Apa Fungsi Jabatan Veterinar? Hanya Untuk Rawatan dan Kebajikan Kucing Sahaja Ke?

Apa Fungsi Jabatan Veterinar? Hanya Untuk Rawatan dan Kebajikan Kucing Sahaja Ke? | Panjang pula tajuk cik en kali ini. Sebagai pengawai di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, cik en terpanggil untuk menjawab pertanyaan mengenai fungsi Jabatan Veterinar dalam merawat dan memberi konsultan pada small animal atau lebih mudah pada kucing dan anjing serta haiwan kesayangan yang lain. Cik en ingin perbetulkan atau memberi info supaya korang diluar sana dapat memahami skop kerja di Jabatan Veterinar ini. 



Apa Fungsi Jabatan Veterinar? Hanya Untuk Rawatan dan Kebajikan Kucing Sahaja Ke?

Sebelum cik en pergi jauh cik en nak berkongsi dengan korang Fungsi Fungsi Jabatan Perkhidmatan Veterinar

AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969 PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (NO 2) 2004 seperti WARTA KERAJAAN Jilid 48, no. 13 bertarikh 24 Jun 2004 menyenaraikan tanggungjawab JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

  • Mengawal, mencegah, dan menghapuskan penyakit haiwan dan zoonotik.
  • Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan.
  • Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan.
  • Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil haiwan dan perkhidmatan kuarantin.
  • Latihan bagi industri ternakan dan haiwan peliharaan.
  • Pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan haiwan serta kesihatan awam veterinar.
  • Penyelidikan penyakit haiwan, dan sumber  genetik haiwan.
  • Mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetik haiwan.


Visi JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

Pihak berkuasa veterinar yang kompeten berkhidmat untuk industri haiwan demi kesejahteraan manusia
 
Misi JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

Menyediakan perkhidmatan veterinar yang berkualiti bagi menjamin kepentingan kesihatan awam dan industri haiwan yang mapan demi kesejahteraan manusia
 
Objektif JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

  • Memperkasa dan mengekalkan status kesihatan haiwan yang diyakini lagi kondusif untuk industri haiwan
  • Mempastikan kesihatan awam melalui kawalan penyakit zoonotik dan penghasilan makanan berasaskan haiwan yang bersih dan selamat
  • Menggalakkan pengeluaran ternakan mapan dan industri tambah nilai
  • Meneroka, membangun dan menggalakkan penggunaan teknologi dan sumber secara optimum dalam industri berasaskan haiwan
  • Menganjurkan amalan kebajikan haiwan dalam semua aspek pemeliharaan dan sistem pengeluaran

Apa Fungsi Jabatan Veterinar?




Menurut daripada Akta diatas, Jabatan Perkhidmatan Veterinar BUKAN sahaja tertumpu kepada kebajikan dan rawatan kucing, anjing atau haiwan kesayangan yang lain sahaja. Besar sebenarnya skop Jabatan Perkhidmatan Veterinar ini. Bukan hanya kepada haiwan tetapi kepada manusia juga seperti daging, susu, telur dan lain lain berkaitan melibatkan pemakanan kita. 

Pihak swasta tidak menyediakan perkhidmatan ini. Jika ada pun semestinya ianya ada cas cas dan kemungkinan harga harga makanan berasaskan ternakan ini jauh lebih mahal daripada sekarang. Jadi pemilihan nama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) lebih tepat mengambarkan peranan peranan jabatan yang ada dalam kementerian ini seperti Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA dan lain lain lagi.

Klinik Veterinar Kerajaan


Bagi isu rawatan haiwan terutama kucing ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar hanya menyediakan rawatan yang asas di daerah dan negeri. Itupun tertakluk kepada peruntukan yang ditetapkan. Rawatan, harga dan perkhidmatan berlainan di setiap klinik veterinar kerajaan untuk setiap negeri. Sangat bertuah juga kalau negeri tersebut boleh melakukan rawatan lebih daripada rawatan asas, dibuka setiap hari, mempunyai kelengkapan lengkap dan harga yang berpatutan. 

Jika tiada, hanya pilihan klinik swasta yang ada untuk bantu. Klinik swasta lebih bebas untuk menambah baik setiap peralatan mereka berbanding klinik veterinar kerajaan yang terikat dengan peruntukan dan kekangan kakitangan yang ada di satu satu tempat. 

Macam cik en sendiri, bukan sahaja buat rawatan di klinik veterinar, tetapi perlu untuk menghadiri kursus, rawatan di luar, pemeriksaan ladang, daging, undang undang, pengeluaran  dan lain lain lagi. Cuma di pejabat cik en, staf kami masih mencukupi. Ada pejabat yang hanya ada 2 kakitangan sahaja. Merekalah buat permit perjalanan ternakan, rawatan lembu kambing di lapangan, buat kerja dokumentasi, dan terkejar kejar untuk buat rawatan di klinik veterinar. Sampaikan ada yang perlu bekerja melebihi jam bekerja tanpa ada sebarang pembayaran lebih masa setiap hari. 









Diharap dengan artikel ini dapat membantu korang tahu serba sedikit fungsi Jabatan Veterinar yang mana mereka hanya nampak Klinik Veterinar sahaja. Cuba la ikut insta story cik en, kadang kadang kerja menyapu pun cik en buat tau. Hahahahha

Antara kerja cik en yang cik en pernah kongsi di blog ini - 

1 comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.