www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-07-04

Taktik Menjual Petai Mengaburi Mata Pembeli

Taktik Menjual Petai Mengaburi Mata Pembeli | Peminat petai? Kalau iye memang kita boleh "sep" sikit tangan dengan cik en. Sebabnya cik en peminat no 1 petai. Hahaha. Kalau korang peminat no 1 petai juga semestinya korang akan ada rasa lain pada rasa petai yang dijual sekarang ini. Masa cik en beraya di rumah Pak Ndak cik en, Pak Ndak cik en buka satu rahsia (mungkin ada yang dah tahu) kenapa rasa petai sekarang tak se"umphh" dulu. Rahsia ini menjadi Taktik Menjual Petai Mengaburi Mata Pembeli. Jangan nak kecam sangat artikel ini. Sebabnya cik en hanya kongsi apa yang cik en tahu.

Taktik Menjual Petai Mengaburi Mata Pembeli
Taktik Menjual Petai Mengaburi Mata Pembeli


Taktik Menjual Petai Mengaburi Mata Pembeli


Sebenarnya cik en baru dapat tahu, yang petai yang ada sekarang ini tak gemuk gemuk matanya macam petai dulu. Petainya kecil dan terbantut. Mungkin kerana faktor cuaca dan keadaan persekitaran pokok petai tersebut. Disebabkan itu, ada penjual atau pengutip petai ini menggunakan teknik merendam petai untuk beberapa hari. Teknik ini akan buat petai menjadi gebu dan matanya akan jadi besar - besar. So masa ini kalau pembeli tengok, confirm beli walaupun 6 papan RM10. Tapi sayangnya kalau tak dijual dalam masa  2 3 hari, petai akan kecut dan kehitaman. Sama juga kalau kita beli, Baru 2 hari dah kecut hitam terus. Dulu, petai dah seminggu baru nak mula kecut. So beli banyak memang hari hari boleh makan. 

Sebagai hantu petai, cik en dah mula rasa lain rasa petai itu. Tak pedas dan berangin (susah nak tulis rasa petai sebenarnya). Rasa manis dia pun dah tak ada. Rasa macam makan ulam yang rasanya kosong je. Lepas itu cik en tak ada rasa cerry berry (cirit birit) selepas 12 jam makan. Sebabnya bagi cik en petai adalah detox dan pelawas perut cik en dari kecil lagi. Kalau makan confirm 12 jam lepas itu cik en akan memerut. So cik en kekal la jadi ramping selalu. Hahahah. Tapi dalam setahun ini cik en tak rasa detox tu berfungsi dengan baik. Mungkin kerana kandungan air yang tinggi (diserap)buat rasa dan kesan makan petai itu mula kurang. 

Eh, korang baru beli petai? Dah beli baru baca artikel ini? Jangan risau, apa kata korang kupas dan masukkan dalam bekas bertutup bersama air dan sedikit garam. Kalau rasa suka pedas, masukkan cabai sikit. Masukkan dalam peti ais. Dah jadi jeruk petai. Yang ini boleh simpan sampai 2 3 minggu dalam peti ais. Walaupun tak fresh macam makan petai baru tapi boleh la mampu lepaskan gian nak makan petai. 


Kat sini cik en nak kongsi menu yang boleh dibuat dengan Petai. Ikan Selar Goreng Sambal Cili Api Petai . Harapnya korang nak beli petai lepas ini kena tengok dulu petai itu ye. Kalau rasa sejuk dab baunya tak sekuat bau petai korang beli masa dulu dulu kemungkinan petai ini dah mengalami pengalaman lemas dalam air. Hahahhaha. Jangan marah semua. Jumpa next entri. 
sumber gambar dari google

10 comments:

Mek Zumbie said... [Reply]

hahaha so petai ni ubat kurus eh hhihihi

Normi Nieza said... [Reply]

Sambal udang petai..sdapnya😀

Miza Talib said... [Reply]

fav miza ne

blasahje said... [Reply]

pernah beli petai camtu... jap je kecut. tapi biasanya saya rendam balik dalam air biar petai tu kembang semula..haha... tapi petai yang betul2 umpphhh, bila makan kita akan rasa dia punya 'gas'... pahit tapi lemak... dan rasa tu melekat dekat mulut...

Along Misuari said... [Reply]

Hahahaha...
Sekarang nie dah macam2 peniaga buat untuk dapat untung..
Apa2 pun perkongsian cik en nie bagus sangat..

AM biasanya rebus dulu petai kalau nak buat jeruk petai...dah rebus kejap baru letak garam dan lada..boleh simpan berbulan lamanya..

Ikhlas dari
AlongMisuari.com

Amanda Suria said... [Reply]

Sib baik ada pokok petai kat kg...sabar jer la diorang ni kan...

mamapp said... [Reply]

petai boleh buat jeruh juga ye.. sori mama tak mkn petai so tak tau

TunSha Ayunie said... [Reply]

Auni suka dengan petai jeruk. Memang sedap dibuat ulam, berselera makan nasi :)

Siti Yang Menaip said... [Reply]

tolong kopek.. tolong masak xpa.. tolong makan i is kenot. kalo Tok masak sambal udang petai.. pi basuh hdang tu hehehe.. skrang da tua ni acah2 sket la. tapi petai still x makanzz

Noor Maizan said... [Reply]

Gulppp. sedapnya jeruk petai tu. Mai sejenis manusia boleh telan petai begitu saja. tak sangka ada taktik sebegitu, tapi nak buat macam mana, petai taknak membesar, huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads