Pengalaman menggunakan AIR OPTIX plus HydraGlyde
Disini ada sedikit siaran media untuk maklumat lebih lanjut mengenai Air Optix Plus HydraGlyde
PELANCARAN KANTA SENTUH AIR OPTIX®PLUSHYDRAGLYDE®- RAKYAT MALAYSIA DIGALAKKAN SUPAYA TIDAK MENYERAH KEPADA PENGLIHATAN KABUR
● AIR OPTIX® plus HydraGlyde®menggabungkan 2 teknologi eksklusif– SmartShieldTM Technology dan HydraGlyde®Moisture Matrix
● 72% pemakai kanta sentuh di Malaysia menikmati tahap keselesaan yang ketara sehingga penghujung hari apabila menggunakan AIR OPTIX® plus HydraGlyde®1
Kuala Lumpur, 5 Oktober 2017 – Alcon, peneraju global dalam penjagaan mata dan sebahagian daripada syarikat Novartis, telah melancarkan produk terbarunya untuk pasaran di Malaysia hari ini. Kanta sentuh pakai buang bulanan, AIR OPTIX® plus HydraGlyde®direka untuk mengurangkan penglihatan yang kabur sepanjang 1 bulan penggunaannya. Dengan menggabungkan dua teknologi terkini, SmartShieldTMTechnology dan HydraGlyde®Moisture Matrix, pengguna kanta sentuh pakai buang bulanan tidak perlu lagi bersabar denganpenglihatan yang kabur atau rasa kering di pertengahan bulan.
Dari semasa ke semasa, deposit protein dan lipid (minyak) berkumpulpada permukaan kanta sentuh bulanan lalu menjadikannya kering dan kabur semasa dipakai. Tambahan pula kesan daripada produk kosmetik seperti maskara, pembayang mata, penanggal mekap mata dan krim sapuan tangan pada kanta sentuh; ia menjejaskan penglihatan dan menyebabkan ketidakselesaan pada kanta sentuh.
SmartShield™ Technology, teknologi eksklusif yang hanya boleh didapati pada kanta sentuh AIR OPTIX®, mengatasi masalah ini dengan membentukkan lapisan pelindung ultra-nipis di permukaan luaran kanta sentuh yang melindungi pengguna daripada deposit2-3 yang dinyatakan. Dengan itu, pengguna akan menikmati perlindungan daripada gangguan harian2-3 dan menikmati penglihatan jelas yang konsisten4. Tambahan pula, 7 daripada 10 pengguna kanta sentuh di Malaysia bersetuju bahawa mereka selesa memakai AIR OPTIX® plus HydraGlyde®sepanjang satu bulan penggunaannya5.
Teknologi kedua yang terdapat dalam AIR OPTIX® plus HydraGlyde®adalah HydraGlyde®Moisture Matrix, yang membolehkan pengguna mengalami peningkatan kelembapan yang berpanjangan dengan menarik dan mengekalkan kelembapan pada kanta sentuh6-7. Teknologi ini menyelaputi kanta dalam kelembapan dan memberikan penghidratan yang lebih tahan lama selepas 16 jam6-7, justeru memberikan keselesaan kepada individu aktif yang inginkan ketenangan fikiran.
"Apa yang berbeza tentang kanta sentuh AIR OPTIX® plus HydraGlyde®adalah keupayaannya untuk menangani dua masalah sekaligus - iaitu pembentukan deposit dan keperluan kelembapan sepanjang hari," kata Sandeep Tewari, Pengurus Besar Negara kepada Alcon Malaysia. "Kami percaya bahawa pengguna kanta sentuh tidak patut berkompromi dengan masalah penglihatan kabur di pertengahan bulan atau penglihatan yang tidak selesa apabila menghampiri penghujung hari. Pengguna kini boleh menikmatipelbagai aktiviti yang disukai, tanpa perlu ‘menyerah kalah’ kepada penglihatan yang tidak jelas dan tidak selesa”.
Pelancaran AIR OPTIX® plus HydraGlyde®turut memperkenalkankempen #NeverSettle (Tidak Menyerah) yang diwakili olehGermaine Yeap, seorang bekas jurubank berusia 32 tahun yang kini merupakan peninju Muay Thai dan pelakon lagak ngeri wanita. Beliau merupakan seorang individu yang menepati saranan Alcon untuk memiliki penglihatan yang jelas pada setiap masa.
Sifat #NeverSettle Germaine mendorong beliau untuk mempunyai gambaran jelas tentang apa yang ingin dicapai, walaupun mustahak atau remeh, dan dia berusaha keras untuk mencapai matlamatnya meskipun mengalami pelbagai cabaran. Begitu juga betapa pentingnya penglihatan jelas bagi Germaine ketika beraksi. Penggunaan kanta sentuh AIR OPTIX® plus HydraGlyde®membolehkan Germaine melihat dengan jelas dan selesa, tanpa gangguan, supaya dia boleh memberikan tumpuan sepenuhnya untuk melakukan yang terbaik ketika bertinju.
Kisah mengenai bagaimana dia mengekalkan visi yang jelas dalam setiap aspek hidupnya, dari segi penglihatan mahupun kerjaya, adalah motivasi supayaorang ramaitidak mudah menyerah kalahkerana kita layak untuk mendapatkan yang terbaik. Cerita penuh tentang kisah #NeverSettle Germaine boleh didapati di laman Facebook Alcon Malaysia.
Kanta sentuh pakai-buang bulanan AIR OPTIX® plus HydraGlyde®boleh didapati di seluruh Malaysia. Setiap kotak mengandungi 3 kanta, dengan harga jualan yang disyorkan pada RM86.90 setiap kotak (termasuk GST). Sila dapatkan nasihat lanjut daripada pakar penjagaan mata anda. Layari laman Facebook Alcon Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ahli terbaru keluarga kanta sentuh AIR OPTIX®.
Germaine Yeap’s #NeverSettle story#NeverSettle Social Experiment videoAIR OPTIX plus HydraGlyde’s Website
Macamm best je tapinmama x pakai contact lenses
ReplyDeletetak reti pakai lens sampai sekarang.. hihi
ReplyDelete