www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-07-25

Rupa Garam Jantan

Rupa Garam Jantan | Misi mencari garam jantan di dalam 1 kg garam kasar petang tadi sebenarnya wujud tau. Dan bukanlah cik en buat lawak petang ke atau apa ke. Mesti korang nak tanye kenapa pula cik en kena mencari garam jantan tu? Kalau sesiapa yang ada terbaca status facebook cik en kaki panas tapi badan sejuk/normal beberapa hari lepas mungkin boleh dapat gambaran mengenai kaitan cik en dengan garam jantan ini. Dan juga cik en akan story rupa garam jantan ini. 

Rupa Garam Jantan
Garam Jantan

Rupa Garam Jantan


Yang mana tak tahu tu, cik en story balik okey, sebenarnya kaki cik en dari tumit ke hujung kaki rasa sangat panas. Tapi badan cik en rasa sejuk atau normal. Setiap malam cik en akan rendam kaki cik en dalam baldi sampai tertidur. Bila rasa tak tahan sangat ( sebab 3 minggu ) cik en mengadu di facebook. (jarang cik en nak mengadu hal hal sebegini) dan ada beberapa rakan cik en suh berubat kampung sebab ada kata angin panas dalam badan. Disebabkan dah cuba makan panadol, air rhino, air cap badak tapi still panas lagi, cik en buat keputusan untuk bertanya pada yang lebih arif. So orang itu yang di panggil Pak Daman minta cik en carikan garam jantan,limau dan jarum peniti. Limau cik en leh cari kat pasar, jarum boleh cari di kedai tapi mana nak dapatkan garam jantan eh? Pak Daman beritahu beli garam kasar dalam 1 kg. Dan carilah garam jantan dalam itu. Sebabnya dalam 1kg garam kasar akan ada garam jantan ini. Mesti korang nak tahu macamna rupa garam jantan tu kan? Ini ha dia..

Rupa Garam Jantan
Rupa Garam Jantan

Garam jantan ini rupanya panjang panjang. Dan dalam 1 kg ini cik en dapat dalam 10 ketul garam yang rupanya panjang panjang sebegini. So terjawab la macamna nak cari garam jantan ini. Petang tadi settle dah semua berubat untuk cik en. Dan cik en rupanya dah ter"accident" dengan makhluk tak nampak. Bak kata Pak Daman, mereka pun merempit juga. Mungkin terbabas dan terlanggar kita. "mereka" pun seboleh bolehnya tak mahu pun ber"langgar" dengan kita. Tiba tiba cik en ingat kata kata ustazah cik en dulu, makhluk halus ini sebenarnya lagi ramai dari manusia yang ada, cuma kita ini ditutup hijab mata untuk tengok mereka. Kalau nampak, kiri kanan korang mesti ada mereka jalankan rutin harian yang sama dengan kita. Cik en tak mahu story sangat kisah ini sebabnya cik en sendiri tak diberitahu detail sebabnya keadaan cik en agak kurang sihat ini. So cik en cuma nak story rupa garam jantan ini je. Jumpe next entry cik en di www.nurfuzie.com ye! XOXO 

4 comments:

zarul farhana said... [Reply]

first time dgr garam jantan..slalu dgr peluh jantan ja...
moga cik en sentiasa sihat ya

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said... [Reply]

Garam jantan . Tak pernah dengar lagi . Kalau garam kasar selalu ler dengar

Normi Nieza said... [Reply]

thanks for sharing..:)

Siti Yang Menaip said... [Reply]

first time dengar istilah garam jantan.. hopefully cepat ookay Cik En..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads