Gunung Irau 1 : Prosedur Mendapatkan Permit Mendaki


Trip Gunung Irau : Prosedur Mendapatkan Permit Mendaki | Gunung Irau terletak di Cameron Highland yang terkenal dengan hutan yang berlumut. Pernah dengar Mossy Forest? Kat sinilah terletakknya Hutan Berlumut ini. Disebabkan sejuk la, menyebabkan hutan ini berlumut bukan sahaja pada pada batang pokok, pada tanah dan akar akar pokok juga tau. Tapi Trip Gunung Irau ini bukanlah dibuka sepanjang tahun, tapi dibuka pada masa masa tertentu. Jadi boleh rujuk pada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Tapi untuk mendaki Gunung Irau ini perlu dapatkan permit. Permit dikeluarkan oleh pejabat daerah. Sebolehnya hantarlah permohonan paling lewat 2 minggu sebelum aktiviti mendaki. Jadi, cik en nak kongsi cara untuk mendapatkan permit mendaki Gunung Irau.

  • Buat surat permohonan yang bertajuk "Permohonan Permit Mendaki Gunung Irau" atau tajuk yang membawa maksud yang sama. Jangan lupa tarikh mendaki pula.
  • Sertakan senarai nama, no kad pengenalan dan orang yang boleh dihubungi/waris (Nama dan no telefon)
  • Satu permit untuk satu pendaki
  • Harga RM5.00 perpermit
  • Bayar menggunakan wang pos. Contoh jika pergi 11 orang, jumlah permit RM55.00 jadi beli wang pos di Pejabat Pos dengan nilai RM55.00
  • Surat, senarai nama dan wang pos perlu dihantar ke Pejabat Perhutanan Daerah Raub dan Cameron Highland
  • Selepas sehari dua bolehlah telefon untuk bertanya permohonan yang dihantar
  • Selalunya dalam masa seminggu, Pejabat Perhutanan Daerah Raub dan Cameron Highland akan membalas surat permohonan dan akan sertakan permit mendaki.




Segala pertanyaan dan penghantaraan surat permohonan mendaki bolehlah hubungi :

Pejabat Perhutanan Daerah
Raub dan Cameron Highland
Rotan Tunggal 
27600, Raub 
Pahang
09-3552755 (Telefon/Faks)

Tunggu entri cik en selepas ini mengenai Checklist barang keperluan untuk mendaki Gunung Irau dan Pengalaman mendaki Gunung Irau ye...
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

8 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tak sabar nak bace entry seterusnya. kalau pegi dalam 2 3 org ja, boleh ka ?

    ReplyDelete
  2. ow, kena ada permit ya..bukn sesuka hati boleh daki..

    ReplyDelete
  3. Eh..Baru tau nak mendaki pun kena ada permit..

    ReplyDelete
  4. Seronok jugak nak mendaki... Heee tapi yang paling adventure pernah buat pun jungle trekking. Terima kasih share info... :)

    ReplyDelete
  5. TEBING TINGGI BACKPACKER(FB)
    KHIDMAT GUIDE BERLESEN(TG9624)
    CAMERON HIGHLAND.
    Menguruskan :
    -permit pendakian
    -laporan polis
    -khidmat guide
    -kit perubatan (asas)
    -walkie talkie
    -khidmat 4x4 ke permulaan pendakian (mossy forest)

    ANDY
    017-9997790
    whataps/call/sms

    ReplyDelete
  6. terima kasih for the info sngt2 berguna..mohon permit mesti dalam masa dua minggu ke klu kurang dua minggu mcm mna eh? approve tak ?

    ReplyDelete
  7. Salam admin, nak tanya, perlukan ranger ke untuk mendaki gunung irau ni? Tq

    ReplyDelete
  8. berapa bilangan minimum peserta utuk mohon permit?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post