www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2011-05-30

kelas kedua - penggunaan foundation


* Tempat2 utama utk disapukan foundation pada wajah dan tempat2 yg harus ditekankan



Foundation
Bila dah kenal pasti kulit, cari produk yang bersesuaian.. kalau oily carilah yang 'oil-free', 'oil-control', atau 'matte', kalau kering cari pula yang 'oil-based', 'moisture rich' atau 'dehydrating'. Untuk kulit kombinasi carilah yang berasas kan powder atau cream. Dan yang sensitif, pilihla yang ada tekstur mineral didalamnya.
Pemakaian bedak adalah sangat penting . Dapat menyembunyikan segala kekurangan wajah. Pilih warna bedak asas yang paling sesuai dengan kulit. Warna yang menghampiri warna kulit wajah seharusnya tampak lenyap pada kulit apabila disapukan. Jika hendak membeli bedak asas tidak kiralah jenis cecair, krim atau stik, sapukan sedikit di kulit muka, jangan cuba pada kulit tangan. Jika kulit muka bermasalah seperti bekas jerawat yang hitam dan mempunyai lingkaran gelap bawah mata, pemakaian concealer (penyamar noda) adalah wajib. Sapukan concealer terlebih dahulu sebelum menyapu bedak asas. Sewaktu menyapu concealer, gunakan hujung jari dan ratakan dengan lembut. Jangan sesekali menggosok concealer pada kulit –

”Always tap, never rub”

Apabila mengaplikasi foundation, pastikan anda menyapu seluruh wajah anda dengan foundation secara merata dan tidak bercapuk-capuk. Gunakan span basah yang sesuai apabila menyapu foundation
cik en guna produk dari giffarine atau harian cik en pakai mybelline

Pemilihan Warna Foundation
Ramai yang keliru kalau nak memilih warna, ada yang terkena muka jadi kelabu! dan ada pula yang putih sangat.. 
1. Kenalpasti undertone skin. Kalau nak tau, try tgk lengan kita warna apa, selalunya kulit melayu , yellow base, dan kulit india atau pun china, biasanya pink base.. tapi ada juga yang sebaliknya. 
2. Perhatikan sekeliling terang atau tidak... pencahayaan amat penting,
3. Pilih warna yang seakan-akan dengan kulit. Kalau tak jumpa, pilih warna yang 1 tona lebih gelap dari kulit, kemudian seimbangkan dengan powder yang 1 tona lebih cerah...
4. Ada juga yang kulit berminyak mempunyai masalah foundation lebih gelap bila kulit dah 'pecah minyak', sekiranya ini berlaku, guna foundation yang 1 tona lebih cerah dari kulit.
Tips: 
* Gunakan rahang muka sebagai penentu warna, bukan tangan ya! Ratakan dan tgk, kalau sama, itulah yang paling sesuai!

p/s:info ini adalah dri akak amy.untuk keterangan lanjut sila check blog akak amy ni..untuk pengetahuan akak amy ni merupakan juru makeup untuk pengantin, bertunang,majlis makan malam..kak ni gak de uat pelamin bertunang sekitar kuala kangsar..so klu spe2 berminat sila fb dan blog dan pages dan pages makeup ni 

5 comments:

nuyui a.k.a miss NUSHA said... [Reply]

info yg menarik coz sy mmg xder foundation bagai ni..heheh..

eintan nurfuzie said... [Reply]

nk try beli ke?try yg giffirine 2...

nawal addina said... [Reply]

sy tak pakai pon fondation . tak pndai pkai :)

tp nak try jgk . hee ~

anismelon said... [Reply]

wah wah..leh jadi makandam nie..weee..nie yg akk tunjuk kat kak farah ritoh erk??

eintan nurfuzie said... [Reply]

ye..dik non..heheheh...mak nk ajo mekap ni..huhuhu..

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads