www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-06-19

Isu Kucing Savannah Dato' Aliff Syukri

Isu Kucing Savannah Dato Aliff Syukri | Panas sekejap kat media social apabila Dato Aliff Syukri nak melepaskan 2 ekor kucing berbaka Savannah kerana tidak mampu untuk menjinakkan walaupun dah cuba selama beberapa tahun (rasanya la). Dan cik en sendiri ada tengok kawan sekerja cik en di Putrajaya dan dikhabarkan Jabatan Perhilitan juga ke rumah Dato Aliff Syukri untuk memberi khidmat nasihat. So sebagai blogger yang mempunyai niche veterinary dan kucing ini, cik en terpanggil nak beri sedikit pendapat peribadi dari pengalaman cik en sendiri. Ini tiada kaitan dengan Jabatan cik en tau. Dan entri ini bukanya mengecam sesiapa termasuklah Dato sendiri. Ini sebabnya Isu Kucing Savannah Dato Aliff Syukri perlu jadi pengajaran kepada sesiapa yang tidak pernah ada pengalaman membela kucing tapi nak bela kucing pure breed dan sesiapa yang demand untuk membela kucing berbaka sahaja dan tolak tawaran untuk menbela kucing jalanan.



Isu Kucing Savannah Dato Aliff Syukri 


Cik en pegang konsep wild is wild and tame is tame. Bukan saja kucing berbaka Savannah, kucing hutan juga adalah kucing liar yang mana habitat asal mereka adalah liar. Walaupun ada yang kata, kalau dibela dari kecil yang liar boleh jadi jinak. Ianya bukan senang tau? Walaupun korang nampak di luar negara, ada penjaga singa boleh berpeluk peluk dengan singa ianya bukan mudah bagi penjaga singa itu nak sampai tahap sebegitu. Dan ianya tetap liar dan mereka akhirnya melepaskan singa itu di habitat asal singa itu balik bersama singa singa yang lain. Sesekali saja pun penjaga singa itu datang semula selepas itu. Dan semestinya macam kita menerima tetamu, semestinya ianya excited dan rindu. Apa yang divideokan hanya beberapa minit saja tapi kalau korang tengok dari awal semestinya macam macam penjaga singa itu tempuhi. 

Back balik pada Isu Kucing Savannah Dato Aliff Syukri tu, cik en sendiri mengikuti kisah Dodi melalui Instagram. Dan cik en sendiri tak nak komen apa apa pun video dalam instagram itu. Cuma cik en nak kongsi sedikit ye, kucing ini ada 2 jenis. Ada yang manja dan sesuai dibela dan ada yang liar dan sangat tak sesuai dibela. Dan kucing yang manja pun, kalau diperlakukan teruk seperti memukul, mengejar, atau yang lain lain, semestinya kucing yang manja pun akan bertukar jadi agresif dan garang (ini bukan mention pad Dato tau, just contoh je). Kucing tidak mempunyai akal tapi mereka mempunyai perasaan. Perasaan terancam dan takut akan buat mereka bertindak di luar habit dorang. Seperti manusia juga, mereka perlu di belai, kalau nak angkat kucing pun perlulah dengan cara yang betul untuk elakkan mereka rasa sakit, memakai kolar pun perlulah longgar dan ringan dan lain lain la. Kalau korang sendiri, orang rentap tangan korang, mesti korang marah kan? Begitu juga dengan kucing atau haiwan lain. 

Kalau betul betul nak jinakkan kucing atau haiwan liar ini, perlulah bela dari kecil lagi dan tahu macamana untuk menjinakkan atau pendek kata pengalaman. Tapi macam mana pun, bila kucing itu besar, ianya akan back balik pada habit dia. Contoh ye pure kucing hutan. Kehidupannya liar dan makan daging. Kita bela dan bagi makan dry food seperti whiskes, friskies dan lain lain. Mungkin sebulan dua kucing akan ok, tapi lama lama kucing akan lemah sebabnya habit mereka makan daging mentah. Dan sampai satu tahap mereka akan mati. Selain itu, bila mereka sampai masa biang atau mengawan, mereka bukan boleh control control nafsu macam manusia. Mereka tetap nak mengawan dan masa ini mereka akan bertindak agresif. Mungkin kita pemilik mereka yang mereka dah peluk dan bermain pun mereka boleh terkam. Ada juga yang cuba kurungkan untuk elakkan mereka mengawan tapi lama lama mereka akan mati. “mati merangan” kata orang lama. Nak mandulkan? Tak boleh tau, sebabnya pure breed tidak boleh dimandulkan. Dan juga satu lagi fakta, TIADA LESEN BAGI KUCING HUTAN. Kalau ditangkap, kucing dirampas ye.. 

Selain itu, cik en nak kongsi sedikit pengalaman mengenai kucing jenis Persian yang banyak dibela di Malaysia. Tempat asal Persian adalah di tempat yang sejuk. Sesuai dengan bulu yang tebal untuk elakkan kesejukan. Tapi bila di bawa ke Malaysia yang suhunya ada musim tengkujuh dan kemarau, agak tidak sesuai. Lagi lagi musim kemarau, kesian kucing itu kepanasan kan? Kalau nak pun, korang kena sediakan bilik ber aircond pada dia. Begitu juga kucing Sphynx yang tidak berbulu hidup di Mesir. Dibawa ke Malaysia, masa musim kemarau kucing itu ok la, kalau tengkujuh, kesian kucing itu kesejukan. Perlu pula korang carikan baju tebal saiz kucing. Semua nya melibatkan kos. Sedangkan kita nak kucing ini temani dan sayang kita. Kalau kos baju dan aircond itu dibeli makanan yang berkualiti kan lagi bagus. Ataupun diberi pada stray cat di luar.

So bagi cik en la, hargailah kucing kucing yang ada disekeliling kita ini. Kalau korang nampak la pahala yang keluar selepas beri makanan dan bantuan pada kucing jalanan atau stray cat ini, confirm korang berebut nak buat. Kesimpulan kes Isu Kucing Savannah Dato Aliff Syukri ini, cik en rasa, biarlah dato sendiri buat keputusan yang tepat setelah diberi nasihat dan pandangan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perhilitan. Sebabnya pengalaman itu penting untuk buat kita berjaya. Mungkin cik en tak ada pengalaman berniaga macam Dato dan susah untuk cik en sekrang ini nak berjaya dalam perniagaan. Begitu juga Dato mungkin tiada pengalaman mengenai kucing Savannah ini. Sebab itu sekarang ini Dato tak boleh jinakkan Dodi dan isterinya. Tapi dengan khidmat nasihat yang ada mungkin Dato boleh buat sesuatu yang lebih baik untuk diri Dato dengan kucing Dato

Ha, tiada kecaman kan dalam entri ini kan? Just pendapat cik en sahaja melalui pengalaman cik en. Ok la. Jumpe next entri semua.

10 comments:

SalbiahM said... [Reply]

entry yang sangat menarik.satu-satu saya baca.setuju dekat part tame is tame, wild is wild.baik bela kucing jalanan dari menyiksa kucing yang sifatnya liar. elok nak buat pahala, jadi dosa pulak. wallahualam

Nadia Nurul said... [Reply]

good info cik en..

Siti Nurzafirah said... [Reply]

Kalau nature dia memang wild, memang susah la nak jinakkan. Umpama lelaki gagah yang nak ditukarkan kepada sebalik nya

Nurul Syahirah said... [Reply]

betul tu.. Nurul setuju dengan statement ni.. kesian bila tengok orang layan kucing ni kasar.. :'(

http://www.syahirahvaliant.com/2017/06/pencarian-sponsor-giveaway-nurul-friends.html

lyana ishak said... [Reply]

Nice sharing cik en .. Baru org tau kisah sebenar pasai kucing huhu

I N A A I N A A said... [Reply]

Good info kak pasal kucing ni.. ena pun banyak belajar dari kata2 nasihat akk.. Bukan mudah nak bela binatang ni, kena betul2 banyak ilmu hal2 binatang ni.. Lepas tu kesabaran kena tinggi...

Mrs. A said... [Reply]

Well said cik En.
Itulah Mrs. A pun pelik dengan orang yang berkemampuan ini kucing kampung/ jalanan sumer tak pandang nak persian la...spynx la pastu tayang kat insta tayang lifestyle kucing depa yang serba mewah tu dah ler... sekor je.

Kononlah cat lover kalau ya cat lover belalah kucing-kucing yang terbiar tu tak pun salurkan dana pada mereka yang bela kucing-kucing terbiar contoh yang macam kat Kuala Pilah tu siap buatkan rumah kucing sebab banyak kucing yang dia jaga tapi dia bukanlah kaya mana pun.

Bagi Mrs.A orang yang macam Abam kat Kuala Pilah itu adalah cat lover yang sebenar cat lover sejati.

#sekadarpendapat

Shikin Razali said... [Reply]

Dulu akak berangan nak bela kucing hutan jugak, tapi bukan aje kucing hutan, harimau dengan singa pun akak penah berangan nak bela, hihi pengaruh dari citer omputih la.. =)

Minda Optima - One Stop Learning Centre said... [Reply]

Kesian jugak tengok kucing tu,sifat semulajadi dia duduk dalam hutan kan,biarkan lah di hutan.

Minda Optima said... [Reply]

Kesian jugak tengok kucing tu,sifat semulajadi dia duduk dalam hutan kan, biarlah di hutan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads