www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-09-07

Shopping Di Pasar Besar Tanah Merah dan Rantau Panjang

Pasar Besar Tanah Merah dan Rantau Panjang | Hari ini hari last cik en di kelantan. So masa ini la cik en akan bershopping sakan untuk bawak balik ke Perak. Disebabkan pengalaman cik en beli kopok (keropok) lekor di Bukit Bunga asyik tak sedap dan mengadu pada Ehan, Ehan bawa cik en tempat dia selalu beli keropok lekir ini. Sambil itu cik en usha juga barang barang makan yang lain boleh bawak balik. Dan balik nanti, kami akan pusing ke Rantau Panjang untuk shopping lagi. Disebabkan tak banyak yang cik en nak story jadi cik en akan combinekan story Pasar Besar Tanah Merah dan Rantau Panjang dalam satu entri.

Pasar Besar Tanah Merah
Pasar Besar Tanah Merah

Gambar diatas ini cik en ambil masa di Pasar Besar Tanah Merah. Kat sini meriah dengan kuih kuih tradisi Kelantan. Dan boleh bertahan sampai ke malam. Maaf cik en tak tau nama kuih kuih cik en beli yang cik en kenal Akok je. hahhaha. Tanya kat Ehan pun, dia pun tak ingat ( ahahhhahah). Kat sini cik en borong keropok lekor, keropok goreng, buah buah yang tak dijual di Perak, my favourite, Petai dan ikan masin. Dan memang cik en tak snap semua gambar gambar tu, takut nanti orang tau cik en ini gila shopping. Hahahha. Tapi kan kedai yang jual keropok lekor ini, awek nya macam blogger Cik Sepet je


Tang taik lalat tu sama. Hahaha. Sempat la cik en berukar ID facebook dan bagi kad blogger cik en kat dia. Dan sapa sangka, adik nama Dekna ni junior lagi seorang blogger Zizie Zack . Hahaha, Tetiba jadi tempat jejak kasih pulak. hahahha. Anyway dapatlah sorang kenalan baru orang Kelate. Dan disebabkan banyak borong barang barang dah tak menang tangan pula nak bawak dan Dekna ini bantu la kitaorang. Sebelum bergerak balik Ehan sempat beli colek buah dan cik en pun merasalah colek buah versi Kelantan. Ala ala rojak tapi de letak serbuk asam dicampur cabai. 

Sampai di rumah Ehan, sementara tunggu ehan kemaskan barang barang dan anak anak, cik en sempat la ambil round di sekeliling rumah ehan. Antara yang menarik minat cik en adalah perigi. Dah lama cik en tak mandi perigi. Last pun masa kecik kecik dulu. Dah besar ini jadi jakun pulak. hahahha




Teringin pula nak mandi perigi ini tapi disebabkan tempatnya open, cik en mandi di bilik air. Dan disebabkan tekanan air kat sini rendah, so adalah pam air yang terus ke bilik air. 

Laman rumah
Sebelum bergerak balik, cik en terjumpa pokok Nam Nam dan sempatlah cik en petik 1 buah tapi hilang masa Rayyan main main dalam kereta. Sempat tangkap gambar je la. Hahhahaha

Pokok Nam Nam 
Buah Nam Nam fresh
Selesai bersalam dengan semua saudara mara Ehan, kami bergerak ke Rantau Panjang. Dan cik en ditemani oleh Mr Rayyan sepanjang perjalanan balik. 


Perjalanan dari Pasir Mas ke Rantau Panjang ambil masa dalam setengah jam ke sejam. Sampai Rantau Panjang, tak banyak perubahan cuma signboard This Is Rantau Panjang ini baru cik en rasa. Sempat la cik en selfie. Hahhaha

Pasar Besar Tanah Merah
Pasar Besar Tanah Merah

Kat sini cik en pun dah gila shopping juga. Nasiblah cik en tak keluarkan duit. Hahhaha. Jadi apa yang dalam wallet cik en tu cik en shopping. Kat sini cik en shopping 3 helai baju dan 1 seluar. Sebab cik en ini memang kekurangan baju ( walaupun tiap bulan shopping baju). Cik en survey beberapa kedai sebelum ini. Cik en perhatikan kedai di dalam kawasan parking lebih murah dari tepi jalan. So kalau korang nak shopping cari kedai didalam kedai bangunan parking kereta.

Selesai saja shopping, kami isi perut sebelum bergerak balik Perak. Cik en memilih kerabu maggi yang mana nanti cik en akan compilekan dalam 1 entry selepas entry ini. Sebelum balik, kami check juga waze jalan mana yang tidak sesak. Kalau ikut jalan Bukit Bunga, memang nampak merah je jalannya. Kebetulan Ipin dan Ehan pernah melalui jalan alternatif lain. Jalan itu melalui Legeh sebelum keluar di Ayer Lanas. Alhamdulillah kami tak alami kesesakan yang teruk. Cik en sampai Kuala Kangsar pukul 7.30 malam.

Settle entri #cikenkekelantan. Kalau korang terlepas entri sebelum ini korang boleh baca


  1. http://www.nurfuzie.com/2017/09/pengalaman-pertama-menderma-darah.html
  2. http://www.nurfuzie.com/2017/09/pantai-cahaya-bulan-pcb-kelantan.html
Selepas ini cik en akan keluarkan entri makanan best di Kelantan sepanjang cik en berada di sana. Mungkin bukan semuanya tapi mungkin boleh buat korang terliur. hahaha. Ok la.. jumpa next entri di www.nurfuzie.com . XoXo


4 comments:

Normi Nieza said... [Reply]

shopping sakan cik ein..:)

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

WOW BESTNYAAAAAAAAAAAAAAAA

Eeca Shyaa said... [Reply]

First time pulak tgk buah nam2 tu. :o

Hasrul Hassan said... [Reply]

Lama saya dgn famili tak ke Kelantan. Hari tu dah plan nak pergi tp tukar plan lain. Mungkin lain kali. Best g kelantan ni, suasana dia lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads