
Cinta Shahz Jaszle Terhadap Miera Liyana Berbalas!
gosip artis
2011-09-09
Pelakon drama Tahajjud Cinta, Shahz Jaszle mengakui pernah mencintai Miera Liyana ketika di zaman Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail satu ketika dahulu. Namun, Shahz Jaszle yang ketika itu berada di tingkatan 5 terpaksa memendamkan perasaannya terhadap Miera Liyana (tingkatan 2) kerana kawan baiknya turut meminati gadis berkulit cerah itu.
Menurut Shahz Jaszle, perawatakan Miera Liyana yang tidak hipokrit serta matang apabila berkata-kata membuatkan dirinya jatuh cinta dengan gadis berumur 18 tahun itu. Walaupun Miera Liyana kerap dilanda pelbagai kontroversi, Shahz Jaszle mengkategorikan gadis itu sebagai baik & mudah diajak berbincang bersama.
Kedua-dua pelakon ini menjalinkan hubungan semula sebagai kawan biasa sejurus selepas menceburi bidang lakonan. Keakraban mereka dikatakan bermula selepas Shahz Jaszle memutuskan hubungannya bersama bekas kekasih, Maria Farida, lapan bulan kemudian.
Sudah ditakdirkan, mereka berdua digandingkan sebagai kekasih dalam filem terbaru arahan Mamat Khalid berjudul, Rentaz. Tidak kekok melakonkan watak sebagai kekasih, malah Mamat Khalid sendiri pernah memuji lakonan Shahz Jaszle & Miera Liyana nampak ‘hidup’. Nampaknya, kedua-dua pelakon ini tidak melepaskan peluang meluahkan perasaan cinta di lokasi.
Adakah mereka berdua akan memulakan cinta lokasi kelak? – Kredit berita : Gua Malaysia.
at
Friday, September 09, 2011

loading..
3 comments
Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.
The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bercinta jela..
ReplyDeletesesuai sgt kot..
sokong2.. ehe
ReplyDeletekan best kalau mereka bersama
ReplyDeletehehehe