Perak Mali Talak Sombong | Sukan Veterinar 2016


Perak Mali Talak Sombong | Sukan Veterinar 2016 |  Sukan Veterinar 2014 melabuhkan tirai pada 2 tahun lepas di Terengganu dan sepatutnya tahun ini Negeri Perak akan menganjurkannya tetapi terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan, tuan rumah perak terpaksa menolak last minute dan Negeri Selangor sudi mengambil tanggungjawab walaupun mereka hanya mempunyai masa tidak sampai 5 bulan. Firstly kami dari team perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor atas kesudian mereka. 

Team Perak merupakan team yang paling ramai menghantar wakil untuk sukan kali ini. Kalau tak silap cik en melebihi 100 peserta dan lebih ramai daripada sukan veterinar 2014 di Terengganu. Banyak sukan indoor, outdoor yang kami sertai dan kawad kaki serta kebudayaan. Mungkin entri ini cik en tidaklah menumpukan penuh sukan sukan yang lain kecuali badminton kerana cik en mengambil bahagian dalam sukan badminton. Kalau ada pun adalah ehsan rakan rakan menghantar gambar. 

Sukan Veterinar 2016 kali ini berlangsung pada 19 hingga 23 Ogos 2016  di Uitm Shah Alam. Dan cik en bertolak agak lewat kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Tapi ada satu gambar cik en nak kongsikan sepanjang perjalanan ke Shah Alam. Cik en jumpe botol dibawah ini


Siapa geletek pinggang dia? Hahaha.. Kan tengah viral pasal geletek ini, so bila jumpa je terus cik en beli. Hahaha. Ok, back to story, sampai disana, cik en dan team perak perempuan di tempatkan di Asrama Seroja 2 dan lelaki di Asrama Perindu. Actually, cik en pertama kali menjejakkan kaki di Uitm ini so teruja juga melihat suasana di dalam ini. Settle semua hal penginapan, team kawad kaki perak perlu masuk raptai penuh untuk hari perasmian esok hari


Sebelah malam nya, ada beberapa perlawanan yang dah bermula dan salah satunya badminton. Malam itu, team badminton perak perlu berlawan dengan team badminton Sabah dan Team Badminton Institut Veterinar Malaysia Kluang (IVM). Kami kalah dengan Sabah 3-0 dan menang dengan VRI 3-0. Tapi, masa perlawanan Perak dan Sabah, cik en jatuh tergolek dan kaki cik en injured. Cik en dah mula susah hati dan harap boleh sembuh dengan masa 1 hari tanpa perlawanan ini. Sebabnya untuk hari sabtu, tiada perlawanan badminton dan akan ada majlis perasmian sukan sahaja dan akan disambung pada hari ahad. 



Masuk hari kedua, awal pagi team kawad kaki perak dah berkumpul di Tapak Kawad Kaki Uitm Shah Alam. Dan pembawa sepanduk kawad kaki segak berbusana Puteri Perak


Cantik kan? Cik Wanie namanya, AVO (Penolong Pengawai Veterinar) kami. Team perak ambil baju tema biru, hijau dan kuning sebagai tema dan memang nampak menarik mereka berkawad.


Eh, napa cik en tak masuk kawad kaki? memang cik en tak masuk kawad kaki dan kebetulan juga semalam injured so cik en duduk dibahagian sorak sahaja. Team Perak memang havoc, setiap kali team negeri lain lalu, kami akan bersorak. Nampak kan semangat kesukanan disitu dan teman nak kabo, " Ipoh mari tarak sombong woooo... "


Team Perak paling ramai turun pagi itu untuk support team kawad kaki. Dan dalam gambar di atas, ada staf biasa, doktor veterinar dan timbalan pengarah sendiri. Nampak tak team perak ini sporting dan havoc. Tak ada batas dalam menyokong team sendiri. 

Dan tetiba cik en menerima kunjungan seorang blogger dan juga doktor veterinar di Makmal Pahang iaitu Doktor Rozita . Terima kasih banyak banyak doc, cik en tak boleh nak ke tempat doc, sebab kaki injured. Terharu sungguh kesudian bos cari anak buah walaupun berlainan negeri. Cik en kenal Doc Rozita dalam Kelab Blogger Ben Ashaari dan tak sangka kami bekerja di bawah jabatan yang sama. Korang boleh terjah blog beliau mesti ada nanti entri berkaitan sukan ini.


Selesai perbarisan, masa kami selfie bersama team kawad kaki dan semestinya Puteri Perak kami mendapat perhatian sama seperti tahun lepas, ramai yang nak bergambar dan termasuklah cik en sendiri. Hahaha. Naik saham cik wani masa ini. Hahaha





Selesai Majlis Perasmian, sebelah petangnya ada perlawanan bowling dan team bowling perak mengambil bahagian untuk lelaki dan wanita. Bowling dijalankan di Ole Ole Superbowl Seksyen 7 Shah Alam dan pada masa yang sama di tempat lain ada Perlawanan Bola Sepak 9 Sebelah dan Congkak serta batu seremban. Tapi cik en pergi ke tempat bowling  jadi hanya gambar bowling sahaja yang cik en nak kongsi. Dan juga congkak sebab ada kawan di tempat congkak kongsi gambar di whatsapp









Malam hari kedua kami ada Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Selangor dan kami perlu menghadiri dengan pakaian batik mengikut tema merah kuning. Cik en memang tak ada koleksi baju batik sebegitu, Baju kurung warna kuning atau merah pun tiada. 






Nampak kan kaki cik en berbalut, kaki cik en masih sakit tau, esok cik en kena sambung perlawanan badminton semula, macam mana ni?? apa perlu cik en buat..

Cik en tak kan sambung cerita di entri ini, sebabnya dan panjang berjelar jelar entri ini, cik en akan sambung untuk next entry dan semua kena baca tau! Boleh ke cik en bermain walaupun kaki bengkak? Boleh kah team badminton pergi ke step seterusnya sebabnya team badminton perak tidak pernah sampai ke peringkat separuh akhir pun, Bagaimana team yang lain? adakah berjaya? Kena tunggu ye.. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

2 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. banyak jabatan yang ada sukan tahun nih.. kami pun dah buat selepas raya ari tu..

    ReplyDelete
  2. hahaha...lebarnya mukaku... segan jugak nak merentas padang masa tu.. demi sahabat ku jejak jua..semangat KBBA tu...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post