www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-11-16

Risau Bukan Bukan Je Pemilik Haiwan Ini

Risau Bukan Bukan Je Pemilik Haiwan Ini | Menjadi seseorang yang menjalankan rawatan di klinik veterinar tidak kiralah doktor veterinar, pembantu veterinar atau sesiapa saja, melihat gelagat haiwan kesayangan sememangnya mencuit hati korang tapi kadang kala korang perlu berdepan dengan pemilik haiwan yang kadang kadang risau tak kena tempat. Semuanya based pada pengalaman cik en sendiri. Kadang kadang menaikkan kemarahan cik en juga sebab dah menerangkan bersungguh sungguh, dorang masih dengan pendirian dorang. 


Bagi cik en la, walaupun kucing atau anjing tak boleh nak bercakap apa yang mereka sakit dan kadang kala kita sebagai perawat perlu mentafsir sakit mereka dengan history dan pemeriksaan fizikal adalah lebih baik dari berdepan dengan sikap pemilik haiwan itu. Satu contoh cik en boleh story, setiap kali musim hujan, selalunya haiwan kesayangan terutama kucing akan lebih suka tidur sepanjang hari. Sebabnya musim sejuk, mereka akan kurang aktif dan lena untuk hibernasi. Tapi masalahnya pada tuan tuan kucing ini, nampak je kucing kurang aktif terus anggap kucing itu demam, bila di bawa ke klinik, request nak antibiotik. Sedangkan cik en dah check, tak ada demam, sihat, tiada selsema dan sebagainya. Permintaan antibiotik tu semudah itu je kan macam dorang pula yang lebih arif mengenai rawatan? Kena ingat, kalau kucing korang sihat korang bagi antibiotik dan sampai satu tahap, antibiotik dah mula imun dengan badan kucing dan kebetulan pula kucing itu sakit, antibiotik yang ada tak akan mampu merawat dorang dah. Sebab itu ada kucing yang dibuat ujian antibiotik mereka resistent dengan sesetengah antibiotik. 

Dan juga cik en kecewa bila ada yang jual ubat ubatan terutama penjualan antibiotik berleluasa tanpa perlu diescription daripada doktor atau pengawai yang dipertanggungjawabkan. Tak semua sakit memerlukan antibiotik. Dan jangan pelik antibiotik boleh membunuh haiwan korang. Kenapa? Yang itu korang boleh tanya doktor veterinar atau pengawai yang bertanggungjawab.

Hope korang boleh percayakan orang yang merawat haiwan kesayangan korang itu. Kalau mati, bukanlah salah dorang tapi keadaan haiwan kesayangan yang mungkin lemah atau tidak dapat menerima ubatan yang diberi.  

2 comments:

Mrs Pip said... [Reply]

biasalah cik Ein, kadang kadang ada yang lupa, pakar lebih tahu , tapi mereka rasa mereka lebih pakar ... hurm .... ingat antibiotik tu boleh suka suka nak makan...

timm bill said... [Reply]

terlebih risau sungguh diorg ni..
klau kat umah, mak cik timm tgk kucen mcm demm, dia lepaskan kucing bgi dia mkn rumput2 ubat..
nnti dia baik sendiri..
klau teruk jugk baru g klinik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads