Ohsem Cafe di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar


Ohsem Cafe di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar | Kuala Kangsar sudah maju berbanding zaman cik en masih bersekolah. Lagi lagi bila kemunculan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah di Chandan, Kuala Kangsar dipenuhi dengan pelajar pelajar yang datang dari pelbagai negeri. Walaupun cik en anak jati Kuala Kangsar, cik en jarang untuk menikmati makanan di cafe di sekitar Kuala Kangsar. Beberapa hari yang lepas, cik en luangkan masa bersama keluarga untuk mencuba cafe yang menyediakan nasi arab tetapi nasi mandy kehabisan kerana sudah lewat, jam 10 malam. Bersebelahan dengannya cik en mencuba makanan di Ohsem Cafe kepunyaan usahawan wanita, Nyna.


Suasana yang santai dan simple tidak ubah seperti cafe yang lain dan nampaknya walaupun hari beransur lewat malam, cafe ini masih dikunjungi ramai pelanggan. Mungkin malam minggu. zjadi seperti biasa cik en mencari chicken chop dan adik cik en spagetti carbonara. 


Chicken Chop diatas ini semestinya pilihan cik en. Ayam digoreng dan berkuah lada hitam, Ayam dia sedap dan seakan akan chicken chop di Thumb Cafe Ipoh. Cik beri rate 4.5/5


Diatas pula nasi goreng udang kepunyaan mak cik en. Biasalah tekak orang veteren ini lebih kepada nasi berbanding western . Nasi dia sedap. mungkin guna teknik nasi basi cik en kot! hahah.. dan cik en beri rate 5/5 .


Yang ini menu tambahan cik en. Salad la apa lagi. Salmon Salad ini cik en puji dengan salmon dan salad yang segar cuma serbuk keju yang ditabur tidak kena dengan tekak cik en. Dan lawaknya tertinggal cherry (cik en rasa tomato kecil) dan dihantar selang beberapa minit selepas itu. Tapi nampak lah jujur kan chef di sini. Cik en beri rate 4/5


Makanan ini kegemaran adik cik en, Spagetti Carbonara dan ada tambahan meatball. Meatball dia sangat sedap. Lembut dan sedap! Nyesal tidak order spagethi ini. Yang ini cik en beri 5/5. Puas Hati !!

Jadi sesiapa yang berada di Kuala Kangsar, selain Rambai Classic bolehlah mencuba di cafe ini. Cafe ini terletak berhampiran Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar. Sebelah kiri sebelum sampai kolej. 

Ohsem Cafe
019-4755830 (Nyna)
niena_2511@yahoo.com
1173, Persiaran Chandan Puteri, 33000 Kuala Kangsar Perak
Facebook : Ohsem Cafe
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Komen 1. Tuna sandwish teruk, tune ciput mayo yg bnyk. Harga mahal pulak tu.

    Komen 2. Nasi kari kambing kapitan - portion sikit walaupun kata extra daging. Klau pg the gate cafe portion berbeza walau extra daging. So owner please check balik cara penyediaan sama ada betul atau tak.

    Umum : sejak kebelakangan ni tolong minta staf uoll alert sikit kalau customer mintak apa2 jgn lain order lain yg diberi dan lebih mesra pelanggan jangan buat muka kelat bila org dah ucap terima kasih jangan jadi bisu nk ucap sama2.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post