www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2015-11-18

Kes Klinik : Kucing Berulat

kucing berulat

Kes Klinik : Kucing Berulat | Gambar di dalam ini adalah kepunyaan cik en yang diambil semasa rawatan di klinik veterinar. Kes kali ini adalah kes kucing berulat. Jika korang mempunyai kucing yang jenis lepas bebas akan selalu mengalami masalah luka dan berulat. Faktornya mungkin bergaduh dengan kucing lain, dilanggar, di pukul dan sebagaiya. Untuk rawatan luka pernah cik en keluarkan di entri Rawatan Tradisional Bagi Ternakan / haiwan kesayangan (luka). Kali ini cik en keluarkan cara secara bergambar.

kucing berulat di kaki

Kucing jantan ini dikatakan, ekornya telah dilanggar. Bermula dengan luka yang kecil, menjadi besar dan bernanah. Apabila bernanah, ianya mengeluarkan bau yang busuk dan menarik minat lalat. Selalunya lalat akan membawa sama telur ulat dan akan membiak dengan jayanya. Ulat yang membiak didalam daging menjadikan sumber daging segar sebagai makanan. Dalam masa 1 hari sahaja, ulat akan menjadi gemuk dan banyak. Apabila daging segar yang dimakan oleh ulat menjadikan daging tersebut mati, Bagaimana nak tahu kulit itu sihat atau mati, hanya dengan melihat warna kulit tersebut, Warna hitam adalah daging yang mati, jika dipotong tiada lagi saluran darah. 

ulat di ekor kucing

Ulat telah memakan daging ekor dan jika tidak dikeluarkan boleh merebak ke bahagian punggung kucing. 

rawatan kucing berulat

Nampak kan betapa besar saiz ulat. Ini dalam jangka masa 1-2 hari sahaja.


Keputusan diambil dengan memotong tulang ekor yang mati mengikut ruas ruas tulang. Tapi, jika tulang yang terlalu rapat dengan punggung tidak boleh dipotong takut akan mengakibatkan lumpuh.

cara rawat kucing berulat

Dressing dan Suturing di jalankan dan menjadi tugas pemilik kucing ini menjaga luka dengan baik. Pemberian antibiotik harus berterusan sehingga seminggu. 

17 comments:

Nor Afidah Bte Che Azmi said... [Reply]

Kucing mama Fida Pernah gak ada ulat..Masa tu tempurung kepala dia berulat.Busuk sgt.Ingat nak mati jer..tapi mama Fida beli satu ubat sembur warna biru colour dia...semakin hari semakin baik dah...Sekarang ni hidup dia elok je...Buas bukan main

eima said... [Reply]

oh god.... loya aku tgk tang ulat tu ... huhuhu

napa la tuan die tak bawa dr awal ni ...menakutkan la .. huhu hebat la cik En ni dpt tgni isu ni

PeRdU cINta said... [Reply]

Allahu..kesiannya kucing ni cik en...harap lepas ni lukanya pulih la..

Nurul Shahira said... [Reply]

Besar betul ulat-ulat tu. Kesian kat kucing. Mintak-mintak owner dia jaga betul-betul sampai sihat lepas ni :)

Hanan Hadila said... [Reply]

ya Allah sampai tahap tu sekali. kesiannya. kalau kucing sakit kita tak boleh nak pandang sebelah mata takot kesan dia sgt buruk. pity the cat :'(

Amir said... [Reply]

semoga kucing tersebut cepat sihat dan dapat bermain seperti kucing2 lain. kesian tengok

Radhia Razali said... [Reply]

Kesiannya kucing ni,ekornya dimakan ulat. Tak boleh imagine kesakitan yang dirasai oleh kucing. Syukur Alhamdulillah, sis sempat merawat kucing ni sebelum menjadi lebih teruk.

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

kesiannya tgk dia..

adianiez AIDA said... [Reply]

aduhai...
seriau aida tgk nyer...

Siti Nurzafirah said... [Reply]

kesiannya dekat dia..

pendek dah ekor dia..

anak denesor said... [Reply]

akakkk geli...hahah igt g dlu cita2 nk jd dokter hewan..tp apakah daya x ambik aliran sains

keyfa said... [Reply]

Hi sis... nk tnya ckt... ari tu ajo (kucing sya) gaduh gn kucing len... then bila pulang uma jk bdan penuh luka... tmsuk ekor dya skli koyak... ekor dya memang kontot.. pas sehari ada ulat... trus bwa p klnik hewan... doc just jarum n sembur ubt yg warna biru tu.. xtaw plk nm dya... dya ckp kc mati ulat... dya bg vitamin n ubt sapu.. mcam acid pn ada..d uma sya tgk g ekor dya tu dlm 3/4 ulat yg kuar n mati tp still ada g yg hidup dlm tu... nk korek ksian.. after 4day doc suh bwa g klnik g... dya ckp ok da... ada kmungkinan ka msih ada ulat yg hidup g dlm ekor ajo?? Coz ajo sya tgk msih tidak selesa... n mrh kalau org tsentuh ekor dya... so sya tgk la ekor dya.. ok jk.. tp d tepi pantat tu mcm ada ulat.. n yg betul2 d pantat tu ada cecair kelabu2 mcm tu la.. stress..

Eintan Nurfuzie said... [Reply]

@keyfa
bila dah teruk, kena bawk ke vet tuk dapatkan rawatan lanjut..m

HASANOL SAID said... [Reply]

asslmkm. kucing saya macam kucing nuffuzie. mana nak beli ubat sembur colour biru ? apa namanya? terima kasih

Anonymous said... [Reply]

Assalamualaikum, sis saya nak tnya , kucing saya bergaduh Dan kulit kaki dia terhakis sehingga nampak tulang , apa saya perli lakukan ?

Anonymous said... [Reply]

Kucing saya pun kena sporo dan kaki dia berulat, saya beli ubat spray warna biru namanya MAGTOX - Veterinary Herbal spray for maggot wounds.

Anonymous said... [Reply]

Kucing sy bgaduh luka bsar kt kaki, gi hantar vet doc cuci & bg ubat. Esoknya bila check luka ade ulat da. Sy letak minyak kayu putih bru la ulat2 tu mula kluar. Tp x smua. Mmg kalo kt vet nk cuci buang ulat tu kne kutip dgn tweezer 1 per 1 ke?

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads