Gambar Eksklusif : Ketibaan Anak Ketiga Fazley Yaakob!



Dengan segala sukacita, ingin diumumkan kelahiran anak ke-3 pasangan Fazley Yaakob dan isterinya Azrene Soraya pada 9hb September 2011 (bersamaan 11 Syawal 1432).
Bayi lelaki berlesung-pipit di pipi seberat 3.3kg ini, diberi nama timangan ‘Piyush’ dilahirkan secara caesarian hari ini di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Isterinya melalui pembedahan Caesarian kerana kelahiran dua orang anak sebelum ini juga menggunakan prosedur yang sama. Nama penuh ‘Piyush’ akan diumumkan setelah didaftar kelahirannya.

Kelahiran bayi ini lebih istimewa kerana ia merupakan anak ke-tiga bagi Fazley yang mencecah usia 33, tahun ini. ‘Piyush’ merupakan cucu ke-empat kepada Dato Yaakob dan Datin Ummi. Mereka sekeluarga juga bakal menimang cucu ke-5 dalam beberapa jam lagi. Isteri kepada adik ke-3 Fazley, iaitu Faizal, dijangka akan melahirkan anak pertama mereka hari ini juga.
Adik ke-2 Fazley, Faradilla, juga sarat mengandung buat kali kedua. Ia bakal menjadi cucu ke-enam untuk kedua-dua orang tua Fazley. Fazley turut mempunyai seorang adik bongsu, Nadia, yang kini masih berada di bangku sekolah.
Ini merupakan Syawal kedua buat Fazley & isteri selepas anak sulungnya, Ahmad Fariedz (Payish) yang berusia 2 tahun 11 bulan turut dilahirkan dalam bulan yang sama. Manakala, anak kedua Fazley, Ahmad Fieradz (Piyash) kini berusia 1 tahun 5 bulan.
Seluruh keluarga Fazley teruja menanti kedatangan dua orang ahli keluarga baru di bulan Syawal secara serentak sejak malam tadi.


Photobucket
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post