Apa itu Kad Pengenalan Haiwan (Pet Passport)

Apa itu Kad Pengenalan Haiwan (Pet Passport) | Beberapa minggu lepas cik en berkesempatan untuk kursus Pet Passport di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di Putrajaya. Dari hilang segala nota cik en nak kongsikan dengan korang dan juga sebagai simpanan atas talian cik en. Mungkin ada info info yang menarik untuk korang dan akan buat Pet passport untuk haiwan kesayangan korang.


 

Apa itu Kad Pengenalan Haiwan (Pet Passport)

Kad Pengenalan Haiwan adalah Dokumen pengenalan haiwan bagi haiwan kesayangan seperti anjing, kucing, arnab dan lain-lain haiwan kecil termasuk haiwan rekreasi seperti kuda. Merupakan dokumen rasmi Kerajaan Malaysia dan juga dikenali sebagai Pet Passport.

Latar belakang Kad Pengenalan Haiwan

Kad pengenalan haiwan mula diperkenalkan pada 2010 dan memperkenalkan Sistem Animal Passport sebagai pet registration database. Dilancarkan secara rasmi pada 2012 oleh Ketua Pengawah DVS dan sebahagian daripada Malaysia Animal Traceability System (MATS) dibawah seliaan DVS.

Tujuan Kad Pengenalan Haiwan

  • Rekod pengenalan haiwan kesayangan dan haiwan rekreasi 
  • Memupuk sifat bertanggungjawab pemilik haiwan
  • Menjamin & memelihara kesihatan, kebajikan, kesejahteraan haiwan
  • Memperkukuh sistem dayajejak haiwan

Apa itu dayajejak (traceability)?

Keupayaan menjejaki pemindahan haiwan, hasil dan produk haiwan dalam rantaian pengeluarannya (APTVM Pengenalan dan Dayajejak Haiwan, Hasil, Produk serta Premisnya, 2010) dan Animal traceability is the ability to follow an animal or group of animals during all stages of its life (WOAH, 2016)

Bagaimana untuk mencapai dayajejak?

3 komponen utama 
  • Pendaftaran Haiwan (Tanda pengenalan haiwan)
  • Pendaftaran Premis (ID Premis)
  • Pengesanan Pemindahan Haiwan (Dokumen pemindahan)

Tanda Pengenalan Kucing dan Anjing

  • Mikrocip sebagai tanda pengenalan
  • Dipasang di bawah kulit pada tengkuk (between shoulder blade, back of the neck). 
  • Umur pemasangan 3 bulan ke atas 
  • No. mikrocip direkodkan dalam kad pengenalan haiwan dan Sistem Animal Passport oleh pengawai DVS

Faedah Penggunaan Kad Pengenalan Haiwan

  • Bukti pemilikan haiwan. Haiwan yang berdaftar akan ditanda dengan mikrocip sebagai tanda pengenalan
  • Mudah merujuk maklumat haiwan dalam satu dokumen
    • Merekod maklumat biodata haiwan dan pemilik haiwan
    • Merekod program kesihatan haiwan (vaccination, deticking & deworming record)
  • Salah satu dokumen perjalanan ke luar negara  

Di mana kad pengenalan haiwan boleh diperolehi?

  • Di klinik haiwan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri 
  • Di klinik haiwan swasta yang ditauliahkan (senaraipada website DVS)

Siapa yang boleh mengeluarkan kad pengenalan haiwan?

  • Doktor Veterinar dan Para-vet di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
  • Doktor Veterinar swasta yang ditauliahkan sebagai Pendaftar Kad Pengenalan Haiwan (Pet Registrar)

Tujuan Pendaftar Kad Pengenalan Haiwan Swasta (Pet Registrar) 

  1. Jaringan capaian kepada orang awam dapat diperluaskan 
  2. Membantu DVS dalam mendaftarkan haiwan kesayangan di Malaysia 
  3. Data pemilikan haiwan dalam negara lebih tepat 
  4. Melahirkan masyarakat ambil berat tentang kebajikan haiwan 
  5. Mewujudkan kerjasama antara kerajaan – swasta (Public – private partnership) 
  6. Memastikan haiwan berpemilik dan mempunyai tanda pengenalan yang sah

Harga Kad Pengenalan Haiwan 

  • Anjing/Kucing/Arnab/Lain-lain Haiwan Kecil - RM7.00
  • Kuda - RM9.00 

Harga adalah tidak termasuk harga mikrocip, pemeriksaan fizikal, gambar dan lain-lain perkhidmatan

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post