www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2012-05-25

Daging yang dimakan hari hari boleh membunuh manusia ??!


salam semua, kali ini cik en nak update mengenai perihal jabatan cik en..rasanya sebagai kakitangan awam khususnya JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR wajib untuk cik en memberitahu semua mengenai hal ini..Ramai antara kita selalu shopping di TESCO, GIANT, pasaraya besar yang lain dan kedai kedai runcit..dapat sahaja gaji teruslah ajak family untuk shopping. ada yang nak beli makanan, baju, barangan dapur dan sebagainya.. kat sini cik en cuba fokuskan kepada satu bahagian dalam pasaraya. bahagian barangan basah seperti ayam, ikan, daging, telur, dan makanan fast food (sejuk beku)seperti nugget, hotdog dan pelbagai lagi. ada yang peminat syarikat SAUDI, RAMLEE, AYAMAS, DINDINGS dan sebagainya. selalunya kita akan memilih makanan sejuk beku ini dari segi rasa, rupa dan bentuk..kat sini cik en nak bagitahu semasa korang memilih produk sejuk beku itu, korang ada tak perhatikan logo logo yang ada pada bungkusan makanan sejuk beku itu?pernah jumpa logo ini


sebagai umat islam yang memang menitik beratkan halal dan haram, logo ini yang akan diperhatikan dulu..tapi ada tak yang memerhati atau mencari logo ini


cik en yakin ramai yang tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu logo ini. 
dibawah sedikit penerangan mengenai logo ini

Logo "Veterinary Health Mark" merupakan lambang kualiti vang dianugerahkan kepada loji-loji pemprosesan hasilan ternakan di bawah Program Pemeriksaan dan Akreditasi Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian Malaysia. Logo juga menandakan bahawa loji-loji berkenaan telah akur sepenuhnya kepada syarat Keperluan Piawaian Minima "Hygiene and Sanitation", "Quality Assurance and Food Safety" yang ditetapkan oleh JPV dan dipastikan melalui proses pemeriksaan loji dengan penekanan kepada "Food Safety and Quality System" serta "Good Manufacturing Practice Programs".
Loji-loji yang telah diakreditasi dan dianugerahkan Logo VHM dibenarkan mencetak logo di label atau pembungkus produk yang didaftarkan sahaja untuk mendapat dan mewujudkan keyakinan pengguna ke atas keselamatan produk dan dijadikan sebagai kaedah penggalak pemasaran. Banyak faedah lain boleh diperolehi di bawah program akreditasi ini. Di peringkat jabatan, permohonan sijil-sijil veterinar (Veterinary Certificates) oleh pengeluar produk hasilan ternakan untuk eksport dapat segera diproses.
Pengeluaran sijil-sijil veterinar yang segera berlandaskan peruntukan "Animal Rules 1962", membolehkan pemproses akur kepada syarat keperluan mandatori yang dikenakan oleh negara pengimport dan merancang program eksport mereka dengan lebih berkesan lagi.

  • Ciri Penyertaan 
    • Penyertaan dalam program bersifat sukarela dan terbuka kepada semua loji-loji pemprosesan makanan hasilan ternakan. Walaubagaimana pun penyertaan program dimestikan kepada semua lojil-loji pemprosesan makanan hasilan ternakan berorientasikan eksport selaras dengan syarat negara pengimport yang mewajibkan persijilan veterinar oleh Pihak Berkuasa Veterinar di negara pengeluar bagi semua produk.

  • Prosedur Permohonan
    • Loji-loji yang berminat untuk menyertai program ini hendaklah memohon dengan menggunakan borang khas yang di sediakan oleh Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Malaysia.

disini cik en nak terangkan dalam fahaman kita. logo ini penting semasa korang membeli produk sejuk beku ini.. ini kerana daging atau ayam yang di keluarkan bebas dari segala penyakit dan ubat-ubatan..disini cik en terangkan sedikit. setiap lembu, kambing,bebiri dan ayam, akan diberi suntikan antibiotik dan beberapa suntikan yang lain. Dan mengikut prosedur ternakan yang di suntik tidak boleh disembelih dalam masa 21 hari. ini kerana ubat yang disuntik masih di dalam daging ternakan.. walaupun antibiotik baik untuk ternakan tapi kesan terhadap manusia berbeza. inilah puncanya penyakit penyakit yang boleh membawa maut pada manusia.. seperti barah, sakit jantung, jangkitan dan sebagainya.. walaupun kita ambik dalam kuantiti yang sedikit sebenarnya masih berisiko kepada manusia..jika ternakan disembelih dalam masa 21 hari ini, apa yang korang fikirkan?mesti rasa tak selamat tapi macamana kita nak tahu.. takkan nak pergi ke ladang ayam untuk periksa..gila pa?hehehjadi inisiatif jabatan untuk mengeluarkan daging yang halal dan berkualiti maka wujudlah logo ini. kita tengok sekarang ini, muda muda dah sakit jantung dan meninggal muda..sebenarnya faktor inilah...daging yang tidak berkualiti..semasa cik en ada peperiksaan jabatan hari tu, cik en bertanyakan hal logo ini..kenapa tak dipromosikan seperti pamplet, iklan dan sebagainya..dan jawapan beliau " ini tanggungjawab staf jabatan" jadi dengan rasa tanggungjawab cik en sebarkan melalui blog cik en..dan beliau juga ada menyatakan ayam yang dijual di pasar basah pun diragui halal dan kualitinya. kerana terjadi di johor, ada pengusaha sembelih cina membekalkan ayam tidak halal kepada peniaga melayu dan islam.

renung renungkan lah.. makanan yang kita beli itu halal kah?bersihkah?kualitikah?

Allahualam....

sumber

update : boleh lihat syarikat yang telah menerima logo VHM ini di sini

15 comments:

lady scooter said... [Reply]

terima kasih atas info yg berguna...mohon utk copy info ni ke blog saya... ilmu yg baik elok disebarkan..betul tak? ;-)

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

bru tau ni kak.. tp cam takpernh nmpk atau tak perasan.

Sally Yatiey said... [Reply]

Thanks for sharing. Info yang berguna. Baru tahu tentang hal ni :)

IntaNBerliaN said... [Reply]

sy mcm xpnh perasan lak logo tu.. biasa nmpk halal je..

Jaa said... [Reply]

saya pun cuma perasan yg halal jer.. yg dr vet tu x perasan la plak..erm, semlm ada bl daging burger..blk nti nk kena belek la..thanks for the info..

Masz Sidek said... [Reply]

terima kasih berkongsi info ni...

umUMRA said... [Reply]

thanx! :)

Atiqah Wadiah said... [Reply]

x pernah nampak logo kat bwh tu..logo tu utk apa ye?

Cik Aini Lavender's said... [Reply]

br tahu pasal logo ni...
sblm ni x pnah tgk pun.
thanks ye for the info :)

Tihara said... [Reply]

ooo..logo veterinar...mekasih utk entry ni..pasni kena alert :)

ejulz said... [Reply]

x penah nampak pun logo tu..

fatin hanani said... [Reply]

thanks tentang onfo ni cik en :)
fatin pun sblm ni tgk logo halal ja..
thnks la sbb kongsi dgn kami semua..lepas ni kena lebih berhati2 nk membeli makan..

Bulan Syurga Firdausi said... [Reply]

tq ye share...

iryanty ahamad said... [Reply]

Baru tahu. .terima kasih. ..tapi kalau brli ayam atu daging memang tak ada logo ni

QasehnyaRania said... [Reply]

ada. pernah dan selalu belek sebelum beli. entah kenapa, tapi bru rasa yakin ..
pwrkonhsian yg menarik tenkiu cik en

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads