www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-05-07

Diasak Pertanyaan " Intan, Bila Kamu Nak Kahwin Pulak? "

Diasak Pertanyaan " Intan, Bila Kamu Nak Khawin Pulak? " | Setiap kali ke kenduri kahwin saudara mara, sahabat atau orang kampung, semestinya terpancul soalan ini oleh pihak pengantin tak kisahlah, pengantin sendiri, adik beradik atau ibu bapa pengantin. Jika dulu, cik en akan terasa sentap juga, tapi bila umur berganjak 30 an ini atau lebih "matang" cik en tak la cepat melenting atau terasa macam dulu. 


Tak tahulah kalau orang lain, cik en bila dan masuk 30 an ini, cik en lebih cool dan releks. Sebabnya cik en dah mula redho dengan dugaan Allah melambatkan jodoh cik en. Bagi korang yang rasa stress, korang jangan la nak fikir sangat pasal jodoh ini. Setiap dugaan yang Allah bagi itu ada hikmahnya. Macam cik en, bukannya cik en ini tak laku ye, sebelum ini dah ada yang merisik pun cuma ditakdirkan kami tak berjodoh untuk teruskan hubungan kami tu. Ada hikmahnya dan kerana tak jadi "risik" tu, Allah berikan ruang masa untuk cik en cari harta sendiri, cari diri sendiri dan tumpu pada keluarga cik en yang selama ini cik en abaikan. So, sekarang cik en memiliki apa yang cik en nak, cik en enjoy dengan kehidupan, travel dan membahagiakan keluarga sendiri. 

Kadang kala, Allah melambatkan jodoh sebabnya nak berikan jodoh yang terbaik, anak yang baik dan kehidupan lebih baik. Dugaanya hanya lambat berkahwin, Dan ada juga Allah percepatkan jodoh tapi ada masalah dalam rumah tangga, dugaan pada anak dan sebagainya. Setiap orang dah ada bahagian masing masing. Allah cuma hadirkan ujian untuk mematangkan kita. Supaya kita tempuh hari mendatang dengan sabar dan tenang. 

So jangan stress stress sangat la kalau korang pun diasak pertanyaan kahwin. Anggap korang ini belum capai apa yang korang nak sebelum kahwin. Set target dan do it! Jodoh akan datang bila sampai masanya dan bila sampai kita bersedia. Allah tahu, kita tak bersedia luar dan dalam lagi sebab tu, kita lambat kahwin. 

p/s : Jodoh itu ditentukan oleh Allah dalam kita ini masih dalam kandungan ibu kita. So jangan risau ye! Ada jodoh kita tu.. tengah main cak cak dengan jodoh orang lain. Hhahahha

2 comments:

Sha said... [Reply]

Yesss exactly!...travel n enjoy laa dulu puas2 masa bujang...& yg paling penting balas jasa orang tua dulu...insyaAllah hidup berumah tangga di masa depan harmoni ^_^

PeRdU cINta said... [Reply]

Teruskan positif cik en..terbaiklah..insyaAllah ada..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads