www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-03-25

Kesan Minum Isagenix e+ Beverage


Kesan Minum Isagenix e+ Beverage | Sesiapa yang setia dengan blog cik en ini, mesti ada terbaca satu artikel mengenai produk ini di entry sebelum ini. Ada yang menunggu feedback daripada cik en mengenai minuman ini. Minuman ini bukan untuk jadikan badan sado atau berketak ketak ye, minuman ini seperti 100plus iaitu isotonik. Jadi ianya untuk beri tenaga semasa kita lakukan senanam atau beriadah. 

Cik en minum 2 jam lebih awal sebelum masuk ke gym, baunya seakan akan ubat batuk, air dia cair dan ada rasa masam rasberry. Sedap? Tidak sama sekali. No Sugar memang pasti kerana ianya tawar sangat. Selepas minum, cik en shopping barang rumah sekejap dan balik sebelum bersiap ke gym. Sepanjang shopping dan bersiap, cik en rasa tidak letih langsung. Nampak dah sedikit kesan dia kan? 

Sampai di gym, seperti kebiasaan, cik en akan running dalam 2 km. Itu wajib!. Selalunya cik en akan ambik masa 25 minit hingga 30 minit ( berlari, berjalan cepat dan bercitcat dengan kawan) tapi semalam, cik en berlari non stop untuk 1 km dengan speed 7 . Dan cik en boleh habiskan 2km dalam masa 15-20 minit. Terasa badan ada stamina yang tinggi. Selesai sahaja running, cik en akan main alatan untuk Leg Press, Seated Row dan beberapa lagi. Tapi yang bestnya rasa sangat bertenaga. Peluh? Terasa macam kena simbah air. Memang paling banyak keluar peluh. Tidak ada rasa malas. Selalunya akan bermalasan main handphone , sampaikan abam traineer sado perli, "sini bukan main itu telefon, sini untuk gym" hahaha. Disebabkan nampak bersungguh sungguh semalam excercise, terus traineer yang nama Masud ajar beberapa senaman. Lewat juga la habis malam itu, dekat pukul 12.00 tengah malam. Tapi badan mantain bertenaga.

Hendak dapatkan minuman ini, maaf cik en pun tak tahu, sebabnya cik en diberi oleh kawan cik en untuk cuba. Tapi ada la perjumpaan yang akan diadakan di Manjung 27 Mac ini mengenai produk ini. So kalau cik en ada pergi perjumpaan itu, cik en akan kongsikan lagi ye.  Kesimpulan nya, minuman ini beri kesan positif pada badan cik en. 

Perhatian : Untuk Blogger http://missinspirit.blogspot.my/ , cik en tak dapat tolong banyak, boleh call no yang tertera di bawah ini, mungkin boleh bantu di mana boleh dapatkan 



  5 comments:

  1. tolong eintan teringin nk taw harga nye berapa dan kat mana bole beli

    ReplyDelete
  2. peh, bertenaga yer..
    timm dh lma xcercise n training, asyik bx kje je..

    ReplyDelete
  3. tak pernah nampak lagi mnuman macam ni kt sni

    ReplyDelete
  4. dah lama dok perati isagenix ni tp xberapa fahamm fungsi utk apa. skrg dh tahu hehe :D

    #kbba www.farahdafri.com

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads