www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2013-05-29

Kepentingan Evening Primrose Oil (EPO)


 Kepentingan Evening Primrose Oil (EPO) 
salam semua
apa khabar?
sihat? ya cik en pun sihat.. masa yang terluang cik en update blog ini..
kalau dah bisa berhari hari tak log in
entry kali ini untuk info kesihatan 
kesihatan kali ini untuk wanita sahaja.. cik abg yang membaca boleh la diteruskan untuk ilmu, info dan pengetahuan untuk ibu, isteri atau anak perempuan abg2 ye

Kepentingan Evening Primrose Oil (EPO)





Evening Primrose Oil atau dipendekkan EPO ini mula cik en kenal bila cik en pergi ke watson dan tengok list suplement yang ada di situ. cik en sebenarnya teringin gak menambah suplement untuk badan cik en ni yang dah mencecah 26 tahun.
dah mula start amalkan pemakanan yang sihat dan makanan tambahan untuk hari tua.
oleh kerana masa itu tiada pembantu farmasi untuk cik en tanya cik en just ambik nama EPO dan search di internet untuk tahu kebaikannya.
walaupun di botol botol suplement ini ada diterangkan. tapi penerangan yang ringkas sahaja.
"baik untuk wanita"
hasil carian cik en, ya.. banyak kelebihan EPO ini
pengambilan pada umur 25 hingga ke atas amat baik untuk wanita
antara nya 
  1. Membantu mengawal atur kitaran haid. 
  2. Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut. 
  3. Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj. 
  4. Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit. 
  5. Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal. 
  6. Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah. 

ini adalah ringkasan kalau sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kandungan EPO ini boleh rujuk disini
dan ada yang bertanyakan adakah EPO yang menggunakan softgel oil halal dan boleh dimakan
hampir setengah softgel menggunakan gelatin babi
dan setengah lagi kulit lembu dan tulang
jadi sebelum memberli tengok duluisi kandungannya
kalau ada yang menggunakan nama porcine. ia adalah babi.. kalau bovine adalah lembu.. porcine dan bovine adalah nama saintik dalam veterinar
10 produk yang dah sah sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM adalah seperti berikut

1. EVENING PRIMROSE OIL SOFTGEL
JENAMA: HALAGEL
PENGILANG -HALAGEL PLANT (M) SDN BHD

2.EVENING PRIMROSE OIL SOFTGEL
JENAMA: DR. AISHAH SOLUTION
PENGILANG -AFDHAL SDN BHD

3. EVENING PRIMROSE OIL SOFTGEL
JENAMA: HPA
PENGILANG -HPA INDUSTRIES SDN. BHD.

4. GYNITA NATURECARE EVENING PRIMROSE OIL 500MG
JENAMA: GYNITA
PENGILANG -LONNIX (M) SDN BHD

5. GYNITA NATURECARE ORGANIC EVENING PRIMROSE OIL 1000MG
JENAMA: GYNITA
PENGILANG -LONNIX (M) SDN BHD

6. HOVID EVENING PRIMROSE OIL + VITAMIN E SOFT GELATIN CAPSULE
JENAMA: HOVID
PENGILANG -HOVID BERHAD

7. HOVID EVENING PRIMROSE OIL 1000MG SOFTGEL
JENAMA: HOVID
PENGILANG -HOVID BERHAD

8. HOVID EVENING PRIMROSE OIL 500MG SOFT GELATIN CAPSULE
JENAMA: HOVID
PENGILANG -HOVID BERHAD

9. NATURALLE EVENING PRIMROSE OIL PLUS OMEGA 3 FISH OIL SOFTGEL CAPSULE
JENAMA: NATURALLE
PENGILANG -CCM PHARMACEUTICALS SDN BHD

10. NATURALLE EVENING PRIMROSE OIL SOFTGEL CAPSULE
JENAMA: NATURALLE
PENGILANG -CCM PHARMACEUTICALS SDN BHD

so harap ini boleh dijadikan info untuk semua pembaca blog cik en
p/s : baru lepas beli NATURALLE Evening Primrose Oil 1000mg untuk adik di WATSON AEON Sri Manjung Perak berharga 5
RM50++ untuk 2 kotak. Dia ada masalah kedatangan haid tidak menentu. Harap ia dapat menyelesaikan masalahya. 
amin...


10 comments:

Zaidalifah Hussin said... [Reply]

TQ INFO EPO YG MENARIK NI

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

yui ada gak mkn epo ni..tp kdg2,,huhuhu

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

great entry

Dylla Abas said... [Reply]

harga not bad..benefit pun banayk..kena cuba juga la..kdg2 time "bulan" dtg menjengah tu senggugut jgk..plus sakit kepala..mmg xleh tahan :p

9n0L4 said... [Reply]

tak pernah dgr pun pasal produk ni, minyak kelapa dara pernah la dgr. :)

Tadikaalazhar lindam.z said... [Reply]

Sis, sya baru mkn epo 4 hari yg lalu. Muka sya d penuhi dgn jerawat besar & ruam2 d muka:
1. Apakah tindakan yg perlu sya ambil teruskan pengambilan @ stop shj?
2. Adakah ini alahan/ kesan awal pemakanan epo?
Minta tolang sis jelaskan. T.kasih

Mila Anggong said... [Reply]

tq for the info ye....mmg tengah cri supplenet ni....tp tkut nk try...ada msa sila lawat blog sya k...hehhehee...tq dear...

linda said... [Reply]

Mmg epo nie ade kebaikan...tp sya amalkan mkn 5 hari 2 hari rest...klau sya mkn EPO nie...sya gigit kapsul dia..nk amik minyak je...hehehhheh tak tahu knp...tp tu yg slalu sya amalkan

linda said... [Reply]

Mmg epo nie ade kebaikan...tp sya amalkan mkn 5 hari 2 hari rest...klau sya mkn EPO nie...sya gigit kapsul dia..nk amik minyak je...hehehhheh tak tahu knp...tp tu yg slalu sya amalkan

Yumida Huda said... [Reply]

dulu yumida pun ambik epo utk dptkan kitaran haid tetap. pernah beli gla complex yg shaklee tu. then bertukar ke epo..x ingat pulak jenama..beli kat farmasi

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads