www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-09-22

Servis D'wafacare Muslimah Spa Manjung Perak Tip Top!

Servis D'wafacare Muslimah Spa Manjung Perak Tip Top! | Dah lama cik en tak reward diri sendiri sebab asyik sibuk bekerja je. Dah lama sebenarnya cik en pasang niat nak manjakan diri cuma masih tercari cari tempat yang cik en rasa berbaloi dan puas hati. Sebelum ini cik en pernah dapatkan servis spa di Manjung tapi entahlah cik en rasa tak best. Bayar mahal tapi kurang memuaskan dan sampai sakit sakit badan dibuatnya. Sampailah satu hari, cik en ada tengok Dwafa di Instagram dan cik en pun berminat dan mula la tercari pakej pakej yang ditawarkan. Baru semalam cik en rasa nak cuba servis mereka. Pagi semalam cik en terus book dan pilih pakej yang ditawarkan. Hampir sejam memilih dan direcommended oleh Dwafa, cik en memilih Relaxing Package. Sesuai sangat la dengan cik en yang stress dan letih bekerja. Dan pengalaman pertama di Dwafa ini cik en boleh kata Servis D'wafacare Muslimah Spa Manjung Perak Tip Top!

Servis D'wafacare Muslimah Spa Manjung Perak Tip Top!
Servis D'wafacare Muslimah Spa Manjung Perak Tip Top!

Servis D'wafacare Muslimah Spa Manjung Perak Tip Top!


Relaxing Package ini ada 4 iaitu Bertangas, Urutan Badan Bali, Skrub Badan dan Relaxing Facial. Dah nampak dah de aura releks dalam pakej ini kan? Sambil itu cik en nak story pengalaman cik en buat kesemua servis ini dan komen jujur.

Bertangas

Cik en pernah story sebelum ini pasal bertangas di Bertangas Pada Wanita Bujang dan sejujur ini lah kali pertama cik en bertangas. Nak rasa juga bertangas tu macamana dan apa kesan pada badan. Sebelum itu cik en bagikan apa info yang diberi oleh Dwafa

Bertangas di Dwafacare Muslimah Spa Manjung

Kebetulan cik en belum datang bulan kira ok sangat la buat kan? Bertangas ini bukan saja bahagian rahim tapi boleh buat sauna sekali. Berpeluh peluh juga cik en cuma tak tahan sikit dengan haba panas la. First time la katakan. Dan bagusnya adik (lupa nak tanya nama) ada je kat tepi cik en. Kalau rasa panas kena kabo kan.. dia akan off sebab tak ada level level kepanasan dan akan on balik bila kita rasa dah mula kurang panas. Setia betul dia. Dia pun macam macam tahu je cik en panas ke tak. Hahhaha. Apa pun pengalaman pertama ini sangat berharga. Mungkin lepas ini, dah ada pengalaman mesti boleh tahan haba herba panas tu. 

Urutan Badan Bali

Urutan ini cik en pernah fobia tau. Cik en pernah dapatkan urutan ini salah satu spa dan cik en memang rasa sakit badan lepas buat. Walaupun ada kupon free masa itu, memang cik en tak mau pergi. Sebab tu dari awal, cik en ada tanya Dwafa, ok ke Urutan Badan Bali ini? Dia kata pelanggan Dwafa memang sukakan urutan ini dan dah direcomendedkan cik en pun setuju la. Dari awal hingga habis urutan ini, cik en rasa relax sangat. Tak sakit malah rasa "sedap" badan ini. Rasa lenguh lenguh hilang dan semestinya benda sedap ini cik en sampai terlelap. Memang seluruh badan adik ini urut. Kira puas hati la! Nampak je adik tu kecik dan kurus tapi lega sungguh badan akak yang sado ini. Kira kalau korang mai sini, cik en suggest korang ambik urutan ini.

Scrub Badan

Scrub badan ini cik en rajin gak buat kat rumah tapi sebelah belakang itu memang cik en tak sampai dan disebabkan ada dalam pakej cik en buat la. Katanya gunakan garam laut dan macam ada bau karemal sikit (maybe gula) dan rasa best pula ditonyoh tonyoh kawasan daki tu. Selesai scrub cik en mandi dan rasa la lembut kulit tu. Dan tak la rasa kering sangat. Lembab je. Selalu scrub ini akan keringkan kulit kan tapi yang ini tak. Sesuai la nampak dengan kulit cik en.

Relaxing Facial 

Facial ini tak sama macam facial kat luar sana. Bukan nak buang black head atau white head tapi lebih kepada untuk relaxkan muka. Muka akan di beri cuci terlebih dulu dan digunakan scrub untuk buang kekotoran dan baru diurut urut. Rasa macam badan diurut. Muka rasa macam segar luar dan dalam. Macam nak bagi seri wajah gitew. First time tapi yang ini cik en suka. Releks tanpa sakit. hahahah

Dan selesai semuanya rasa macam nak tidur je kat situ. hahahha. Pakej ini ambil masa 3 jam. Nampak lama tapi 3 jam itu boleh relekskan badan yang bekerja setiap hari ditambah stress dan sakit jiwa. ahhaha. Mesti korang tertanya tanya kan? Berapa pakej cik en ambik tu. Ini pakej cik en




Terletak di Pusat Perniagaan Manjung Point 3, Seri manjung sebelah dengan Kopee Paste Manjung. dan sebelah dengan Hospital Pantai Puteri Seri Manjung. So mana yang teringin nak cuba korang boleh mai sini. Ini adik yang buat servis dengan cik en. Maaf sangat sangat sebab lupa nak tanya nama masa tu. Adik ini ramah dan kebetulan masa tu kaki cik en memang dari kecik ada ezema dia takut nak scrub takut pedih katanya. Dia punya risau sampai lepas mandi pun duk tanya pasal kaki tu. Cik en kata ok je. Manatau dengan scrub ini akan kaki ini sembuh terus. Huhuh


Dan ini pula pakej pakej yang ada di D'wafacare Muslimah Spa Manjung Perak ini






Atau korang boleh dapatkan detail lain atau nak book temujanji di 

05-6870213
011-26516134 (Whatsapp)

6 comments:

timm bill said... [Reply]

bestnyer klau pi hujung2 minggu nih..

mamapp said... [Reply]

Bestnya.. harga pun berpatutan

Norlaili A Wahab said... [Reply]

best nya cik en. akak ni dah lamaaa tak pegi spa hehehe

Fuzy Hamid said... [Reply]

lepas berspa..mmg rasa ringan badan..murah pulak tu..

Princess Serra said... [Reply]

salam singgah! nak unicorn brush dengan harga RM1?

https://messarah.blogspot.my/2017/09/review-unicorn-brush-5-pcs-set-only-rm1.html

Migha said... [Reply]

Bestnyaa..Migha dah lama tak manjakan diri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads