www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-06-12

Pinggiran Syurga Nyanyian Wan Imir Buat Arwah Dato Wan Mohammad Khair-il Anuar


Lagu dan Lirik Pinggiran Syurga Nyanyian Wan Imir Buat Arwah Dato Wan Mohammad Khair-il Anuar | Masih terasa kehilangan arwah Dato Wan. Masih ramai yang terasa kehilangannya. Jika sebelum ini cik en pernah kongsi entri mengenai Kisah Dato Wan Mohammad Khair-il Anuar Diabadikan, kali ini cik en kongsikan lagu yang dinyanyikan oleh Wan Imir iaitu anak kedua arwah Dato Wan khas dibuat oleh Edry KRU untuk meluahkan perasaan keluarga arwah atas kehilangan arwah. Cik en yang memang dekat dengan arwah dan keluarganya terasa sebak dan dapat merasakan kesedihan keluarga Dato Wan. Lagu yang diberi tajuk Pinggiran Syurga ini adalah single pertama Wan Imir dan dibuat bersempena Hari Bapa. Jom kita dengar lagu ini


Ooo. Tuhan 
Berikan aku kekuatan
Mendengar rintihan ibuku berdoa
Sejahtera memanggil ayahku tuk pulang kembali
Berkecai hati ku menerima takdir

Aku rindu kan 
Setiap sentuhan
Setiap saat belaian kasihnya 
Tuhan janjikan kami ditemukan  
Paling tidaknya jumpa di pinggiran syurga

Setiap tidur malamku takkan lena
Terkenang detik indah manja bersama
Namun aku redha 
Malah diapernah berkata
Sudah tertulis pasti ada hikmahnya

Aku rindu kan 
Setiap sentuhan
Setiap saat belaian kasihnya 
Tuhan janjikan kami ditemukan  
Paling tidaknya jumpa di pinggiran syurga
Sudah tertulis pasti ada hikmah 

Aku rindu kan 
Setiap sentuhan
Setiap saat belaian kasihnya 
Tuhan janjikan kami ditemukan  
Paling tidaknya jumpa di pinggiran syurga
Jumpa di pinggiran syurga
Jumpa di pinggiran syurga

Dan menurut Wan Imir, 2 bulan sebelum kejadian yang meragut nyawa arwah, arwah ada menelefon pihak KRU dan selepas kejadian tersebut, pihak KRU telah menghubungi Wan Imir dan mencipta lagu tersebut khas untuk arwah Dato Wan. Disini cik en kongsi juga disebalik tabir rakaman vokal lagu ini


Apa apa pun, cik en berharap keluarga arwah Dato Wan meredhai pemergian arwah. Apa yang terjadi sudah tertulis sebelum lahir lagi. Diharap keluarga arwah tabah dan sekali lagi cik en beritahui, kami sayang arwah bukan kerana politik dan pangkat tapi kerana sifat peribadi arwah. Al-Fatihah...

1 comments:

AinAthirah Anuar said... [Reply]

Betul ! Ramai kenalan Ain yg stay Kuala kangsar pun cakap benda yang sama. Sifat keperibadian beliau sgt dikagumi. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman. AMin

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads