www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-01-05

Misteri Kotak Pink Dari Enchanteur


Misteri Kotak Pink Dari Enchanteur | Parcel yang datang pada masa itu banyak bagi cik en berteka teki. Bila dibuka, bauan nya menusuk di kalbu dan tiba tiba keadaan disekeliling cik en menjadi indah dan bahagia. Diakui, cik en seorang yang obses dengan wangian dari Enchanteur tidak kira la dari minyak wangi, losyen atau deadorant. Sebabnya Enchanteur merupakan produk yang sangat diyakini dan dikenali. Demi menghargai peminat mereka, Enchanteur tampil dengan produk penjagaan peribadi yang diinspirasikan wangian mewah Perancis. 


Rangkaian penjagaan peribadi ENCHANTEUR telah lama diyakini oleh kebanyakan wanita moden masa kini.Bermula dari cream mandian, deodoran atau body mist, losyen badan dan pewangi EDT, melengkapi kelengkapan penjagaan peribadi agar sentiasa yakin dan menyerlah di sepanjang hari. Keharumannya pasti mempersonakan setiap deria insan. Setiap detik ada kisahnya, setiap hari mencipta kenangan pastinya.

Langkah Mudah untuk Hari Penuh Keajaiban

Wanita hari ini berusaha keras untuk mencapai kejayaan, baik di dalam hubungan mahupun karier. Mereka mungkin berdepan cabaran mengimbangi waktu untuk kerjaya, kehidupan peribadi dan hobi; tetapi mereka tidak menjadikannya hambar. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan bagi menyuntik keyakinan dalam menghadapi hari-hari penuh cabaran. Anda mahu tahu rahsianya? 

Bauan, lebih dikenali sebagai deria kelima berkait rapat dengan memori. Bauan yang biasa dihidu akan membangkitkan memori-memori tertentu terhadap sesuatu pengalaman atau acara. Bauan signatur akan merangsang deria hidu sekali gus menerbitkan pelbagai perasaan termasuklah tarikan romantis. Bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu. 

Justeru, ENCHANTEUR berbangga sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis. Setiap seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman menakjubkan, malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran anda, meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk anda.


Mulakan hari anda dengan ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème. Wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai melalui setiap hari anda. ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian anda. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian anda penuh kemewahan serta menjadikan anda berasa menawan sepanjang hari. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih. Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesona ini dapat membantu anda untuk relaks dan rasa seperti dimanjakan. Kewangiannya yang kekal pada tubuh sepanjang hari. Buih-buih yang terhasil juga seolah-olah menyerap ke seluruh ruang badan dengan bauan memikat hati sipemakainya sambil memberi keyakinan untuk berada di khalayak umum sepanjang hari.


Selepas mandi, sapukan ENCHANTEUR Perfumed Lotion pada kulit yang telah dikeringkan untuk kelembapan ekstra dan bagi mengoptimumkan penyerapan untuk kulit yang lebih lembut dan anjal. Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari. Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit anda saat mereka berjabat tangan dengan anda.



Kemudian, sebagai perangsang keyakinan, adalah disarankan untuk anda menggunakan deodoran atau semburan badan (body mist). Oleh kerana kita akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin, gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian.


Rejim penjagaan diri disempurnakan dengan semburan ENCHANTEUR Eau de Toilette. Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik denyut nadi anda bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu. Jangan langkaui langkah tanpa wangian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis ENCHANTEUR yang tersendiri ini membuatkan anda berasa lebih girang dan lebih menawan. Anda tidak dapat menjangka siapa yang akan anda temui, mahupun peluang untuk mencipta detik romantik. Namun, adakah anda bersedia untuk mempesona si pencuri hati anda dan mencuri tumpuannya daripada orang lain? Maka jadikan wangian ENCHANTEUR sebagai instrumen harian anda untuk cinta yang memukau dalam setiap semburan.

Ikuti langkah-langkah mudah ini setiap hari dan anda pasti mampu mempesona sesiapa sahaja serta akan sentiasa bersedia untuk menikmati momen penuh magis yang romantik. Cipta detik-detik istimewa indah anda bersama haruman menawan ENCHANTEUR yang tahan lama. 

Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower dijual pada harga RM9.20 sehingga RM13.65. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion pula dijual pada harga RM7.50 – RM21.00; manakala ENCHANTEUR Perfumed Deodorants dijual pada harga RM4.90 sehingga RM11.90. Tidak lupa, rangkaian ENCHANTEUR Eau de Toilette yang dijual pada harga RM18.75 sehingga RM33.50. 

Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau kunjungi laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY .

So apa tunggu lagi, produk Enchanteur ini sangat mudah didapati dan harganya sememangnya mampu milik. Jadilah wangi macam cik en juga! Xoxo

6 comments:

Green Farra said... [Reply]

Salam sis,, best guna Enchanteur,, wangi,, tambah2 body lotion dia,,, tak payah pakai minyak wangi dah...

Fieza Sani said... [Reply]

Enchanteur memang dah terkenal dengan wangian dia..Harga pun affordable..Kalau nak beli wangian, husben saya prefer suh pilih brand enchanteur dari brand lain...

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

best.. bau pun sdp.

Masitah Samsudin said... [Reply]

As pun suka dengan produk Enchanteur...

Amirul said... [Reply]

Dulu time kecik2 nak pi sekolah pakai bedak echanteur ni lah... tak mahal pun harganya

noorhaidaz eyda said... [Reply]

Pink pink pink ni yg iols jeles ni... hehehe. Dulu selalu guna bile nk jalan2 sebab wangi sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads