www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-08-02

Nasi Mandy Kambing Di Marbawi Maqli Manjung Meleleh


Nasi Mandy Kambing Di Marbawi Maqli Manjung Meleleh  | Sebut Nasi Mandy ini, mesti ramai orang Malaysia yang dah menjadikan makanan ini makanan kegemaran mereka. Walaupun berasal dari tanah arab, ianya mudah didapati di mana mana dan banyak resepi boleh di google. Kali ini cik en nak review satu restoran di Manjung Perak yang mempunyai menu Nasi Mandy Kambing yang Ummph sedapnya. 


Marbawi Maqli ini cik en dah 2 kali makan dan kali pertama cik en terdelete gambar untuk review. Dan kebetulan tengahhari tadi cik en nak makan di kawasan Manjung lama, kedai yang menjadi pilihan tutup, jadi terus ke Marbawi Maqli ini untuk pekena Nasi Mandy Kambing. Restoren ala ala KFC dan MCD. Buat order di kaunter dan bila siap akan dipanggil menggunakan no giliran. Cik en order Nasi Mandy Marbawi Kambing dan 2 orang rakan cik en order Grill Chicken Chop


Nasi Mandy dia sedap sangat, kambingnya pula memang lembut dan diselit dengan sedikit lemak kambing. Memang terangkat la makannya.


Grill Chicken Chop dia besar dan ada mash potato (kentang putar) yang dibuat sendiri. Mash potato dia sedap giler bak hang. Lembut dan halus. Memang kentang 100% rasanya di gunakan. Memang puas hati la makan di Marbawi Maqli Manjung ini. Harga? Cer semak resit di bawah ini


Murah dan berpatutan kan harga dia? Tak perlu jauh jauh nak merasa makanan arab ini. Murah dan sedap ada di Restoren Marbawi Maqli Manjung ini. Jika ada sesiapa ke Manjung, Lumut, Teluk Batik atau Pulau Pangkar boleh la ke Sri Manjung untuk menikmati makanan arab ini.

Restoran Marbawi Ayam Maqli
No 26, Fasa 1D4
32040 Sri Manjung
Perak Darul Ridzuan
05-6640623 (telefon) 05-6887375 (faks)
GPS 
4°11'43.9"N 100°40'01.6"E

6 comments:

Nur Haziqah Mohd Rosli said... [Reply]

Boleh tahan berpatutan juga harganya.

Ahmad Hasif said... [Reply]

fuh mcm tak caya je harga dia.. murah juga.. jrg dpt nasi arab murah cmtu... tp jauh pulak nak perginye.. hehe.. kalau singgah perak insyallah boleh la merasanye..

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

sdpnya.. bgkus bawa mai sni kak..hehehe

Siqah Hussin said... [Reply]

Sedapnyaaaa... Suka kambing!

Yatie Owner said... [Reply]

nampak perkataan kambing kat situ memang pecah leleh terus ;)

Anum Abdullah said... [Reply]

sedapnya...murah lagi..memang berpatutan harga dia..

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads