Cara Uruskan Harta Pusaka Abah

Cara Uruskan Harta Pusaka Abah  | Masuk tahun kedua abah pergi meninggalkan kami. Tahun yang sangat mendukacitakan sebabnya banyak kematian dalam keluarga cik en. Sampaikan cik en jadi fobia dengan mana mana berita kematian. Kisah suka duka tahun tersebut cik en ada cerita di Suka Duka 2021. Masuk tahun 2022 cik en masih belum kuat untuk bangun dan berjalan tapi Alhamdulillah masuk 2023 ini, cik en dah semakin kuat. Kuat untuk diri sendiri, keluarga dan orang yang terdekat. Semakin banyak urusan arwah abah cik en selesaikan semakin tenang dan semangat untuk cik en. Jadi cik en nak kongsi sedikit pengalaman cik en menguruskan harta pusaka arwah abah yang tidak banyak mana kepada orang yang sepatutnya menerima. 



Cara Uruskan Harta Pusaka Abah 

Sebelum masuk ke urusan harta pusaka arwah abah, cik en dah selesaikan beberapa hal seperti hutang arwah dan sedihnya nak beritahu ada yang mengambil kesempatan dan cik en dah habiskan puluhan ribu. Allahualam ianya benar atau tidak tapi arwah pernah berkata dia tiada hutang kecuali hutang bankrap c dia sebelum ini. Tapi cik en langsaikan hutang yang dituntut tapi ada beberapa bukti mengatakan ianya dah selesai atau pendek kata, kita buat kerja, kita dapat upah tapi ada yang claim itu hutang walaupun kerja dah siap. Tapi tak apa la, cik en bersangka baik dan memang arwah berhutang anggap ia selesai, jika bukan hutang bukan rezeki cik en semua itu tapi rezeki orang tersebut. 

Selesai hutang dalam 90 hari selepas arwah abah pergi, cik en selesaikan pula fidyah walaupun sepenuhnya. Ambil masa juga sebab cik en perlu uruskan urusan melibatkan harta pusaka arwah dan dalam masa yang sama cik en menanggung mak sepanjang eddah, perbetulkan kenderaan, rumah, insurans kereta, dan pelbagai hal yang lain. 

Pada 2 Ogos 2023, selesai urusan Harta Pusaka Arwah yang tak banyak mana tapi prosesnya sangat panjang. Disebabkan anak abah dua dua perempuan jadi urusan faraid sangat sukar. Sebabnya melibatkan ramai pihak untuk urusan. Cik en akan terangkan walaupun mungkin agak sukar untuk korang faham 



Cik en buat satu gambar rajah untuk bagi korang faham salasilah keluarga abah. Abah tiada wasiat bertulis jadi semuanya di faraidkan. Jadi rumit kerana kami dua dua anak perempuan dan berlaku kematian selepas pemergian abah. 

  • Dari gambar diatas, mak we adalah kakak abah dan meninggal lebih awal. Jadi tiada sangkut paut dengan faraid abah
  • Abah meninggal kemudian dan masa ini faraid dibahagi kepada tok, pakngah dan pak teh 
  • 2 bulan selepas itu, pakngah meninggal dan bahagianya di turunkan kepada 12 orang anaknya dan 1 isterinya
  • Tahun selepas itu, tok meninggal, jadi bahagian tok diturunkan kepada makcik, paksu dan pak cik yang merupakan adik beradik tiri abah. 

Jadi semasa pembahgian di bilik bicara harta pusaka nanti perlu ada 20 orang dan ianya sangat sukar untuk mereka datang kerana keluarga pak ngah di Pahang, Pak teh di Baling, Mak cik di karangan kedah, pak su di Penang dan pak cik di Alor setar. 

Jadi adik cik en ambil Borang DDA dan perlu isi untuk semua. Boleh print di Borang DDA





Jadi ambil masa lebih 6 bulan juga untuk completekan sebab kami mula uruskan selepas tok meninggal. Bukan sahaja isi tapi perlu cop suruhanjaya sumpah yang bernilai RM10 setiap borang. 

Selesai semuanya, adik cik en update melalui online dan kami menunggu untuk masuk bicara. Hujung bulan 7, adik dapat email dan 2 Ogos 2023 adalah tarikh yang ditetapkan

Alhamdulillah, semua permudahkan termasuk semua saudara mara yang terlibat dengan pembahagian harta ini. Mereka dan termasuk cik en dan mak setuju menyerahkan tanah dan kenderaan milik arwah abah kepada adik cik en. Anak kesayangan arwah abah. 

Walaupun tak banyak mana harta yang ditinggalkan tapi ianya bersangkut dengan arwah di sana. Selesai semuanya ini cik en berharap arwah abah lebih damai dan tenang di sana. Insyallah selepas ini Fidyah dan Haji pula untuk abah. 

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post