Cantik Terhormat VS Cantik Tontonan

salam semua pembaca cik en
apa khabar? sihat?
entry kali ini cik en ambil dari majalah Anis bil 190
cik en suka membaca dan bila cik en membaca artikel itu membawa manfaat kepada semua cik  en cuma terjemahkan sinopsis versi cik en dalam blog cik en ini.
sesiapa yang tiada masa nak membeli buku, boleh la selalu melawat blog cik en ni ye..
Artikel yang cik en rasa menarik untuk dikongsi adalah dari kolum imej muslimah

Cantik? satu benda yang semua orang suka.
Bunga cantik, pemandangan cantik, lautan cantik dan juga WANITA cantik.
apa maksud WANITA cantik kepada korang?
bagi cik en cantik bukan hanya pada zahir atau lahiriah tapi termasuk cantik batin atau dinamakan dalaman
bak kata orang kalau dalaman kita cantik, tidak sakit hati, iri hati, dengki otomatik zahir kita pun cantik kan?
tapi cik en bukan nak tekankan kes dalaman atau luaran tapi kepada 
PAKAIAN
maaf dihulurkan dahulu kalau apa yang cik en ber pendapat di dalam entry menguris hati sesiapa.
Kalau kita tengok sekarang pelbagai fesyen dan baju yang diciptakan khas untuk kaum muslimin yang berhijab/bertudung.
Cik en ambik satu contoh fesyen Peplum


adakah ia sesuai untuk golongan yang bertudung ini?
berbalik kepada etika berpakaian dalam islam.
dan korang boleh jawab persoalan itu sendiri
tak perlu cik en kata boleh atau tidak sebab dalam islam dah dijelaskan 
dan perkara yang di larangkan dalam islam membawa banyak kebaikan.
setelah bersuami harus kita nampak cantik depan suami.. hanya di depan suami bukan untuk tonton umum

Walau bagaimanapun wanita perlu faham dan memilih antara cantik terhormat atau cantik  tontonan
kedua-duanya menjadikan wanita lebih yakin dan 'cantik' sewaktu berdepan dengan orang ramai. Namun persepsi pandangan umum terhadap kita yang lebih penting. adakah memberi kesan buruk atau kesan baik

TEMA CANTIK TONTONAN
(KEBURUKAN)


  • Pakaian yang tidak menutup aurat, bersolek dengan gaya glamor
  • Mempromosilan maruah diri
  • Kecantikan diri sengaja dipertontonkan
  • Menyerlah kecantikan untuk dipuji dan disanjung
  • Untuk memanipulasikan bagi tujuan tertentu seperti melariskan produk
  • Sibuk melawa akibatnya diri dipandang remeh dan kurang daya berfikir
  • Jika bersuami, membebankan suami dengan dosa
  • Jika belum bersuami, ibu bapa dilihat tidak pandai mendidik anak
  • Pencarian jodoh selalu keliru dan sering putus cinta kerana lelaki hanya memandang pada kecantikan luaran semata mata
  • Kalau mempunyai anak, akan memberi role model yang tidak menepati syariat
TEMA CANTIK TERHORMAT
(KEBAIKAN)

  • Pakaian menepati syariah, solek dengan cara yang dibenarkan
  • Cantik yang melindungi maruah diri
  • Kecantikan ditutup daripada pandangan umum 
  • Kecantikan yang mendapat keredhaan Allah dan membahagiakan suami
  • Pakaian yang sopan dan berakhlak menaikkan maruah agama
  • Tampil profesional di tempat kerja
  • Mendukung maruah suami jika sudah berkahwin
  • Jika belum menaikan maruah ibu bapa
  • Jodoh lebih mudah keran didampingi lelaki yang soleh
  • Anak anak akan menjadikan kita sebagai idola yang baik dunia dan akhirat
Perbandingan ini harap dijadikan muhasabah untuk wanita agar tidak salah berhias hingga mendapat kemurkaan Allah. 
Pakailah fesyen apa pun asalkan korang bijak memilih TEMA CANTIK di atas tu. 
dan pastikan mengikut lindungan syariat yang ditetapkan dalam agama.

p/s : semenjak menemui Hidayah Allah, alhamdullah cik en semakin menitik beratkan cara berpakaian. dan "abg" cik en yang sekarang pun menitik beratkan semua itu. dia ada berpesan " biar tak cantik di hadapan orang tapi cantik disisi Allah" <3 class="more" hr="">

Photobucket
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

8 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alhamdulillah. Saya sangat bersetuju dengan article ini. Satu perkongsian yang menarik. Dunia akhir zaman ini dipenuhi dengan kaum Hawa yang hendakkan lebih perhatian dan penghargaan daripada manusia daripada keredhaan Allah. Lebih bangga apabila dipuji cantik dengan cara berpakaian yang tidak menutup aurat, menampakkan leher dan sebagainya. Mudah mudahan saudari sentiasa mendapat hidayah Allah dan istiqamah dengan perubahan ini. Juga doakan untuk seluruh umat Islam di dunia agar kita semua bertaubat sebelum bertemu denganNya. :)

    ReplyDelete
  2. Mohon share tentang pemakaian tudung yang betul mengikut garis panduan Islam

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..nice sharing cik en
    moga kita tergolong yg memakai cantik terhormat

    ReplyDelete
  4. done follow cik en! anyway,thanks untuk perkongsian ni,nak share kat fb,leh tak?

    ReplyDelete
  5. pendek kate, berpakaian berpada pada kan. yg penting tutup aurat. :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post