www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-04-28

Bas Sekolah Percuma? Biar Betul?

Bas Sekolah Percuma? Biar Betul? | Last cik en naik bas sekolah masa sekolah rendah. Jarak rumah ke sekolah agak jauh. Disebabkan abah cik en kerja tak menentu masa, abah cik en ambil perkhidmatan bas sekolah. Masa itu bayaran dalam RM 25 sebulan rasanya. Dan sekarang cik en survey yang bayaran bas sekolah sampai beratus ratus ringgit. Mahal juga rupanya sekarang ini kan? Kisah RM 25 itu kisah 20 tahun lepas. Mesti membebankan pada keluarga yang kurang kemampuan. Lagi lagi duduk di bandar besar seperti Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur). Bila cik en baru  baca satu artikel Bas Sekolah Percuma di Sinar Harian online kejap tadi terus perkataan " biar betul? Ada ke benda free sekarang ini? Lagi lagi libatkan perkhidmatan kenderaan" keluar dari mulut cik en. Yang korang  pula tau ke ada Bas Sekolah Percuma untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awan (PA) untuk orang Kuala Lumpur? Kalau korang pon tak tahu macam cik en, meh cik en nak cerita pasal Bas Sekolah Percuma ini ?


Bas Sekolah Percuma? Biar Betul?

Sebenarnya semenjak dari tahun lepas (2017), Kementerian Wilayah Persekutuan telah menyediakan peruntukan RM80 seorang murid yang menggunakan perkhidmatan Bas Sekolah Percuma ini. Program Bas Sekolah Percuma ini meliputi 74 kawasan di PPR dan PA di sekitar Kuala Lumpur. Jumlah besar yang diperuntukan RM15 juta ini di sediakan oleh kerajaan dalam bajet DBKL 2018. Mungkin cik en tak tahu adanya Bas Sekolah Percuma sebabnya bukan tinggal di bandar tapi bila ada program sebegini, cik en nampak penduduk yang kurang kemampuan di Kuala Lumpur dapat mengurangkan kos bas sekolah untuk anak anak dan boleh gunakan saving itu untuk perbelanjaan yang lebih memerlukan yang lain. Untung la korang yang duduk di Kuala Lumpur tu? Banyak kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Walaupun nampak sikit tapi bagi orang yang terhimpit dengan bebanan kewangan ianya sangat bererti. 


Kalau ikutkan kos pengangkutan macam sewa van sekolah boleh mencapai RM300 untuk seorang anak. Itu baru seorang kalau ada 3 orang? Tak ke dekat RM1000 juga. Baru sewa van je. Duit belanja sekolah lagi, peralatan sekolah lagi dan lain lain lagi. Bila ada program Bas Sekolah Percuma ini  sebenarnya banyak membantu golongan pendapatan rendah ini. Suka cik en tengok kalau adik adik ini boleh belajar tanpa ada bebanan kewangan. Mereka boleh tumpukan perhatian kepada pelajaran.

Program Bas Sekolah Percuma Ianya merupakan inisiatif dari Datuk Seri Tengku Adnan bin Mansor atau senang disapa dengan nama Ku Nan. Beliau merupakan Menteri Wilayah Persekutuan. Dengan rasa prihatin terhadap penduduk di dalam kawasan Wilayah Persekutuan yang mana ada penduduk kurang berkemampuan, anak anak yang ada semangat untuk belajar tapi tidak mampu untuk membayar pengangkutan ke sekolah dan juga keresahan ibu bapa yang mana semakin hari semakin tinggi kos menguruskan keluarga telah menjadi titik tolak kepada Ku Nan mewujudkan Program Bas Sekolah Percuma ini dibawah peruntukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dengan bajet yang diperuntukan, beliau menggunakan sebaiknya untuk memberi kemudahan yang terbaik kepada penduduk Kuala Lumpur.

Bantuan ini disediakan untuk penduduk PPR dan PA sahaja, kita (kerajaan) memahami kekangan hidup (kos sara hidup tinggi) jadi kita akan lihat setiap hari bagaimana mahu meringankan beban mereka 
- Datuk Seri Tengku Adnan Bin Mansor -

Harapan cik en pula agar Program Bas Sekolah Percuma ini dapat diteruskan dan akan ada penambahbaikan dari masa ke semasa seperti diperluas ke seluruhan kawasan bandar Kuala Lumpur. dan bukan hanya tertumpu kepada kawasan PPR dan PA. Selain dapat mengurangkan beban kewangan, ianya dapat juga mengelakkan masalah jenayah seperti penculikan di kalangan pelajar sekolah. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi korang boleh baca di Bantuan Bas Sekolah Percuma

p/s: Selain dari Program Bas Sekolah Percuma untuk penduduk PPR dan PA, Ku Nan juga ada mewujudkan beberapa program lain seperti Perpustakaan 1 Wilayah Persekutuan Lembah Pantai dan pembangunan semula Residensi Kerinchi. Semua ini untuk kemudahan penduduk di Kuala Lumpur. 

  48 comments:

  1. Alhamdulillah.. Atleast dapat juga meringankan beban mereka yang memerlukan..

    ReplyDelete
  2. Membantu program ni utk parents yg kurang kemampuan..tak banyak, dapat juga kurangkan sikit kos perbelanjaan bulanan tmbh2 duduk di bandar besar macam KL ni..

    ReplyDelete
  3. Membantu program ni utk parents yg kurang kemampuan..tak banyak, dapat juga kurangkan sikit kos perbelanjaan bulanan tmbh2 duduk di bandar besar macam KL ni..

    ReplyDelete
  4. baguslah wujud bas percuma ni. dapatlah mengurangkan beban ibubapa yang berpendapatan rendah. kalau anak 4 ha dah 1.2k untuk bas saja. adoi pening

    ReplyDelete
  5. Percuma? Jimat.. untung betol budak2 skg

    ReplyDelete
  6. baguslah program mcm ni, harap program ni diteruskan , dpt membantu golongan yg sangat2 memerlukan bantuan seperti ini ...

    ReplyDelete
  7. Bestnya bas sekolah percuma, untung warga wilayah

    ReplyDelete
  8. Good inisiatif. Memang patut program ni diteruskan sampai bila2. Adik2 dan mak pak pun senyum lebaq ja.. *phewww, kurangalah sikit bebanan keluarga terutama pada mereka yg kurang berkemampuan...

    ReplyDelete
  9. Bagusnya program ni kan cik en. Sekurang-kurangnya beban tambang bas yang perlu ditanggung oleh parents dah ringan.

    ReplyDelete
  10. Bas sekolah satu keperluan untuk anak2. Ada yg percuma, ini sudah bagus :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Sudah pasti rakyat rasa beruntung dengan program hasil inisiatif kerajaan ini. Semoga kemudahan sebegini dapat diguna oleh rakyat dengan cara yang bertamadun.

    ReplyDelete
  12. Mesti suka budak budak ni. Ada bas percuma pegi sekolah. Rajin ke sekolah. Mak ayah pon dpt penjimatan berganda kan. Untungnyaaaa duduk KL.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah takde r parents nk rasa terbeban sangat dengan bayaran bulanan tambang bas skrg ni

    ReplyDelete
  14. baru tahu cik en pasal bas sekolah percuma ni. very good inisiatif from DBKL!

    ReplyDelete
  15. mula-mula dengar macam tak percaya... rupanya betul ada bas sekolah percuma ni....

    ReplyDelete
  16. Baguslah kemudahan percuma ni dibuat..seronoklah ibu bapa dan anak2 yg bersekolah hihi

    ReplyDelete
  17. Aduyai.. . Beruntung nya ada program bas sekolah percuma ni. Macam kak nina anak 5, ini sangat sangat membantu meringankan bebenan.

