www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2015-08-17

Meroyan

Assalamualaikum semua ceria di pagi isnin hari ini cik en nak kupas satu isu iaitu "MEROYAN" 

Sebelum cik en share hasil google cik en. Cik En akan terangkan apa yang cik en faham na... apa yang Cik En faham, meroyan ini berlaku pada wanita yang baru melahirkan anak yang mana tak menjalani waktu pantang yang sepatutnya. Dan ini berlaku kerana ada ruang ruang di dalam tubuh badan wanita tersebut iaitu rahim dimana syaitan atau iblis menetap disitu lalu mengawal emosi dan tingkah laku si wanita. Tapi itu pendapat Cik En. Yang ini yang Cik En google (sumber dipercayai) 
Maksud Meroyan 

Meroyan ni terbahagi kepada 2 kategori. Pertama, disebabkan tekanan perasaan dan gangguan emosi pesakit semasa dalam pantang. Mungkin disebabkan oleh sikap suami sendiri atau masalah rumahtangga jugak masalah kewangan, keluarga dan sebagainya. Kedua, yang disebabkan oleh gangguan jin. sumber

Meroyan - adalah akibat gangguan dan dampingan jin, bunian, dan syaitanlalu timbullah, kelakuan yang menjadi jadi seperti cemburu buta, gaduh minta cerai, antar aku balik dan sebagainya sumber

MEROYAN atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang biasa yang dihadapi wanita selepas bersalin. Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami oleh wanita sewaktu atau selepas pantang. Pada tahap ini wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.  Ramai yang beranggapan masalah ini banyak terjadi kepada wanita Melayu, tetapi hakikatnya meroyan atau turut dikenali ‘pos-natal blues’ lebih banyak menyerang wanita di Barat. Masalah ini juga dilihat sering kali dihidapi oleh wanita biasa tetapi sebenarnya ia turut menimpa wanita profesional. Pakar mendapati masyarakat Malaysia khusus orang Melayu lebih prihatin dengan penjagaan selepas bersalin, wanita selepas bersalin selalunya akan mendapat lebih perhatian daripada ahli keluarga, sedangkan perkara seperti itu kurang berlaku di Barat. sumber



Ini pula pertanyaan cik en kepada MR MZM mengenai apa yang dia tahu mengenai MEROYAN dari prespektif seorang lelaki. 

"Meroyan sebenarnya cuma istilah. Ada orang dulu dulu ada nama Batu Meroyan". Apa itu Batu Meroyan? 


APA ITU BATU MEROYAN??

Kejadian meroyan adalah disebabkan - oleh KEKOSONGAN tempat anak tersebut tinggal sebelum dilahirkan DIPENUHI dengan ANGIN yang bercampur dengan GAS DARAH, yang akhirnya MENJADI KERAS di tempat tersebut, dan ianya dinamakan BATU MEROYAN.

Sedikit perkongsian lagi, berdasarkan kaedah tradisional - Batu meroyan boleh dikeluarkan atau dihancurkan dengan cara BERTUNGKU dengan menggunakan DAUN MENGKUDU DAUN GELENGGANG KECIL, yang dilakukan selama SATU ATAU DUA MINGGU DISAMPING BERURUT. sumber



merujuk kepada gambar di atas, bahagian serviks/cervix adalah dinamakan batu meroyan

Dan hasil google juga ada banyak jenis meroyan.

Jenis Meroyan

Meroyan Api 
Dinamakan meroyan api kerana semasa dalam pantang, ibu akan menjadi bengis, garang, cepat marah sehingga boleh sampai ke tahap menjerit-jerit dan lupa. Kemarahan adalah melampau, adakalanya menyebabkan ibu tersebut menghempas atau membaling anak kecilnya (yang selalu menangis). 

Meroyan Kentung (Kertung) 
Ibu akan menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh sehingga apabila berlarutan tidak dapat membezakan antara anak dengan bantal. 

Meroyan Urat 
Ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot atau disebut oleh masyarakat di utara Semenanjung sebagai "kediang badan". 

Meroyan Lendir 
Ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu, mata pudar dan keguguran rambut serta badan menjadi susut. 

Meroyan Tinggal 
Ibu sentiasa berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang untuk lari dari rumah. Ibu yang mengalami masalah ini mungkin tidak mahukan bayinya sendiri. Dia sering tertawa, mengilai seperti dirasuk atau dalam kes yang teruk tidak mengenali suaminya sendiri. 

Meroyan Bulu 
Ibu sentiasa berasa seram sejuk, bulu roma sentiasa berdiri tegak dan adakalanya menggeletar kesejukan sehingga menyebabkan kancing gigi. Adakalanya mereka akan kelihatan seperti terkena sampuk. 

Meroyan Kulit- 
Ibu berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru-garu seperti kelakuan kera. Akibat sering menggaru itu, seluruh badan seperti sedang mengalami penyakit kulit. 

Kaedah Rawatan 

Bagi pendapat peribadi cik en 
Jalani masa berpantang dengan sebetulnya. seperti urutan, mandian dan sebagainya ini antara hasil google cik en pula 

Para ibu disyorkan mengamalkan perubatan herba dan rempah ratus khusus bagi rawatan semasa dalam pantang. Satu kajian yang dijalankan mendapati kandungan cekur dalam ubat herba bersalin mempunyai potensi untuk menghindari penyakit murung. Manakala satu kajian lagi tentang kunyit, mendapati herba tersebut mempunyai ciri antioksidan dan antibengkak. Secara tradisional halia, serai, jerangau dan rempah ratus diyakini mampu mengeluarkan sisa racun akibat pemakanan agar darah kembali bersih. Sesungguhnya gabungan bahan-bahan tersebut dapat membantu ibu-ibu mengelak daripada dihinggapi penyakit meroyan. Selain itu, ramuan ini dapat membantu membersihkan rahim daripada pengumpulan angin, lendir dan darah beracun daripada darah bantal yang tertinggal sekali gus dapat mempercepatkan pengecutan rahim, mengimbangi hormon, melegakan sakit urat saraf dan membantu melangsingkan badan sumber

Kebiasaannya masalah pos-natal blues ini tidak perlu dirawat kerana ia boleh pulih dengan sendiri selepas dua ke tiga minggu. Namun, jika didapati berada dalam keadaan tidak terkawal rawatan berbentuk ubat-ubatan diperlukan bagi mengimbangi hormon pesakit.Jika didapati keadaan semakin serius pesakit juga akan dirujuk kepada pakar psikiatri.

sumber apa apa rawatan tradisonal lebih baik bagi pendapat cik en. Herba herba asli lebih baik dari ubat ubatan 
p/s: walaupun cik en belum berumah tangga, tapi ini sebagai rujukan cik en bila sampai masanya 

6 comments:

Syira Lokman said... [Reply]

SELAMAT PETANG..SYIRA SINGGAH BLOGWALKING :D
NAK TAK SYIRA PROMOTE BLOG DAN IG ??
TINGGALKAN LINK DI PAGE BOG SYIRA LOKMAN
https://www.facebook.com/syiralokman5

TERIMA KASIH :)

Puan Wawa said... [Reply]

Sebab tu time berpantang kena jaga betul2.. Elak stress n kena keep on positif.. ")

Tips dri wawa, time berpantang makan bcomplex sbb ia sgt membantu elak dri kena meroyan.. Bcomplex ni ade antistress..

kisah earty said... [Reply]

perkongsian yang menrik.. :)

yoorin melacolea said... [Reply]

banyak rupanya jenis2 meroyan nii.. takutnyaa..

iryanty ahamad said... [Reply]

banyak juga jenis meroyan..baru tahu :-))

ayut said... [Reply]

Ooo..ad tbce kes meroyan kat fb baru ni...cian...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads