www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-04-03

Iwan Grill Place Tempat Makan Sedap di Manjung Perak

Iwan Grill Place Tempat Makan Sedap di Manjung Perak | Dah lama rasanya cik en tak buat food review. Dan semestinya food review cik en ini tak berbayar sebabnya cik en akan kongsi dengan pembaca cik en mana tempat makan yang best dan berbaloi untuk korang cuba. Kalau korang ke Manjung, Perak , jangan lepaskan peluang untuk mencuba Iwan Grill Place port Tempat Makan Sedap di Manjung Perak. Cik en dah banyak kali makan di Iwan Grill Place ini dari port lama dorang dulu, tapi tak terfikir nak buat review masa itu. So sabtu lepas, kawan cik en Ayu request nak makan makanan grill sebab dia dalam semangat nak diet. hihihi. Lepas fikir mana tempat makan di manjung best untuk menu grill, kawan cik en lagi sorang, Kekda suggest Iwan Grill Place. Terus kami ke port baru Iwan Grill Place berdekatan dengan Kamdar dan Maybank Seri Manjung. 


Iwan Grill Place Tempat Makan Sedap di Manjung Perak

Bab makan ini, cik en memang sejenis yang cerewet dan mungkin tak banyak tempat makan yang cik en pergi dan cuba kena dengan tekak manja cik en ini lagi lagi tempat makan sedap menu grill ini. ada 4 menu yang cik en cuba sabtu haritu


Ini menu Meatball and Fries. Yang ini cik en bagi 5/5 bintang sebab meatball dia sedap sangat. Besar pon, puas la makan kalau sorang. Fries dia jenis ketak ketak tu atau dipanggil crinkle cut fries ini adalah pilihan cik en kalau beli fries. Dan masa cik en ikuti seminar dengan US Potatoes ritu, crinkle cut fries ini adalah dari kentang yang terbaik. 


Ini pula Chicken Chop Grill With Mushrom Sos. Yang ini cik en suka juga cuma ini menu Ayu, cik en dapat rasa sikit. Ayam dia di grill tapi masih ada juice dari ayam tu. Kuah dia sedap. Decoration dia menarik dan cik en suka jagung tu. Nampak menu ini original western. Ini cik en bagi 4/5 sebab cik en tak dapat rasa sepenuhnya. Hahahah


Lasagna ini menu cik en, cik en sebenarnya mencari lasagna yang cik en pernah makan masa makan malam masa belajar di Politeknik Ungku Omar dulu tapi sampai sekarang masih tak dapat. Mungkin bukan menu lasagna kot. Yang ini cik en bagi 4/5. Pasta dia lembut tapi tak terlalu hancur, kuah bolagnese dia tak terlalu masam dan balance dengan perisa yang lain. Daging dia rasa fresh dan tak liat. 


Last ini menu Kekda, Chicken Chop grill with Black Papper Sos. Ini menu biasa cik en makan. Yang ini cik en tak rasa tadi dan cik en tak sempat merasa sos blackpaper dia. Dari pengalaman cik en sebelum ini, blackpaper dia sedap. Tak terlalu pekat dan cair. Kiranya kena dengan tekak cik en. Yang ini cik en tak dapat bagi bintang sebab tak merasa sikit pun. Hahahha

sumber dari fb Iwan Grill Place

Selain dari itu, korang boleh mencuba menu steak, pasta, Peri-peri chicken, Pizza, Lambs, Lobster dan masakan asia. Untuk next cik en nak mencuba lobster dorang. Mesti sedap kan? Insyallah kalau cik en cuba lobster dorang, cik en akan review. Wahyu beef pun ada tau kat sini. Cuma dah terlalu banyak menu cik en akan cuba satu persatu nanti. 

Kalau korang yang nak mencuba makan disini korang boleh rujuk detail di bawah ini 

Iwan Grill Place,Manjung
No. 81, Persiaran PM 2/4, Seksyen 2
Sri Manjung, Perak
0125288794

Iwan Grill Place yang terbaru bertempat di The Lemon Tree Manjung. Bersebelahan dengan Hotel Lee Garden dan berdepan dengan The Villages Steamboar Buffet. 



Kalau korang suka menu nasi mandy pula, di manjung pun ada satu tempat makan sedap untuk nasi mandy. Yang itu korang boleh tengok Nasi Mandy Kambing di Marbawi Maqli Manjung Meleleh


  8 comments:

  1. Pagi- pagi dah tengok makanan grill ni terus perut rasa lapar...ishh..sabar jer laaa

    ReplyDelete
  2. Nanti kalau balik kampaung akak nak singgah sini..Cik Ein dok dekat2 sini je ke?

    ReplyDelete
  3. terima kasih cik en. crinkle cut memang sedap. baru tau ianya dari kentang terbaik :)

    ReplyDelete
  4. Alahai sedap-sedapnya menu kat sini.. nnti nak singgahlah

    ReplyDelete
  5. Alahai sedap-sedapnya menu di sini.

    ReplyDelete
  6. Insya Allah..hujung minggu ni dah boleh jejak kedai ni...hehehehe

    ReplyDelete
  7. walaupun orang Perak tapi tak pernah lagi sampai Manjung ni...
    kalau harga ok memang kena gi ni

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads