www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-02-03

Serenity By Syira Lokman


Serenity By Syira Lokman | Hye! Semua pengembara dunia. Jom berjalan mencari Tuhan. Buku yang mempunyai 41 tajuk kecil sangat memberi inspirasi kepada setiap pembacanya. Tajuk kecil ini mengambil elemen dunia semasa yang sentiasa menjadi masalah terpencil manusia kini. Penulis iaitu Syira Lokman berjaya menjadikannya teguran santai dan mengajak kita berfikir yang sebenarnya DUNIA INI INDAH. Tinggalkan sementara kisah manusia lain dan lihat sendiri DUNIA , Diri sendiri dan TUHAN kita semasa membaca buku ini. Andai kata kita sering menyalahkan tuhan yang tidak adil dalam memberi kenikmatan kehidupan kepada kita, buku ini akan mengubah persepsi kita 360 darjah bila kita membacanya. Baca dan jangan pertikaikan apa apa terlalu awal sebabnya di akhir tajuk, anda akan nampak mesej yang hendak di sampaikan.


Diatas, adalah ringkasan yang boleh cik en berikan terhadap buku SERENITY BY SYIRA LOKMAN ini, Garapan yang di buat oleh Syira Lokman memang cik en kagum. Satu tajuk yang buat cik en rasa sampai ke hati adalah " Menyakiti dan Disakiti". Jujur disaat cik en membaca buku ini, hati cik en disakiti oleh perbuatan dan kata kata seorang hamba Allah.

Mungkin orang lihat dia pendendam
tapi sakitnya hati dia yang faham

Yang menyakiti, jaga tingkahlaku
Yang disakiti, apa pun terjadi, sabar

-SerinityBySyiraLokaman-
mukasurat 37

Bagi gadis dan pemuda di luar sana atau sesiapa yang merasakan kehidupan orang lagi best dari kehidupan sendiri boleh baca tajuk "Kenapa Kita Rasa Hidup Orang Lain Best?"

Jangan bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain, kerana setiap daripada kita memiliki kurian masing masing yang telah Allah berikan.
Aku Perlu Bersyukur

-SerinityBySyiraLokaman-
mukasurat 8

Untuk pengguna tegar Facebook, Twitter, Instagram malah blog sendiri, ayat yang korang selalu keluarkan "Twitter aku,suka hatilah aku nak tweet apa, Kalau tak suka jangan baca, Facebook dan Twitter ini aku punya, biarlah nak tulis apa pun, kau sibuk kenapa? Kalau tak suka , jangan baca". tapi sedar tak setiap yang dibaca oleh orang kalau ianya tidak benar menjadi fitnah dan akhirnya mendapat dosa? Inilah kata kata penulis dalam buku dia. 

Semua penulis akan mati
Hanya karyanya akan terus abadi
Maka tuliskanlah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu diakhirat nanti
Syadina Ali Bin Abi Talib

-SerinityBySyiraLokaman-
mukasurat 31

Dan banyak lagi tajuk tajuk yang menarik dalam buku ini. Cik en belanja tajuk buku ini ye.



Berminat hendak membaca lagi yang lain lain? boleh dapatkan di Kedai Buku berdekatan atau pesan melalui online di KOMRAD BUKU atau terus isi borang online di SINI. Jom kenali penulis Syira Lokman di blog beliau SYIRA LOKMAN. Komen pembaca lain boleh rujuk sini

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads