Jangan Tinggalkan Kucing Di Dalam Kereta


Jangan Tinggalkan Kucing Di Dalam Kereta | Jangan sesekali tinggalkan kucing atau anjing di dalam kereta pada bila bila masa tanpa penghawa dingin. Baru sahaja cik en menerima kes seekor kucing mati kerana tuannya meninggalkan kucing di dalam kereta. Mungkin tuannya menurunkan tingkap sedikit barangkali tapi untuk pengetahuan semua, didalam cuaca di Malaysia kini yang mengalami El Nino, ianya tetap sama seperti membiarkan dalam keadaan cermin tertutup rapat. Perkara ini juga pernah berlaku satu ketika dulu, kucing nya baru sahaja mendapat rawatan parasit di klinik cik en dan sementara balik, mereka pergi membeli belah di pasaraya tapi membiarkan kucing di dalam kereta dalam keadaan tingkap terbuka sedikit sahaja. Kucing tersebut mengalami kepanasan sehingga pengsan dan apabila bawa ke klinik, cik en hanya mampu menyejukkannya dengan meletak di dalam kawasan berhawa dingin dan basahkan badan secara perlahan lahan sebelum memberi drip. 
Artikel di atas untuk anjing tapi jika suhu di dalam kereta 70F atau 21 Darjah Celcius boleh menjadi 116F atau 47 darjah celcius dalam 1 Jam sahaja. Bagaimana dengan kucing yang badannya lebih kecil dan kurang lasak seperti anjing. Walaupun dalam cuaca yang sejuk, diingatkan dalam kereta suhu tidak semestinya sama di luar kereta. 


Banyak di luar negara kes sebegini berlaku kepada anjing. Antaranya kes anjing polis mati yang akhirnya pengawai yang terbabit dipecat. Ini berlaku kerana kepanasan yang tinggi menyebabkan headstroke. 


Diharap selepas ini, jangan ambik lewa terhadap masalah ini. Cubalah jika anda duduk di dalam kereta tanpa pengahwa dingin. Jika kita pun boleh pengsan apatah lagi kucing atau anjing. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

15 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. betul tu cik ein...kesian kucing..

    eh cik ein camna nak panggil kucing yg baru kita ambik dr org tp dia lari..

    ReplyDelete
  2. kesiannya...kalau kita sendiri pun tak tahan duduk lama lama dalam kereta..apatah lagi haiwan...

    ReplyDelete
  3. kalau jenis orang suka tinggal binatang atau anak dalam kereta, kita try test biarkan dieorg dalam kereta tu pulak dalam keadaan cuaca camni...baru die tau camne azabnya

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang urusan disangka sekejap menjadi lama. Aniaya haiwan disebabkan hidrasi.

    ReplyDelete
  5. Bukan je manusia..haiwan pun bahaya d tglkn kat dlm kreta

    ReplyDelete
  6. Depa pun macam kita juga kan, kita pun tak boleh duduk dalam kenderaan panas inikan pula kucing...

    ReplyDelete
  7. Kesian kucing kalau ditinggalkan lama sangat dalam kereta. Baik biar je kucing tu duduk rumah :(

    ReplyDelete
  8. Pesanan yg baik cik en... haiwan pun macam kita juga kan... takde oksigen tak leh bnafas...

    ReplyDelete
  9. wah nice infoo.. tq sis..

    singgah stalk sini.. ^^

    jemput singgah blog shawal juga..

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2016/02/pencarian-sponsor-giveaway-february.html

    ReplyDelete
  10. Sy pernah lakukan kesilapan ni..smpai skrg tk blh maafkn diri.bila terbaca artikel ni makin rasa diri tk guna..huwaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  11. Sy tinggal kn kucing sy dlm kereta...tp tu pun ltak kt tempt redup dn sy buka tingkap sikit.. dn bwa kipas econ yg buat sendri... dlm baldi tu sy ltak ais batu byk2 n husband ltak kipas kecik yg guna power bank... tp klu tgh2 ari sy tk tgl dlm kereta... kucing sy tu , sb kesian.. sy akn stay dlm kereta dn biar husbnd keluar tok cri ap yg patut... sedia kn minuman kucing dlm kereta... dn before jalan2 basah kan kepala kucing belakg badan dgn air sikit.. tu tips sy mse bawa kucing sy jln2...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post