    ReplyDelete
  18. Untunglah mereka yg layak dgn program bas sekolah percuma ni

    ReplyDelete
  19. seronoknya anak2 kat WP KL ni kan...bagus inisiatif DBKL ni..

    ReplyDelete
  20. Hahaha..cik en rm20 tu mmg 20 tahun lps nya rate kan..sekrang ni dah smpi ratus2 sebulan..parakkkk

    ReplyDelete
  21. Memang dpt menjimatkan ibu bapa dgn bantuan bas sekolaj percuma ni.. harap diteruskan pada tahun2 akan datang.. :)

    ...

    ReplyDelete
  22. Bagusnya ada khidmat bas percuma ni.. pernah dengar keluhan ibu bapa yg bgtau tambang bas sekolah mahal, nak nak bila time minyak naik..huhu

    ReplyDelete
  23. Bagus bas percuma ni bantu sama sama anak anak jihad

    ReplyDelete
  24. kurang sikit bebanan ibubapa nak bayar yuran pengangkutan anak. Memang patut diteruskan!

    ReplyDelete
  25. bas sekolah percuma?? wow bestnya,..nak pindah WP lahh hahaha

    ReplyDelete
  26. terima kasih kerajaan yang memahami keperluan masyarakat

    ReplyDelete
  27. Dulu luqman g sekolah jalan kaki jer kot sebab bas xde..seronoklah pelajar2 yg dok kl nih dapat naik bas g sekolah..percuma plak tuh.

    ReplyDelete
  28. Target kwsn PPR dan PA memang sgt sesuai. Tapi harap jugak seluruh KL dpt nikmatinya =)

    ReplyDelete
  29. Untungnya ada perkhidmatan bas percuma macam ni.

    ReplyDelete
  30. Satu inisiatif yang baik mengurangkan Kos Sara hidup golongan sasaran. Moga diteruskan lagi program seperti ini oleh DBKL

    ReplyDelete
  31. Bagus kalau program sebegini diperluaskan ke seluruh negeri...

    ReplyDelete
  32. Bagus program ni. Sangat sangat membantu mereka yang memerlukannya..

    ReplyDelete
  33. Moga program bas sekolah percuma ini akan diteruskan dan diperluaskan seantaro Malaysia :)

    ReplyDelete
  34. Selama ni tak pernah tahu. Dah lama rupanya ada bas sekolah percuma ni

    ReplyDelete
  35. bagus betul kalau perkhidmatan macam ni diperluaskan..leh jimat belanja bulanan keluarga tambah kalau yang keluarga ramai anak tu

    ReplyDelete
  36. Can help parents to save more.

    ReplyDelete
  37. Dpt membantu parents ntk jimat belanja. Klu ank sekolah ramai pasti akn rasa terbeban ntk tampung kos pengangkutan,kan. Lom lagi perbelnjaan lain. Syukur diberi bantuan cmni.

    ReplyDelete
  38. Jimat sgt!!! Ringankan beban.

    ReplyDelete
  39. Tahniah kerajaan WP atas inisiatif yang memfokuskan rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak

    ReplyDelete
  40. tak tau pula ada bas sekolah percuma, kalau ada dulu takde baik berhimpit dengan bangla dan indon bila naik bas awam kena tabah la

    ReplyDelete
  41. bantuan bas sekolah yang wajar diberikan kepada golongan tersebut. dapat juga meringankan beban mereka

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  42. Best nya. Baru tahu ada bas percuma ni.

    ReplyDelete
  43. Kalau ada kat semua daerah lagi bagus kan :)

    ReplyDelete
  44. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  45. bagus sangat ni, dah jimat bab pengankutan ke sekolah anak.

    ReplyDelete
  46. Belanja kat sini dah boleh guna untuk dapatkan benda lain dah. Dah jimat dah

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads