Blog Nurfuzie Dot Com di Utusan Malaysia



Blog Nurfuzie Dot Com di Utusan Malaysia | Alhamdulillah, impian cik en untuk mengorak langkah lebih baik nampaknya naik ke satu tangga lagi. Sabtu 12 Disember 2015, Blog kesayangan cik en Nurfuzie.com keluar di bahagian Citra Orang Muda Utusan Malaysia. Ruangan tersebut dinamakan Blogger Pilihan.

Pernah cik en membaca artikel seorang blogger yang kemasukkan blog di mana mana surat khabar dan majalah, tidak membantu menaikkan follower ataupun pageview. Mungkin bagi blogger yang lain tapi blog Nurfuzie.com mempunyai satu topik yang akan menjadikan blog cik en sebagai pilihan pembaca baru atau lama. Semuanya sedia maklum, Blog Nurfuzie.com bukan menceritakan perkara yang biasa blogger lain ceritakan, tapi satu topik mengenai VETERINAR. Hanya dari pengalaman kerja, ilmu dan tunjuk ajar dari "senior" menjadikan blog cik en menjadi medium untuk cik en bercerita mengenai VETERINAR. Banyak skop veterinar yang cik en kongsikan dalam blog cik en, tapi yang mendapat sambutan adalah kucing. Mungkin kesedaran mengenai haiwan kesayangan Rasuallah ini semakin menebal di kalangan rakyat Malaysia. Cik en tahu, kecik je tulisan di gambar itu ye, cik en akan zoomkannya.



Pembetulan :

"Dorongan itu semakin memuncak, apabila saya berkhidmat sebagai pembantu veterinar di sebuah klinik swasta Jabatan perkhidmatan veterinar negeri. Kebanyakan perkongsian merupakan pengalaman sendiri ketika menjalankan tugas di ladang ternakan dan klinik ", katanya yang mesra disapa dengan nama panggilan cik en.

Sebenarnya banyak lagi cik en hendak bercerita mengenai mengenai haiwan ini, tapi cukuplah pengenalan awal sebegini dahulu. Jika sesiapa yang berminat kepada haiwan, bolehlah bercita cita menjadi ahli veterinar, mungkin seorang doktor veterinar penolong pengawai veterinar atau pembantu veterinar. Sangat enjoy bagi yang meminati kerja lasak dan kotor sebegini. Bagi cik en satu kepuasan dan setiap hari akan ada cabaran cabaran yang baru untuk menjadikan ia satu pengalaman yang berharga yang mungkin blogger atau orang di luar sana terutama wanita tidak ketahui. Tahukah korang, kami dari kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar merupakan pertahanan pertama bagi sebarang wabak atau penyakit yang merbahaya, kami juga yang mengawal kesihatan ternakan, produk daging yang kita makan hari hari dan juga memberi kesedaran kepada orang luar sana terutama peternak, yang pengeluaran daging di Malaysia masih di peringkat yang rendah sehingga memaksa kita mengimport daging beku. Artikel ini menarik untuk dibaca KLIK SINI.

Panjang lebar entri cik en kali ini, Insyallah, di lain entri, cik en akan bercerita lebih banyak mengenai fakta dan info info menarik mengenai veterinar selain mengenai haiwan kesayangan. Terima kasih kepada yang tangkap gambar artikel di Utusan Malaysia dan whatsup cik en. Harapan cik en, supaya blog cik en menjadi rujukan pertanyaan dan perkongsian bagi rakyat malaysia yang musykil dalam apa jua skop di bawah tajuk veterinar itu.

Update : Terima kasih Yumida atas entri tuk cik en. Boleh terjah di sini

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

40 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wahhhh. bestnyaaa cik en! tahniah sis! lepas ni makin femes laaaa cik en~~~ hiihi

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah ..tahniah tumpang happy jugak.. :)

    ReplyDelete
  3. Veterinar terbaik dari ladang ni.... hehe... all the best cik en...:)

    ReplyDelete
  4. Tahniah CIk EN :) betul tu niche blog Cik EN lain dari yang lain :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah...masuk paper Utusan Malaysia tu.... :-D

    ReplyDelete
  6. Tahniah..bertuah dapat masuk paper

    ReplyDelete
  7. tahniah cik en .....
    proud of u dear

    ReplyDelete
  8. Tahniah, Cik en.. Cik En sentiasa dimurahkan rezeki sebab suka jaga kebajikan kucing... :)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah,bukan senang nak cari pecinta haiwan.

    ReplyDelete
  10. Best la cik en masuk paper utusan..bila nak masuk majalah lak??hihihi

    ReplyDelete
  11. tahniah Cik En..melangkah setapak lagi..

    ReplyDelete
  12. Tahniah. wah, tbe2 sya terinspirasi pula

    ReplyDelete
  13. wah tahniah kak.. ^^ semoga lebih berjaya di masa akan datang.. aameen.. :)

    singgah + follow sini.. ^^

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah...
    tahniah akak...
    http://jmbelog.blogspot.my/2015/12/10-soalan-dari-jmbelog.html

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah, satu info yang dah lama saya cari selama nie.
    sekurang-kurangnya, dapatla jimat kos penjagaan si comel saya yang 2 ekor tu.
    (si hitam dan si kuning).
    cuma sekarang ni kucing ni dah membesar dan dah pandai menjaga diri sendiri,
    jadi saya kini mula mencabar diri sendiri dengan mencari anak-anak kucing terbiar yang 'kurus' dan mencabar diri saya untuk 'memontelkan' mereka dalam tempoh 7 hari.
    setakat ini, yang saya lakukan ialah, beri anak-anak kucing ini makan telur sebiji siang dan sebiji malam setiap hari (dan cuma seminggu sahaja telur ini akan diberi).
    adakah cara yang lebih berkesan dan menjimatkan kos untuk saya mencapai cabaran saya tersebut?
    buat info cik, sekarang sudah 4 pasang kucing yang saya jalankan cabaran ini, dan apabila mereka telah 'montel' dan riang,
    pasti akan ada orang yang akan datang untuk meminta kucing tersebut untuk dibela.
    alhamdulillah.
    -blogspot : mtsfaz
    ...blog berkaitan pelbagai aktiviti menarik, ceria dan menghiburkan oleh para pelajar MTSFAZ.
    -page fb : Festival Syukur Malaysia 2016

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, ucapan tahniah pada Cik En dan semoga Cik En sukses dalam kerjaya... =D

    ReplyDelete
  17. Wah!tahniah! Semoga makin suksess siss

    ReplyDelete
  18. Bangga sy wlau xbeli utusan tu.. hehehe. Tahniah kak.. ada masa jumpa men bowling naaa. Hehe

    ReplyDelete
  19. Asalam..wah tahnia ya...hebat ni, masuk utusan Malaysia. Tumpang happy..Terima kasih datang ke laman Etuza..harap pertemuan maya ini permulaan yang baik kan...))

    ReplyDelete
  20. wah.. glemer gituu.. tahniah yea..

    ReplyDelete
  21. Tahniah cik en..
    Untung rezeki masuk paper kan dear...tahniah...

    ReplyDelete
  22. Wah ! tahniah Cik EN.. semoga terus maju jaya...

    ReplyDelete
  23. Wah, tahniah cik en.

    Saya pun suka binatang. Tak pernah trpikir pasal kerja ni, tp bila baca blog cik en barulah trpikir macam best gak kerja dgn haiwan ni. :)

    ReplyDelete
  24. Wah.. retis baru terlahir.. ehehe

    ReplyDelete
  25. wahhh makin glamer pasni tahniah!

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah tahniah masuk utusan :)

    follow sini :)

    Cik Kumbang,
    Freelance Graphic Designer
    http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my

    ReplyDelete
  27. Tahniah Cik En. Rezeki masuk surat khabar :)

    ReplyDelete
  28. Wowwww..tahniah :)

    Salaam singgah BW :)

    ReplyDelete
  29. Tahniah, kita tau umur awak skunk ni 28, muda lg ni....;-)

    ReplyDelete
  30. Tahniah, cik EN :)
    Tak sangka cik EN seorang veterinary blogger rupa-rupanya...
    idol ni ^^

    ReplyDelete
  31. wahh. hebat la akak. adore adore . huhu

    ReplyDelete
  32. Tahniah nurfuzie keluar utusan bagus tu

    ReplyDelete
  33. Wahh..tahnia..saya akn follower blog ni..menarik juga tentang vet.tahnia ya..masuk surat khbar tu...salam perknln daripada keladi...saya baru dlm dunia blog...tiada apa yg istimewa blog saya...tq jika sudi datang

    ReplyDelete
Previous Post Next Post