www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2015-11-20

Rawatan Awal Untuk Kucing Yang Kemalangan

Rawatan Awal Untuk Kucing Yang Kemalangan

Rawatan Awal Untuk Kucing Yang Kemalangan | Kemalangan bagi haiwan kesayangan seperti anjing dan kucing biasa berlaku lebih lebih lagi, jika kucing yang berada di kawasan bandar, perumahan atau perindustrian, Kemalangan selalu berlaku kerana faktor luaran seperti kereta yang lalu lalang membawa secara laju walaupun kawasan perumahan, atau faktor dalaman seperti kucing anda duduk dibawah kereta semasa anda ingin keluar dari garaj kereta. Jika kucing atau anjing korang mati, mungkin ianya akan selesai begitu saja tapi jika kucing atau anjing korang masih berjaya, mungkin dengan rawatan awal boleh membantu haiwan berkenaan boleh di selamatkan.

Rawatan Awal Untuk Kucing Yang Kemalangan
  1. Apabila berlaku kemalangan, jika kucing atau anjing masih hidup, bawaklah haiwan berkenaan di tempat yang lebih lapang atau terus letakkan di dalam kotak/bekas yang lebih besar dari haiwan berkenaan.
  2. Kurangkan pergerakan haiwan berkenaan
  3. Perhatikan fizikal haiwan tersebut. Adakah berlaku pendarahan atau perubahan fizikal. Ini penting bagi pihak veterinar mengetahui history haiwan tersebut.
  4. Jika berlaku pendarahan, bersihkan mengunakan kain yang bersih. 
  5. Elakkan memandikan haiwan tersebut walaupun berbau busuk
  6. Jika berlaku pada malam hari, tempatkan haiwan di tempat yang bersuhu bilik. 
  7. Pegang telingan haiwan berkenaan, jika sejuk balutkan haiwan dengan kain untuk memanaskan badannya.
  8. Terus bawa ke klinik yang mempunyai kemudahan x-ray, jika tiada bolehlah di bawa ke klinik veterinar berdekatan untuk di berikan rawatan dan nasihat selanjutnya.
Ini antara rawatan awal untuk kucing yang kemalangan. Tapi jika kucing dalam keadaan nazak ( kaki dan badan kucing mula menarik), di nasihati untuk lebih sabar dan tenang dengan apa juga kemungkinan yang berlaku.

13 comments:

PeRdU cINta said... [Reply]

bab nazak tu PC pernah tengok depan mata..anak kucing mati..sedih..

anak denesor said... [Reply]

penah nmpk kucing kne langgar depan mata..terkejut terus kat situ

Khai♥Rin : anies said... [Reply]

terima kasih krn berkongsi... info berguna ni!

eima said... [Reply]

emncabar jugak kan kerja as a nurse ni kan ...
hati kena kuat juga kan ..klu tgk kucing nk nazak

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

thanks for sharing

Abak Lorong Cinta said... [Reply]

Tips kcing kmalangan ... info yg sngat bmnfaat trutama pminat kcing

Hanan Hadila said... [Reply]

nice sharing !

kak gojes said... [Reply]

eii..KG ngeri bila tengok kucing atau anjing kena langgar...tp bila nampak yg masih bergerak KG kuatkan semangat ambik juga...jantung berdegup kencang toksah cakap...

Kira Sakura said... [Reply]

kalau malam ada veterinar yang bukak ke?

Kucing Comel said... [Reply]

Terima kasih ya sis Nurfuzie sebab berkongsi informasi bagus ni. Moga diberkati-NYA.

iryanty ahamad said... [Reply]

Cantik header...kebanyakkan kucing kemalangan tak dapat diselamatkan..cian

ros 'za said... [Reply]

salam ..kak nk tnye jgk..kucing saya kne langgr dgn kereta..dia xboleh gerak n slalu ddk..sjk hritu dia hilg selera mkn..sya hnye bg air susu dn air biasa tiap2 hri...pd hritu dh terbuka sikit dia nak makan..dh selang beberapa hri..dia sukar nak buang air besar..najisnye bercampur darah...perutnye kembung akibat dh beberapa hri xbuang air besar dan kecil..mcm mne nk cegahnye..sya ad cri jgk blog2 lain ..adakah mse kne langgar tu usus atau perutnye sdh luka..atau mcm mne..

mama nasya said... [Reply]

Salam nk tnya..td sy jumpe.kcg tpi jln.rasanya kn langgr tp mulut ke darah skit..bwk balik bg susu n air glukos..so far dia minm..mlm ni try bg wet food dia mkn..tp cm x mmpu nk berdiri..rs mcm luka dalaman..ada tak cara lain nk bhi doassihat selain bawak g vet sbb esk ahad tutup..tlg pm sy...plz...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads