www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-05-25

Apabila Kerbau Ber"Gimnastik"


Apabila Kerbau Ber"Gimnastik" | Pernah tengok kerbau ber"gimnastik"? Mungkin sebagai pembantu veterinar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar selalu tengok semasa membuat program kesihatan ternakan. Malah bukan sahaja kerbau, lembu pun pandai tau bergimrama sebegini. Sebelum ini cik en pernah keluarkan entri mengenai vaksin terhdapa kerbau di entry bertajuk Vaksinasi HS Untuk Kerbau. Disitu cik en ada menerangkan mengenai Program Kesihatan Ternakan seperti mengambil sampel serum darah ternakan dan vaksinasi. Cuma di dalam entri tersebut, cik en tidak terangkan suasana dan keadaan bekerja. Jadi entri ini cik en akan terangkan dan sertakan video yang selalunya tak sempat cik en rakam. 

Pejabat Veterinar Daerah akan menjalankan rutin tahunan untuk memastikan ternakan di daerah keadaan sihat dan divaksin sepenuhnya. Untuk kali ini, cik en setkan temujanji dengan ladang kelapa sawit. Didalam ladang itu, pihak ladang menggunakan khidmat kerbau untuk menarik buah yang dikutip daripada pokok yang lebih sukar dimasuki untuk lori besar masuk. Setiap kerbau akan dijaga oleh seorang pekerja ladang dan pekerja tersebut perlu menjaga kebajikan haiwan tersebut. 


Kali ini, program ini hanya 2 orang staf veterinar daerah iaitu cik en dan rakan cik en, En Rizal. En Rizal akan mengambil sampel darah manakala cik en akan memberi suntikan vaksin dan rekod. Ini sebabnya ramai staf veterinar daerah ada kursus dan bengkel. Disebabkan kami dah setkan temujanji, kami berdua sahaja yang turun ke ladang. Itu pun sudah mencukupi kerana pekerja ladang sendiri yang ramai untuk membantu mengikat kerbau. 


Selalunya kerbau jenis buruh ini tidak sama seperti kerbau dibela untuk daging. Jadi tiada kandang atau celong atau pasung yang tetap. Yang ada jenis portable atau mudah alih. Dan juga kerbau ini bukannya berkumpul satu tempat tau! Kerbau ini berterabur di seluruh ladang ini. Jadi pihak ladang akan kumpulkan beberapa kawasan atau divisyen berhampiran di satu tempat. Jadi boleh mengurangkan tempat. Daripada 10 tempat jika dikumpulkan berperingkat, jadi 2 atau 3 tempat sahaja. Jadi tidaklah kami perlu bergerak setiap masa. 



Untuk ladang ini, ada 56 ekor kerbau yang dibahagi kepada 2 tempat sahaja. Kami sampai ke tempat pertama dalam pukul 10 pagi. Dan seperti biasa, masing masing mengambil giliran untuk dimasukkan ke dalam celong. Suasa meriah juga kerana kebanyakkan tuan kerbau ini bukan orang Malaysia. Jadi pelbagai bahasa keluar. Ada rupa seperti Toi AF dan Hero Duda Terlajak Laris tau! Hahaha..



Mesti ada yang tertunggu, mana aksi kerbau ber"Gimnastik" kan? Ha, masa ini, cik en hanya rakam untuk kegunaan pejabat sahaja tapi tak sangka masa ini kerbau mengeluarkan bakat terpendam mereka. Selalunya tak sempat rakam tapi kali ini cik en rakam. Boleh tengok video dibawah ini


Ini suasana biasa bagi kami, cuma sesiapa yang baru pertama kali lihat mungkin akan sebut wow! Sebenarnya banyak faktor kenapa kes diatas terjadi. Faktor celong yang tidak kukuh, celong yang tidka mengikut spesifikasi yang betul dan yang penting cara mengekang atau mengikat kerbau. Cara ikatan kerbau dan cara ikatan lembu berbeza. Kerbau perlu diberi perhatian pada tanduk jadi kena ikat tanduk dan pengambilan sampel darah selalu dibahagian leher jadi perlu diikat dengan kemas, kalau tidak, kena tanduk la orang yang mengampel sampel darah. 

Kami selesai tempat pertama dalam pukul 1 tengah hari. Pergi ke tempat kedua kami habis dalam pukul 5 petang. Masa ini bergantung pada keadaan kerbau. Kalau beri kerjasama sekejap je. kalau macam kes video diatas seekor boleh makan masa 30 minit. So sampai kat sini dulu cerita mengenai aktiviti cik en hari ini. Insyallah esok cik en akan jalani latihan badminton untuk mewakili jabatan veterinar negeri di Program Kecemerlangan Diri yang akan di buat di UITM Shah Alam lepas raya ini. Assalamualaikum semua. Rehat dulu..

6 comments:

Shiqeen Sattar said... [Reply]

Kesian pulak nengok huhu

dayah sanif said... [Reply]

wow

Mohd Noor Shawal said... [Reply]

anda di tag..

http://www.mohdnoorshawals.com/2016/05/giveaway-spicy-ramen-challenge-by.html

Maria Firdz said... [Reply]

Pengalaman prnah bela lembu.. Lembu pun biasa bergimnastik..

Nurul Baidurah said... [Reply]

ouh..kerbau pon pandai bergimnastik...hhihihi..

Afiq Halid said... [Reply]

Ada rezeki mcm nak ikut Cik Ein jer . Boleh tgk live binatang bergimnastik berirama. Huhu 😁

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads