www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-01-12

Apa Kekuatan Gadis Melayu?

Apa Kekuatan Gadis Melayu? | Gadis Melayu selalu digambarkan hidung mancung bak seludang,pipi pauh dilayang, rambut ikal mayang, leher jinjang meneguk air berkaca, bibir bak delima merkah, putih kuning bak langsat ranum, pinggang ramping seperti kerengga, betis bunting padi, berjalan lenggang itik, jari bak kacang bendi dan lain-lain lagi. Apabila digambar sebegitu, nampaknya ianya sangat sempurna, ayu dan cantik kan? Diselitkan pula Gadis Melayu yang beragama Islam. Islam itu Indah. Melayu itu Kesopanan. Lengkap menjadi gadis idaman dan tinggi maruahnya. | Apa Kekuatan Gadis Melayu? 


Apa Kekuatan Gadis Melayu? 

Setiap gambaran yang dinyatakan itu membawa maksud maksud yang tertentu. Seperti jari bak kacang bendi. Semakin runcing semakin rapat rahim/vagina dan semakin suburlah rahim seorang gadis melayu itu. Selain itu, dahi yang luas tanda gadis yang cerdik, bertangan lebar tanda mudah membantu dan baik hati dan leher yang bergelang gelang (kedut pada leher) dianggap tidak setia atau curang. Itulah ilmu orang orang tua dulu dalam menafsir gadis melayu ini. 

Diakui, cik en sendiri bukanlah 100% Gadis Melayu sejati. Kenapa? Mungkin faktor pekerjaan, didikan awal dan faktor sekeliling buat semakin lama semakin pupus gadis melayu ini. Walaupun ada rancangan Pencarian Gadis Melayu, tapi cik en rasakan ianya bukan pencarian yang sebenarnya. Seperti cik en nyatakan, mungkin faktor sekeliling menjadikan faktor pemilihan yang jauh tersimpang dari sebenarnya. 

Tapi berbeza dengan apa yang cik en tengok di zaman ini. Semua gadis kejar untuk menjadi putih sampai nampak urat biru, mata dah ber"kaler-kaler"(hahahah), rambut berketak ketak ( hihihi), gedik mengalah sotong dan macam macam lagi la. Tapi bukannya semua. Masih ramai lagi yang masih ada sifat "malu malu kucing" cuma takut yang ramai ini akan jadi sedikit dan terus pupus. 

Kalau cik en sendiri dah berkahwin dan ada rezeki anak terutama anak perempuan, cik en nak anak cik en menjadi gadis melayu yang tangkas dan bijak seperti budi bahasa yang lembut dan sopan, menghormati warga tua dan kasih pada yang muda,pakaian yang sederhana, tidak menjolok mata, sopan dan tidaklah perlu berbusana setiap masa, sebabnya zaman kita ini tidak sesuai memakai busana setiap hari, kalau fair hair (waktu kecil), rambutnya yang hitam dan panjang mengurai. Tapi siapalah kita nak membentuk anak anak zaman sekarang. Cuma diharap janganlah calarkan imej gadis melayu yang sejati ini. Banggalah dengan bangsa kita. Bangsa Melayu Takkan Hilang Di Dunia.

Info : http://kemuningwarisan.blogspot.my/2010/02/ciri-ciri-kecantikan-wanita-melayu.html

p/s : Entri ini cik en taip pada tahun 2015 dan tak tahu kenapa cik en tak publishkan walaupun siap dikarang. Anyway cik en tak la memulaukan gadis gadis yang up to date tapi setiap orang mempunyai citarasa masing masing kan?

  2 comments:

  1. Sekarang ni susah nak cari yang betul betul gadis melayu tau.. Masih ada tpi susah nak cari

    ReplyDelete
  2. hehehe dok baca ciri ciri sambil tilik diri sndiri ngeh3..

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!