www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-09-06

Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan

Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan | Kalau nak cerita bab pantai atau laut ini, cik en tak la teruja sangat sebabnya cik en sendiri tinggal di Manjung yang mana ada pantai seperti Teluk Batik, Teluk Senangin, Marina Island dan Pulau Pangkor. Tapi bila sampai di Kelantan tempat dalam list mesti nak pergi ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan ini. Ianya berbeza la, sebabnya di Perak cik en merasa angin Selat Melaka. Di Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan pula merasa angin Laut China Selatan. Berbeza okey angin angin ini. hahaha.. 

Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan
Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan 

Kami sampai dalam pukul 5.30 petang tapi matahari masih terpacak dan masih panas. Kesian pula pada Rayyan dan Soffea, so kami basahkan tekak dan bagi tips pada perut dengan minuman dan makanan yang ada sepanjang jalan berdepan dengan PCB ini. Cik en ternampak satu minuman bingsu so cik en pun teringin nak minum. Jadi kami masuk kedai berdepan dengan tandas awam di PCB ini. 

Bingsu Tembikai
Bingsu Tembikai ini cumalah buah yang berbentuk bulat dan diletak ais krim atas saja. Senak perut cik en makan sorang sorang. Kat sini juga popular makanan dibawah ini


Jam tunjuk 6.00 petang tapi keadaan masih panas lagi. Kami stay ditempat redup sambil tu, Rayyan dan Soffea main belon air. Tapi yang peliknya kenapa la cik en tak tangkap pic dorang eh? mungkin macam dah biasa jalan bujang bujang ini terlupa ada anak anak kecil. Hahaha. Bila tengok balik hanya ada 1 je pic selfie dengan dorang. Hahhaha


Meh cik en nak kongsi gambar gambar lain sekitar PCB ini.







Aksi last tu namanya style KelSir tau.. Gabungan Kelantan dan Mesir. Hahahha. Gambar ayu ayu ini orang tak layan sangat dah lagi lagi tak da rupa macam cik en ini. Kena buat aksi pelik pelik baru ramai like kat IG. hahahah. 

Kami gerak balik dalam pukul 7.30 camtu. Asalnya nak gi Wakaf Che Yeh tapi sebab bawa budak budak cik en pun kesian dorang dah penat, so cik en pun kata next time la pergi. Untuk entri next cik en nak story hari last di Kelantan sebelum balik ke Perak. Jumpa next entri di www.nurfuzie.com ye!

  8 comments:

  1. haha..betul tu.gambar ayu tu biasa sangat.

    ReplyDelete
  2. meriahnya PCB ni waktu petang kan , view pun cantik last ccl kunjung kat sini tahun lepas

    ReplyDelete
  3. ramai jgk org petang2 dkt sini,even kg kelate,xpenah lagi jejak sini

    ReplyDelete
  4. expectation aku kalau ke pantai, makanan di sekitarnya wajiblah beraneka dan sedap..barulah mood tak lari jauh

    ReplyDelete
  5. Cantik Dan bersih ya PCB.. makanan pun sedap2.. tapi Gaya Kelsir Tu la yg x boleh blah haha

    ReplyDelete
  6. Sejak tukar nama dari Pantai Cinta Berahi, dah byk perubahan dibuat.

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads