www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-02-05

Kisah Bunuh Sana Sini


Kisah Bunuh Sana Sini | Semakin maju kehidupan kita, semakin banyak kes kes pembunuhan, pukul, rogol dan sebagainya. Tapi kisah terbaru ibu yang mengelar leher anak yang berusia 2 bulan mengejutkan ramai pihak. Ibu yang mempunyai seorang anak perempuan dikatakan dalam keadaan berpantang. Allhualam, kenapa ianya terjadi tapi semua sedia maklum, seorang ibu yang melahirkan anak memerlukan penjagaan yang rapi dari keluarga dan suami. Suami perlu banyak memainkan peranan dalam mengendalikan emosi dan fizikal isteri. 

Apa yang cik en pernah diberitahu oleh mak ndak cik en, apabila seorang wanita bersalin, didalam rahim wanita terdapat ruang ruang kosong yang mana perlu diurut dan melakukan pantang yang betul. Apabila ruang kosong didalam rahim dibiarkan terlalu lama, inilah yang dikatakan dalam Islam, syaitan atau makhluk makhluk yang tidak baik masuk dan duduk di dalam ruang kosong ini dan menguasai manusia. Disinilah berlakunya pelbagai emosi pada si ibu. Atau ada yang panggil meroyan. Meroyan pun ada pelbagai seperti meroyan api, meroyan tinggal, meroyan kentung, meroyan urat dan sebagainya. Yang itu korang boleh rujuk entri Meroyan 

Jadi, pesanan kepada wanita yang bersalin, berpantanglah denga betul, rajin rajin berzikir supaya ruang ruang kosong itu akan terisi dengan ayat ayat Allah sementara menunggu masa berurut, Bagi lelaki sebagai suami, fahamilah wanita dalam keadaan sebegini. Janganlah dibuat perangai. Fikirlah isteri yang bersusah payah menjaga semasa mengandung dan melahirkan zuriat korang. Bersalin ini macam telur dihujung tanduk. Nyawa menjadi taruhan. Walaupun cik en tidak berkahwin lagi tapi cik en kerap bergaul dengan orang orang tua di kampung. Mereka sentiasa menasihati dan mengingatkan benda sebegini. Untung kalau korang masih ada lagi datuk nenek di kampung. Korang boleh bertanya dan minta tips, kenapa orang dulu-dulu bersalin di rumah tapi kurang berlaku meroyan dan kes kes ibu ibu pukul atau bunuh anak.

Dalam kita mengejar dunia moden, sesekali rujuklah dunia tradisional yang mana diamalkan oleh keturunan kita sebelum ini. Mana yang baik, kita ambil sebagai panduan, mana yang tidak janganlah diambil sebagai amalan. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads