Cara Merawat Kucing Luka

Cara Merawat Kucing Luka | Mengikut pengalaman di klinik, sudah sampai musim mengawan bagi kucing. Apabila musim ini datang, akan banyak kes kucing luka, bernanah dan berulat yang akan dihantar ke klinik veterinar kerajaan mahupun swasta. Faktor kucing yang menghilangkan diri menyebabkan luka bertambah teruk dan seterusnya berulat dan membusuk. Kali ini cik en hendak kongsikan beberapa cara rawatan kucing luka untuk panduan pemilik bulus yang mempunyai masalah kucing yang luka ini. Pergaduhan antara kucing yang lain mungkin kerana berebutkan pasangan, berebut kawasan atau luka kerana dipukul, dilanggar, terjatuh dari tingkat tinggi dan sebagainya. Luka yang sedikit perlu di beri rawatan segera untuk mengelakkan luka menjadi lebih kronik. Cara Merawat Kucing Luka

Cara Merawat Kucing Luka
Cara Merawat Kucing Luka

Cara Merawat Kucing Luka

Disini cik en kongsikan Cara Merawat Kucing Luka mengikut tahap luka 

Cara Merawat Kucing Luka Biasa 

  1. Cukur bulu bahagian luka untuk memudahkan rawatan
  2. Cuci dengan menggunakan iodin (boleh didapati di farmasi)
  3. Pastikan tiada bulu yang melekat pada luka
  4. Boleh letakkan krim luka atau acriflavine
  5. Lakukan dressing ( step 4 hingga 6) setiap hari 
  6. Jika keadaan semakin teruk rujuk ke klinik vet yang berhampiran
Cara Merawat Kucing Luka

Cara Merawat Kucing Luka Bengkak dan Bernanah 

  1. Jika bengkak masih belum pecah, boleh tunggu atau boleh terus dapatkan rawatan antibiotik di klinik vet berhampiran. 
  2. Jika sudah pecah, cuba keluarkan sehabis boleh nanah tersebut dan jangan tinggalkan sedikit pun. Ini untuk mengelakkan jangkitan semula. 
  3. Cukur bulu bahagian luka 
  4. Cuci dengan menggunakan iodin 
  5. Pastikan tiada bulu yang melekat pada luka
  6. Boleh letakkan krim luka atau acriflavine
  7. Lakukan dressing step 4 hingga 6) setiap hari 
  8. Jika keadaan semakin teruk rujuk ke klinik vet yang berhampiran

 Cara Merawat Kucing Luka Berulat

  1. Jika terdapat ulat, sila pastikan rawatan secepat mungkin dilakukan. Ini kerana dalam masa 1 hari sahaja, ulat yang kecil boleh menjadi segemuk nya kerana ia memakan daging segar kucing itu sendiri
  2. Cuba cari tembakau dan masukkan dalam air, air tembakau dititiskan kedalam luka berulat untuk mematikan ulat. Selain itu, boleh gunakan arang, hydrogen peroxide dan diesel (diesel sesuai untuk anjing, kucing agak menyakitkan)
  3. Biarkan seketika, bila nampak ulat mati, boleh menggunakan penyepit untuk keluarkan ulat mati. Buang seboleh mungkin untuk mengelakkan jangkitan. 
  4. Selesai buang cuba perhatikan, ada tak daging bewarna hitam, jika da itu tandanya daging itu daging mati. Jika dipotong pun tiada lagi darah jadi jika ada gunting bolehlah digunting dan dibuang. 
  5. Dan boleh Cukur bulu bahagian luka untuk memudahkan rawatan
  6. Cuci dengan menggunakan iodin 
  7. Pastikan tiada bulu yang melekat pada luka
  8. Boleh letakkan krim luka atau acriflavine
  9. Wound Spray boleh digunakan selepas meletakkan krim luka untuk mengelakkan lalat 
  10. Lakukan dressing step 6 hingga 9) setiap hari 
  11. Jika keadaan semakin teruk rujuk ke klinik vet yang berhampiran
Yang penting pastikan tiada jangkitan selepas rawatan. Jika luka besar yang memerlukan jahit, rujuklah kepada vet berhampiran. Jadi penting untuk sediakan satu beg untuk ubat kucing yang dipanggil First Kit Kucing untuk kegunaan masa kecemasan.
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

33 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tak boleh tengok gambar tuu. kesiannn

    ReplyDelete
  2. adoi..takleh tgk la kucing luka mcm ni ..sian sgt

    ReplyDelete
  3. dulu timm dgn mak penah rwat kucen ada ulat kt telinga..kami letak ubat gegat bgi mti ulat tu..bila kucen tu nk sembuh dah, mati pulak..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pasal letak ubat gegat? Mati lah kucing tu

      Delete
  4. plg kesian tgk luka ada ulat tu..sedih tgk..

    ReplyDelete
  5. Alahai kesiannya tengok kucing tu... thanks untuk tips ini yer cik en

    ReplyDelete
  6. nk tau x, mama sy guna myk goreng ikaan utk sembuhkn kucing kami... tp bkn myk yg pns2 tu... ;-) lps sbln luka tu sembuh n tempat yg luka tu tumbuh bulu semula

    ReplyDelete
  7. alahai..takutnya tgk...
    kucing lya pon ada keluar darah dr telinga bru2 ni..bwa pegi vet, katanya sbb masuk air dlm tlinga time mandikan.. ccucuk antibiotik n dia suh ltk ubt telinga y klinik org.. alhamdulillah.. dah baik skarang

    ReplyDelete
  8. Salam,kucing sy luka bernanah kat tapak tgn dia,,sy da cuci luka dia,cukur bulu sekitar luka,,yg sy risau,luka tu dlm sangat,asal dia nanah je,,tgk2 dah berlubang sampai tembus tgn dia,,apa ptut sy buat,,syorkan rawatan dirumah bagaimana,,perlukah saya dressing tgn kucing tu,

    ReplyDelete
  9. Salam,kucing sy luka bernanah kat tapak tgn dia,,sy da cuci luka dia,cukur bulu sekitar luka,,yg sy risau,luka tu dlm sangat,asal dia nanah je,,tgk2 dah berlubang sampai tembus tgn dia,,apa ptut sy buat,,syorkan rawatan dirumah bagaimana,,perlukah saya dressing tgn kucing tu,

    ReplyDelete
  10. @fatin adila
    dressing seperi mana yang dilistkan.. klu nanah mmg kena buang nanah.. tapi lebih baik beri antibiotik untuk mempercepatkan lagi sembuh

    ReplyDelete
  11. Kucing saya di gigit oleh kucing liar...saya cuba bersihkan luka tpi kucing kesakitan...dearah Tawau tiada 24jam klinik haiwan...apa harus saya laku...kesian nampak kucing kesakitan...

    ReplyDelete
  12. Kucing sya 4 hari x balik . Smlm bru balik pas tu tangan yg luka tu dh pnuh dgn ulat. Nk bwak g klinik tp xde org lak nk bwk . arang tu kne rendam dlm air jgk ye .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mane kucing awak sekarang. Kucing saya sekarang macam ni jugak keadaan dia😔😔😕😔. Esok baru nak bawak pegi vet. Sepatutnya nak bawak harini tapi vet cakap dah nak tutup. Takutlah ulat tu semakin banyak😔😭. Tadi pon luka dia semakin dalam sebab ulat makan isi segar dia. Tolong doakan kucing saya ya, sihat macam selalu. Namanya comel

      Delete
  13. Assalam kucing saya kaki nya mula2 luka biasa, tapi dia gigit smpai berlubang dan nmpak daging kt dalam. saya cuba letak minyak gamat tapi dia jilat balik... Apa perlu saya buat? klau nk hntar ke klinik, kos Mahal.. Ya Allah....

    ReplyDelete
  14. ya saya pon tengah merawat kucing yg luka di tapak kaki depan. sapu je gamat, dia jilat2. tp jiran sy ckp, dia sapu dalam 4-5 hari. kucing dia jilat tapi lepas tu alhamdulillah dlm 5 hari tu luka nampak kering. hurm sy akan cuba la letak gamat dan dressing tapak kaki dia.

    ReplyDelete
  15. Kucing saya luka bernanah lama dah . Berlubang . Sapu minyak gamat je . Alhamdulillah luka tu kering tapi tempat lain pula berlubang and bernanah . Hm . Nak tanya kalau cuci dengan iodine and sapu ubat luka tu , dia jilat , tak apa ke ? Takut jadi racun pula . Please reply asap

    ReplyDelete
  16. Salam kak anak kucing yg baru lahir hampir kena makan di kucing lain. Kulit dekat tangan terkoyak. Apa patut sy buat? Nk hantar dkt vet tak mampu.

    ReplyDelete
  17. Dah masuk musim mengawan ker...patut la kucing kita tak nak masuk kandang 2 hari ni, pastu kucing jantan pun da byk pulak buat tanda kwsn dia dgn kencing merata-rata huhuu.

    ReplyDelete
  18. Sis..nk tanya..klau antiseptik tu je..blh x bunuh maggot?

    ReplyDelete
  19. Kalau blh thu brapa kos untuknrawatan d vet krajaan or swasta jngkitan kuman luka..skrg dh ad nmpak ulat..mohon bantuan

    ReplyDelete
  20. Arghhhh..tekanan KG tgok gambar berulat tu

    ReplyDelete
  21. Kucing saya kena pukul hm saya rasa dengan benda tajam mata kanan dia luka teruk sampai dah takboleh nampak. Lepas tu ada luka luka sikit di bahagian kepalanya. Nak.bawak pergi klinik takmampu. Saya dah cuci tapi luka kat mata dia still berdarah dan berair. Saya dah taksanggup nak tengok dia macam tu. Apa yang boleh saya lakukan? Mohon reply secepat mungkin ye.

    ReplyDelete
  22. Kucing sy kaki bengkak..tapak kaki berlubang..

    ReplyDelete
  23. kucing saya luka dan saya cuba untuk merawat luka tersebut..tapi kucing tak boleh duduk diam....boleh bagi tips macam mana nak tenangkan kucing masa rawat luka tu??

    ReplyDelete
  24. Kalu da sapu krim,balut tmpt luka tu dgn apa ya.

    ReplyDelete
  25. Kucing saya tangannye bengkak. .Ape perlu dibuat.

    ReplyDelete
  26. Hello saya nak tanya. Kenapa kucing saya masih ada nanah walaupun sudah bnyk kali saya mengeluarkan nanah tersebut? Mohon respon ye

    ReplyDelete
  27. It's awesome to go to see this web site and reading the views of all
    mates on the topic of this piece of writing, while
    I am also zealous of getting knowledge.

    ReplyDelete
  28. Hi, anak kucing saya baru sahaja 1 minggu lahir. Akibat kesan gigitan ibu kucing tu sendiri untuk angkat anak kucing menyebabkan ada satu luka membesar. Mula2 berdarah sikit sahaja, esoknya tengok dh besar luka. Ada bersihkan luka tapi dah 3 hari belum tutup kulit anak kucing yg luka tu. Sy duduk kawasan kpg susah nak ke vet. Apa perlu sy buat selain bersihkan luka? Kesian anak kucing sy

    ReplyDelete
  29. salam dr, saya mohon direply secepat mungkin ya. kucing saya bengkak susu dan kawasan tu dah pecah menyebabkan ada lubang yang quite besar. tadi dah jumpe vet , dh cuci luka and dr bagi antibiotik and ubat bengkak. ubat sudah diberikan. soalan saya ialah saya perlu membersihkan luka kucing tersebut, adakah saya perlu membersihkan di bahagian luar sahaja atau di dalam lubang itu sekali?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post