www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-05-06

Apa Itu Pokok Galak Kucing Atau Catnip

Apa Itu Pokok Galak Kucing Atau Catnip | Rajin pula cik en kongsi bab kucing lately ini. So untuk entri ini, cik en nak kongsi Apa Itu Pokok Galak Kucing Atau Catnip ni. Mana mana yang ada bela anak bulus selalunya tahu kebaikan dan kelebihan pokok galak kucing. Dan ianya merupakan pokok seribu guna untuk kucing korang. Pokok Galak Kucing Atau Catnip ini ada je di sekeliling kita (yang mana duduk di kampung) cuma kita sendiri tak tau yang mana satu kan? Ini gambar Pokok Galak Kucing Atau Catnip ini
Pokok Galak Kucing Atau Catnip
Pokok Galak Kucing Atau Catnip

Pokok Galak Kucing Atau Catnip ini merupakan 1 daripada 5 tumbuhan yang boleh menenangkan kucing korang. Boleh baca 5 Jenis Tumbuhan Untuk Tenangkan Kucing . Pokok ini banyak kebaikan pada kucing. Tapi menurut orang orang tua, bahagian yang paling terbaik diberi pada kucing adalah bahagian akar. Di pasaran banyak di jual daun Pokok Galak Kucing Atau Catnip yang telah dikeringkan dan dijadikan bantal comel atau beg. 

Bantal Pokok Galak Kucing Atau Catnip

Kegunaan Pokok Galak Kucing Atau Catnip 

  1. Untuk perjalanan yang jauh. Berikan Pokok Galak Kucing Atau Catnip 15 minit awal sebelum perjalanan. 
  2. Kucing Sakit - Kalau jenis kucing kampung yang bebas, mereka akan mencari sendiri Pokok Galak Kucing Atau Catnip atau herba bagi mereka bila sakit atau tidak sihat. Sebab itu, kucing kalau sakit, mereka lebih suka menyendiri dan hilang. 
  3. Kucing Garang - yang ini cik en ada pengalaman, kucing yang garang dan bila dibagi Pokok Galak Kucing Atau Catnip ini, kucing menjadi kurang agresif. 
  4. Untuk kucing stress, depression dan releks - yang ini untuk kucing yang baru pindah rumah, kucing yang baru diadopt dan mana mana yang buat kucing korang stress. boleh baca 10 Tanda Kucing Stress

Cara berikan Pokok Galak Kucing Atau Catnip pada kucing

  1. Akar - Cabut Pokok Galak Kucing Atau Catnip sekali dengar akar. Bersihkan daripada tanah dan berikan terus pada kucing. Boleh potong bahagian pokok dan berikan akar saja atau berikan satu pokok je terus.
  2. Daun - yang ini perlu dikeringkan dan dibuat bantal atau beg comel. Berikan kucing korang main seperti toy yang lain. 
So ini antara alternatif yang boleh pemilik kucing buat. Janganlah datang ke vet dan request ubat pelali. Ubat pelali ini ubat terlarang dan terkawal. Tidak boleh digunakan oleh orang yang tidak ada title doktor atau pengawai yang dilantik oleh kerajaan. Kalau ada korang tengok gunakan pelali dan bukan orang orang yang dibenarkan, itu tandanya mereka ambil ubat secara tidak sah. Dan ianya satu kesalahan ye! 

2 comments:

Rozita Cerita Ita said... [Reply]

good info.. lama tak tulis pasal vet.. sbnrnya lama tak menulis jugak haha

Suzlin Azreena Nordin said... [Reply]

Nice. Mak pernah dengar juga pasal catnip ni. Tapi tak tahu fungsi. Ingatkan nak bagi makan kucing (+______+)"
.
Mak tak bela kucing, allergy. rugi-rugi.

#TheRealBloggerMak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Shoplinks.Asia

Ads