www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-08-25

Bior Bebeno Team Perak "Seghogoh" Team Lain Di Sukan Veterinar 2016


Bior Bebeno Team Perak "Seghogoh" Team Lain Di Sukan veterinar 2016 | Udoh keluo loghat perok cik en. Bior bebeno deme ni.. Entri ini adalah entri sambungan Perak Mali Tarak Sombong. Cik en nak story hari ke 3 dan ke 4 Sukan Veterinar 2016 yag dibuat di Uitm Shah Alam.

Hari ke 3, bermulalah satu hari untuk sukan outdoor dan indoor. Perak menghantar wakil bola jaring, futsal, Sepak takraw, Badminton, Dart, Ping Pong dan Bola Tampar. Meh cik en belanja gambar team ladies kita, Team Bola Jaring Perak. Walaupun kalah tapi mereka tetap havoc tau! Mungkin latihan yang singkat dan ditangguhkan kerana Bulan Ramadan tapi mereka tetap memberi saingan pada lawan. Lepas ini, usaha lebih lagi ye Team Bola Jaring Perak!! Perak Boleh!


Cik en sempat melawat team bola jaring sebabnya badminton bermula pada pukul 10 pagi manakala bola jaring bermula pukul 8 pagi. Walaupun kaki terhenjut henjut, cik en semnagat juga ke gelanggang bola jaring. Tepat jam 10 pagi, cik en dan CC Azilah (pemain simpanan) dan stanby di gelanggang badminton. Pagi tersebut, Perak akan bertemu Pahang. Kaki cik en semakin membengkak awal pagi, jadi dengan berat hati, cik en terpaksa menyerahkan kepada pemain simpanan. Memang mendebarkan dan cik en tak sempat nak tangkap perlawanan menentang Pahang. And last, Alhamdulillah kami menang mengaya juga 3-0. Ini melayakkan kami untuk ke separuh akhir. Harapan cik en cuma nak masuk ke separuh akhir sahaja. Sebabnya sebelum ini, Team Badminton Perak hanya layak ke suku akhir. 

Perak menentang Johor! Cik en perlu bermain semula, cik en dah tak kira sakit atau tidak, cik en letak Muscular Pain Relieving Ointment banyak banyak di kaki yang seliuh. Sebelum perlawanan sebenar, cik en cuba untuk bermain dan nampaknya kaki cik en boleh untuk bergerak walaupun tidak secergas mana. 


Perlawanan Perak dan Johor mendebarkan juga dan alhamdulillah, percaturan pengurus sukan En Rizal nampaknya berjaya. Kami Menang 3-0 dengan Johor. Dan guess what! kami layak ke Final. Satu pencapaian yang memberangsangkan dan melepasi harapan cik en sendiri. Dan seperti diduga, kami perlu berlawan semula dengan Sabah. Sabah yang berturut turut menang dengan team badminton perak yang belum pernah sampai ke final. Kali ini, cik en nekad untuk membalas dendam atas kekalahan pada perlawanan pertama. Kami diberi masa 45 minit sahaja selepas berlawan dengan Johor manakala Sabah dan berehat lebih daripada 1 atau 2 jam. Jadi rasa tak adil kerana pemain kami masih letih dengan perlawanan sebelum ini. Tapi kami teruskan juga.


Perhatikan team penyokong diatas, ramai team perak datang memberi sokongan. Memang gamat juga la, nyanyian lagu "Ipoh mali tarak sombong yang diketuai oleh En Din memang memberi semangat kepada team badminton Perak. Permulaan yang baik untuk pemain double tapi akhirnya kalah. Masa untuk cik en beraksi untuk mix double. Team Badminton Sabah sememangnya attack cik en sebabnya mereka tahu condition cik en. Nasiblah pasangan cik en boleh cover setiap serangan mereka. Dan akhirnya kami berjaya untuk mix double. Penentuan pada pemain single, team badminton sabah menghantar pemain yang berkaliber dan kami kalah untuk single. Kami hanya layak untuk Pingat Perak sahaja. Alhamdulillah, faktor keletihan dan injured banyak memberi impak pada team kami. Apa apa pun, kami dah pecah tradisi untuk dapatkan Pingat Perak


Dari kiri, En laili, Fazley, CC Azilah, Cik En, Govindasamy, Helmi dan Rizal. Dan ada seorang pemain yang tiada dalam gambar ini, Azmeer. 


Ini lah pasangan permainan cik en, Helmi. Terima kasih banyak banyak sebab cover habis cik en masa perlawanan 


Semasa penyampaian medal, Berbaju hitam merah adalah En Suhaimi. 


Orang uthaga memang tak sombong punya, team kedah mai dan bersapa dengan mesra dengan cik en, Siap berselfie lagi. Bagus Team Kedah.. Kedah mai takdak sombong jugak aih! Hahaha. 


Satu lagi berita gembira apabila, Futsal veteran memenagi emas! oyeh! Tahniah team futsal Veteran Perak. 


Hari ke 4, hanya ada sukan Bola Tampar sahaja dan Team Bola Tampar Perak tidak berjaya. Team Kebudayaan Perak akan menjalankan raptai penuh untuk persembahan kebudayaan malam tersebut. Cik en dalam sakit kaki masih juga ada mood nak berjalan jalan dan kami ke GM Klang. Tak banyak cik en beli sebabnya cik en ini bukan jenis kaki shopping, kebetulan gaji pun masih belum masuk. Jadi cik en banyak window shopping dan beli beberapa barang untuk keluarga dan sahabat cik en yang kebetulan hari jadinya. Jadi sempat selfie sekali je sepanjang window shopping. GM Klang memang besar dan kalau yang jenis kaki shopping memang syurga la bagi mereka. 


Malam kemuncak segalanya, Malam Kebudayaan kali ini bertemakan Retro Night. Semuanya berpakaian retro tapi cik en bertemakan 40 an je, mungkin tak ada idea nak bergaya sebabnya fikiran ini ingat pada strategi permainan. 



Meh nak perkenalkan retis Team Perak. mereka akan membuat Sketsa Muzikal Bertajuk "Sayangku Salmah". Tengok gaya mereka ala ala Retro, meriah dan vouge gitu. 



Ini pula pak Meon, pelakon lelaki utama sketsa ini.


Semestinya cik en tak mengambil bahagian dan duduk di kerusi makan dan menunggu untuk makan. Hahaha


Terdapat 8 penyertaan dan Team Kebudayaan Perak di tempat ke 3. 


Sementara menungu, cik en selfie sedikit dan aksesori di butang baju itu harnganya RM47.60 tau. Beli semasa di GM Klang siangnya. 


Dibawah ini dari kiri, Kak Erni, Kak Halina dan Kak ana


Persembahan persembahan yang rancak gitu! Semua team kebudayaan hebat hebat belaka. Tapi berlaku juga masalah audio dan suara dari mic kurang jelas. rasanya pihak pengurusan kena lebih alert



selfie dengan kak mariani
Team kebudayaan Perak
Adik somel



Team Kebudayaan Sabah yang Awesome
Dan masa yang di tunggu tunggu, keputusan penuh Sukan Veterinar 2016 adalah....


Juara : Team Putrajaya
Naib Juara : Team Selangor
Ke3 : Team PERAK!!!

Satu keputusan paling mengejutkan. Jika di terengganu, Perak mendapat tempat ke 10 tapi kali ini melonjak 7 anak tangga. Memang memeranjatkan dan memang bebeno Team perak "Seghogoh" Team Lain!. Meh cik en kongsi keputusan penuh 

Bowling lelaki 
No 1 = KELANTAN 
No 2 = PAHANG 
No 3 & 4 = PUTRAJAYA & TERENGGANU 

Bowling Wanita 
No 1 = IVM 
No 2 = PUTRAJAYA 
No 3 & 4 = TERENGGANu & KELANTAN 

Batu Seremban 
No 1 = PERLIS 
No 2 = PERAK 
No 3 = PUTRAJAYA 
No 4 = PAHANG 

Congkak 
No 1 = PENANG 
No 2 = SELANGOR 
No 3 = PAHANG 
No 4 = PERAK 

Bola Sepak 
No 1 = SELANGOR 
No 2 = SARAWAK 
No 3 = N9 
No 4 = TERENGGANU 

Ping Pong 
No 1 = TERENGGANU 
No 2 = PUTRAJAYA 
No 3 = SELANGOR 
No 4 = JOHOR 

Sepak takraw (terbuka) 
No 1 = PAHANG 
No 2 = PENANG 
No 3 = PUTRAJAYA 
No 4 = SELANGOR 

Sepak Takraw (veteran) 
No 1 = PAHANG 
No 2 = JOHOR 
No 3 = IVM 
NO 4 = PERAK 

Badminton 
No 1 = SABAH 
No 2 = PERAK 
No 3 = KEDAH 
No 4 = JOHOR 

Futsal (wanita) 
No 1 = SABAH 
No 2 = VRI 
No 3 = IVM 
No 4 = SELANGOR 

Futsal (Veteran) 
No 1 = PERAK 
No 2 = TERENGGANU 
No 3 = JOHOR 
No 4 = KELANTAN

Futsal (Open) 
No 1 = SABAH
No 2 = PERAK
No 3 = 
No 4 = 

Kawad Kaki 
No 1 = KEDAH
No 2 = JOHOR 
No 3 = 
No 4 = PERAK

Kebudayaan 
No 1 = SABAH
No 2 = VRI
No 3 = JOHOR
No 4 = PERAK

Pengiraan markah seperti berikut :

Tempat pertama : 5 markah
Tempat ke 2 : 3 markah
Tempat ke 3 dan 4 : 1 Markah

Selesai bab markah, settle semua, masa untuk kami bergambar. Cik en mengenakan busana kebaya labuh yang cik en beli 2 tahun lepas. 


Bergambar dengan kak sal, "ibu ayam" untuk sketsa sayangku salmah. Lentok bebeno dia dengan muka "ghairah" tu. Hahahha. 


Bergambar dengan kak zulia. Comel kak lia malam itu. 


Seterusnya rakan sepejabat, Puan fazila. Vouge kau malam tu ila!


Tak pastilah, Ajak Shiro tu jemputan Team sleangor atau Team Johor, Tapi untuk pengetahuan semua, ayah Ajak Shiro adalah kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor tau! Jadi kebetulan dah ada, ramai yang bergambar. Cik en hanya nampak muka je,semua dah berkerumun nk bergambar, Jadilah nampak mata saja. Hahaha


Yang bawah ini kami bergambar dengan team kebudayaan VRI. Somel sungguh



Yang ini adalah rakan seklinik cik en, kami sama sama jaga klinik dan banyak bagi info dan gambar gambar yang selalu kongsi di blog ini. Nur Anis Farhana atau panggil anis saja


Berbaju biru adalah Ija, dia soundgirl untuk persembahan Team Kebudayaan Perak pada malam itu, cik en interprame sekali la ye.


Ini menu kami malam tersebut. Memang kelaparan juga sebabnya cik en makan pagi sahaja. 


Dibawah ini sebelah kiri, anis, ema, ila dan cik en sendiri. Geng ladies perak vouge habis malam tersebut. 



Habis sahaja majlis, kami terus balik ke Perak. Ada masalah bas jadi kami perlu balik juga malam tersebut. Jadi berlabuhlah tirai Program Kecergasan dan Kecemerlangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar 2016 . Jumpa di negeri Kelantan pada tahun 2018 nanti! Luaskan Doghyanmu Perak!!!!

Boleh tengok gambar yang lain di
Album 1
Album 2

p/s ; Maaf buat team perak kalau ada gambar korang yang tiada dalam blog ini, sebabnya bukan senang nak select gambar yang betul betul ok. Nanti follow IG di SINI untuk gambar gambar yang lain ya.  Apa apa pun, Team Veterinar Perak Memang Best!

5 comments:

husna zahidi said... [Reply]

chaiyok cik en!

timm bill said... [Reply]

suka baju cik en, sopan sgt..gugurl gadis melayu tau..

Pha Is said... [Reply]

tuddia.. haha..
tahniah..

aRz MoHa said... [Reply]

tahniah buat pasukan dan Team CIk En....semoga lebih berjaya di masa hadapan

reezluv said... [Reply]

abg ery ada lagi ke kt veterinar tu?heehe..lama benor tak jumpa dia

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads