. 


Program Jom Pi Pasar ini merupakan salah satu lagi inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam memahami keperitan golongan kurang kemampuan di kawasan Kuala Lumpur. Bagus gak ada yang prihatin dengan keadaan ekonomi keluarga yang kurang kemampuan ini. Makanan merupakan keperluan asas. Mungkin dengan program Jom Pi Pasar ini dapat memberi lebihan sedikit terhadap menu keluarga ini. Mesti anak anak yang biasa makan telur boleh merasa ikan atau ayam. Isk, kalau cik en mampu, cik en akan bantu mereka dengan berikan makanan asas ini. Tapi apakan daya kan, cik en tak mampu. Bila ada dengar DBKL sediakan program Jom Pi Pasar ini, cik en rasa lega sebab ada yang sudi membantu mereka.

Diharap akan ada penambahbaikan dari masa ke semasa program Jom Pi Pasar ini seperti menaikkan nilai kupon yang sedia ada itu. Sebabnya kos sara diri semakin lama semakin tinggi. Mungkin nilai itu dapat membantu masa kini tapi untuk jangka masa akan datang ianya semakin tak releven. Selain itu boleh perluaskan lagi ke pasar yang lain di sekitar ibu negara, dibuat seminggu sekali (sebelum ini sebulan sekali) dan bilangan penerima kupon akan bertambah. Korang boleh baca mengenai Jom Pi Pasar di artikel Jom Kita Pi Pasar!

Selain dari Program Jom Pi Pasar Ini, korang kena tahu juga ada beberapa program lain seperti Program Bas Sekolah Percuma di sekitar ibu negara

Gambar adalah ehsan google dan facebook

  18 comments:

  1. best orang kat wilayah, kita kat selangor program macam ni nan hado lagi. Harap nya akan datang, derang nak buat juga lah

    ReplyDelete
  2. Menarik dan bagus dapat membantu bagi mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  3. seronok mereka yang terpilih dapat bantuan ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  4. Mengurangkan kos sara hidup seharian walau hanya RM20 shj

    ReplyDelete
  5. kalau kat tempat mya, boleh beli lauk ikan n sayur untuk beberapa hari dengan rm20 tu.

    ReplyDelete
  6. Moga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang

    ReplyDelete
  7. Bestnya dok kl dapat macam2 bantuan utk kurangkan beban rakyat..untung org wilayah kan..

    ReplyDelete
  8. Oo..ada juga program camni ye. Baru tau

    ReplyDelete
  9. Jom sesama pigi pasar ... banyak sayur nak beli ni , hehe.

    ReplyDelete
  10. Wah. Baru tahu ada program camni

    ReplyDelete
  11. Syoknya pi pasar dapat kupin nak gak

    ReplyDelete
  12. Walau RM20 tp dpt membantu mereka yg memerlukan

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!