8 Perkara Yang Korang Tak Pernah Tahu Pasal Cik En

8 Perkara Yang Korang Tak Pernah Tahu Pasal Cik En | Rasa macam retis sangat kan? Sampai perlu nak buat entri tajuk camtu kan? Hahahha. Anggap la entri santai yang dibuat mengisi masa lapang cik en. Manatau mungkin ada yang nak tau sisi gelap.. eh.. sisi lain seketul (penggunaan bahasa yang salah) cik en ini. Mana yang rapat dengan cik en, mungkin tau la 8 Perkara Yang Korang Tak Pernah Tahu Pasal Cik En ini. Mana yang kenal di alam maya ini, mungkin dengan entri ini akan lebih kenal lebeyyyy sikit pasal cik en. Hihi. Sedia semua? Kalau dah kena janji dulu, jangan gelak ehh.. ahhaha.. Jom baca 8 Perkara Yang Korang Tak Pernah Tahu Pasal Cik En



8 Perkara Yang Korang Tak Pernah Tahu Pasal Cik En

1. Peminat no 1 Doraemon tapi tak ada koleksi Doraemon

Mesti fikir cik en peminat barney kan? Tapi cik en sangat taksub dengan cerita doraemon. Kalau nak tahu, setiap masa lapang cik en akan mengadap youtube dan channel yang lain semata mata nak tengok Doraemon je. Walaupun dah 100 kali play, cik en tetap akan tengok sambil makan nasi bungkus masa waktu rehat di pejabat. Tapi cik en tak pernah ada patung atau koleksi Doraemon. Dan cik en suka cerita kartun yang happy dan detektif yang lain macam spongebob, conan, Atashinc'hi, Fullmetal Alchemist, usop sontorian, upin ipin dan lain lain seangkatan dengannya.

2. Nampak Garang Tapi Sangat Ramah

Yang ini cik en tak leh nak membangkang. Ramai kata cik en garang. Mana yang tak pernah kenal face to face dan memang kawan real (kawan keliling) cik en mesti kata cik en garang. Nak tegur pun takut. Hakikatnya dulu, cik en ini seorang peramah. Lepas la umur semakin meningkat, asyik di pijak, digelek, dan diperkotak katikkan, cik en jarang nak tunjuk diri peramah kecuali siapa yang cik en dah kenal lama. Hakikatnya cik en perlukan 5 minit untuk jadi peramah.

3. Try To Be Profesional

Yang ini kebanyakan pada customer klinik. Ada yang mai lepas waktu pejabat, ada yang tak bawa kad pendaftaran dan ada masalah masalah yang lain. Cik en memang akan jadi mak jemah pok pek pok pek semasa pendaftaran tapi bila dibawa ke bilik rawatan, cik en akan ubah diri 360 darjah diri ini. Luar marah marah, dalam bilik rawatan jadi peramah dan boleh gelak tepuk tepuk bahuuuuu kucing lagi.. ahahhah 

4. Tiada Peneman Hidup



Hahhaha. Peribadi sangat kan? Ramai yang susah hati cik en ini masih single. Anyway im not available okey. Untuk pengetahun semua, cik en dah ada buah hati pengarang jantung hempedu dan usus. Cik en dah kawan lama dengan si dia. Hampir 5 tahun. Tapi dalam 5 tahun ini kami dalam bestfriend zone. Hahahha.. Dalam masa 5 tahun itu, cik en pernah "curang" sekali. Eh 2 kali.. Eh 3 kalii.. eh. eh... Hhahahah. Tapi jodoh panjang dengan dia berbalik pada dia. Tapi cik en tak suka nak heboh kan sebabnya masih belum ada hubungan rasmi gitewww. Bila nak rasmikan? Tunggu la duluuuu.. tengah aim benda penting sebelum kahwin ni. Hahahha

5. Satu Kerja Veterinar Cik En Tak Nak Buat Dan Kalau Boleh Tak Nak Sampai Bila Bila. 

Yang ini cik en dah kongsi di entri Satu Sebab Yang Tak Best Mengenai Kerjaya Veterinar . Cik en dalam bertahun menjadi veterinary assistant ini, cik en cuma sekali saja buat Put To Sleep (PTS). PTS adalah mematikan haiwan yang mempunyai masalah kesihatan atau keadaan yang tidak boleh diselamatkan. Sampai saja kes PTS cik en akan bagi pada orang lain. Cik en hanya sediakan kelengkapan saja. Cik en seboleh bolehnya mengelak dari buat proses PTS selagi masih ada peluang haiwan itu diselamatkan. 

6. Ramai panggil cik en Doktor sedangkan patut di panggil Cik Misi Cun Melecun saja

Ha, yang ini cik en dah betulkan banyak kali, sampai tahap cik en sendiri dah tak terdaya nak cakap dah. Jadi cik en biarkan saja panggil cik en dengan panggilan doktor. Hahhaha. Cik en tak pernah mengaku cik en doktor di mana mana tempat seperti klinik dan blog. Sebab itu cik en dah letakkan header blog www.nurfuzie.com dengan tagline I'm veterinary asisstant . 

7.  Cik En pernah mempunyai berat 45 kg dan ketinggian 168cm lebih kurang 6 tahun lepas



Hahhaha, kalau siapa kenal cik en dulu dulu kala mesti terkejut tengok cik en gemuk lani. Masa cik en sekolah dulu, cik en digelar zirafah sebab kaki panjang, kepala kura kura keluar cengkerang sebab leher jinjang dan papan lapis sebab kurus sampai nampak rangka. Dan paling rare dipanggil orang asli sebab rambut kerinting kembang dan kulit gelap (sebab zaman sekolah merempit). Lepas habis SPM, cik en mula pandai buat rambut rebonding jadi hilang dah panggilan orang asli. Kulit mula cerah sebab dah belajar pakai pondesyen atau krim kecantikan ada protection UV. Jangan ditanya camna berat 45 kg jadi 80  kg lani sebab ianya sangat tragis. Hanya kerana Double Cheeseburger Mcd dimakan setiap malam selama 3 bulan menjadikan berat 45kg jadi 80 kg. Dan ketinggikan 168cm ke 165cm je. Camna boleh jadi pendek? Sebab perut sudah boroi. Hahahahha

8. Seorang berkaca mata

Cik en rabun dari 8 tahun lagi. Dan sekarang ini power cik en hampir 1000 dan dah mula pakai lens semenjak umur 16 tahun lagi. Bermula dari situ cik en pakai sampai ada fikir cik en bukan seorang yang rabun. Semua ini cik en story di Cik En Sesuai Pakai Cemin Mata Atau Contact Lens

Habis sudah 8 Perkara Yang Korang Tak Pernah Tahu Pasal Cik En. Mungkin ada yang tahu dan ada yang mungkin tak tahu. Anggaplah entri ini entri santai santai mengisi malam korang eh. Ok la, jumpa next entri.
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

5 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wahh special entry about yourself.. suka2..

    ReplyDelete
  2. emm, cik en xpenah cerita bab2 chenta hati ni, eheks..
    ha, tips menarik ni, double cheeseburger mcd rahsianya bambam yer..
    stress makin kuruih nih..

    ReplyDelete
  3. Seriously?? Kurusnya part papan lapis tak tahan tu 😂

    ReplyDelete
  4. hehehehe...xnak dah mkn cheeseburger lps ni...hehhee
    jemput ke Blog saya, ada GIVEAWAY sedang berlangsung...TQ

    ReplyDelete
  5. oiye? alhamdulillah. moga cik EN dan si dia bertemu jodoh.
    bahagia hingga ke jannah in shaa Allah.
    wah! kurus yg amat tuh! wow! speechless bab ni :)
    and pasal power mata, aida pun rabun. now power aida tak lebih 400 lah.
    but, anak2 dara aida berdua tu, power rabun nyer lebih dah dari aida :(
    risau!!!
    one sweet day, memang aida akan sponsor diorang utk laser mata.
    better kot dari izinkan diorang pakai lens.
    aida ada experience buruk tentang lens. aida pakai lens dari thn 1999 hingga akhir 2012.
    lepas bersalin izzat.
    then, aida kena jangkitan kuman di mata :(
    no more lens since then, cik EN.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post