Bertangas Pada Wanita Bujang

Bertangas Pada Wanita Bujang | Apa itu bertangas? Adakah ianya terhad kepada wanita baru lepas bersalin sahaja? Lelaki boleh bertanggas ke? Kaum lain selain kaum Melayu boleh bertangas ke? Apa kebaikan bertangas? Katanya bertanggas boleh pulihkan dara, betul ke? Bila yang boleh dibuat bertanggas? Berapa lama? Herba apa yang digunakan untuk bertangas? Cik en cuba kumpul maklumat maklumat ini untuk simpanan sendiri dan kalau ianya berguna bolehlah menjadi rujukan pembaca cik en juga. Dan yang penting bolehkah Bertangas Pada Wanita Bujang

Bertangas Pada Wanita Bujang
Bertangas Pada Wanita Bujang
Bertangas adalah adat turun temurun nenek moyang kita untuk menjaga kawasan intim dan rahim wanita selain mengeluarkan peluh untuk buang toksik dalam badan, penyembuhan luka bersalin, kemutan faraj dan rahim, mengelakkan kelesuan badan dan bau badan. Bertangas ini bukan saja untuk ibu baru lepas bersalin tapi untuk anak dara juga yang ada masalah keputihan dan kegatalan di kawasan V ini. Selain dari perempuan, lelaki juga boleh bertanggas tapi bukanlah nak buat kemutan (ahhahaha) tapi kepada mengeluarkan peluh untuk buang toksik dalam badan. Dan adakah ianya boleh pulihkan dara pula ianya masih belum ada kajian spesifik.

Bertangas ini terbahagi kepada 2 iaitu kering dan basah. Kalau bertangas kering atau bertangas herba ini. Hanya menggunakan batu sungai yang dipanaskan bersama herba herba terpilih. Dilakukan selepas hari ke 30 selepas bersalin dan dilakukan selam 10 hari berturut-turut. Bagi yang bujang atau tidak bersalin boleh dibuat hari ke-6 selepas habis haid dan dibuat 3 hingga 7 hari. Bertangas basah pula mungkin biasa korang tengok di spa spa tapi dah diubah suai mengikut kesesuaian. Menggunakan rempah ratus yang direbus dan bagi yang lepas bersalin boleh mulakan selepas 40 hari sehingga 100 hari selepas tangas kering. Bagi yang bujang atau tidak bersalin boleh mula selepas darah haid kering. Dikatakan ianya dapat kelembapan kulit.

Cara menyediakan tangas basah

Bertangas Pada Wanita Bujang
Bertangas Pada Wanita Bujang


Rebuskan herba herba seperti buah manjakani untuk mengetatkan rahim, asam keping, daun sirih untuk penyembuhan luka, daun kunyit, halia merah, daun mengkudu, buah pala untuk buang bau yang tak best serta sedikit garam dan bermacam-macam lagi sumber asli yang kebanyakannya ada saja di dapur korang itu. Campur sedikit dengan air untuk mengurangkan kepanasan, kang melecur pula kan? Dan korang masuk bilik air dan tutup tingkap dan pintu untuk wapkan bilik air tersebut. Ambik kerusi lagi bagus kerusi yang ada lubang di tempat duduk dan duduk. Lepas itu gunakan kain batik untuk selubung badan korang. So macam alat mandi wap kanvas yang ada di spa spa kan? Prosesnya dalam 20 hingga 30 minit saja. Boleh buang 2 kali seminggu atau seminggu sekali.

Walaupun ada yang anggap tangas ini old school tapi ianya bagus untuk kesihatan dalaman kita. So kalau korang ada kelapangan mungkin boleh cuba buat sekerap yang boleh. Macam cik en ni, cik en dalam sebulan sekali mesti buat spa. Mesti kata cik en "banyaknya duit cik selalu spa" Tapi sebenarnya cik en gunakan bajet kurang dari RM100. Nak tahu? Korang boleh baca entri Cara Buat Spa Sendiri Di Rumah Dengan Modal Kurang RM100 

So kalau korang ada pengalaman bertangas ini, apa kata kongsi di bahagian komen entri ini. Mungkin boleh cik en dapat info info baru.

Info tangas berkaitan : http://miera301.blogspot.my/2014/02/penutup-pantang.html
gambar : google 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

11 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hihi sy tak pernah bertangas...tp bila baca perihal bertangas ni macam best ajer...hihi

    ReplyDelete
  2. Mama pun seumur hidup x penah bertangas huhuu

    ReplyDelete
  3. Menarik betul kerusi beertangkas tu...

    lama dah tak berspa-spa dirumah... Kanda letak tinggi beno atas almari baju susah nak capai...

    herba-herba pon kebetulan x restok...

    ReplyDelete
  4. Saya penah buat tangas..best..tukamg urut yg saya pi buat tu bgitau,kaum wanita sangat2 digalakkan bertangas.tak terhad pada wanita yg lepas bersalin je..byk faedah buat tangas mcm yg cik en citer kat atas...jadi wanita2 jgn la anggap tangas ni oldschool bagai.ini amalan kita turun temurun..

    ReplyDelete
  5. Miza bertangas bila lepas bersalin jew. Serius best

    ReplyDelete
  6. bertangas baru tahu perkataan ini....biasanya yang saya tahu bertangan hahaha

    nice info

    ReplyDelete
  7. boleh buat ni, tapi kang satgi famili ingat buat nasi kngkang pulak,, haha!
    nk try la sbb rsa mcm xselesa pulak bdan ni..

    ReplyDelete
  8. nenek moyang kita banyak betul tipsnya.. sekarang ja makin ramai yang amalkan cara moden..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post